Tak Boleh Kawal Diri

Assalamualaikum…

Tahu tak dalam dunia ni, kita selalu berPR-PR (berpura-pura)…serius, kita buat tu sebab nak jaga hati orang atau nak tolong orang atau nak bodek (please) orang. Semuapun kita ada buat — bergantung keperluan dan hati kita sendiri. Macam mana kita boleh buat tu semua? Sebab satu je, kita boleh kawal minda dan diri kita.

Contoh; saya tak suka bila berselisih atau satu lif dengan lelaki berbau (rokok), tapi kalau dah jadi jugak (dalam situasi begitu) macam tu — hadap je dengan senyuman, tambah lagi kalau lelaki tu kawan-kawan sendiri jugak. [TINDAKAN TERKAWAL]

Cerita betul; Saya sendiri, takut sangat kalau badan berbau (rokok atau asap makanan atau peluh), jadi apa yang akan saya buat –saya akan peluk rakan terdekat (yang perempuanlah) dan tanyakan padanya sama ada saya berbau busuk atau tidak, dan saya harap sangat diorang jawab dengan jujur… Kalau diorang jawab, busuk — saya mulalah gabra, cari perfume bagai, pergi basuh kaki (takut busuk tu bau dari kaki), pakai losyen di tangan, sembur diodorant, cuci muka semula, pakai pelembab [TINDAKAN LUAR KAWAL]

Kan…jadi sebenarnya saya nak cerita tentang ‘things I can’t control‘. Anda pun mesti adakan.. Seriously, semua orang ada tau…

1. Junk food : walaupun ada banyak pilihan makanan untuk dimakan, tapi boleh sebab ada junk food (walaupun cuma satu jenis), saya akan ambil yang itu. Confirm! Bila ada party, dan ada banyak makanan berkhasiat dan cuma ada sepiring superring — saya akan makan yang itu.

2. Nyanyi : bila dalam kereta, saya tak boleh tahan..memang kena on radio dulu dan akan mula follow menyanyi lagu yang dimainkan…kadang-kadang siap goyang-goyang lagi (sesuai dengan rentak lagu tu). Kat mana-mana pun bila saya terdengar lagu, confirm saya akan menyanyi jugak. Kat dalam bilik air, masa air pancut (shower) mencurah masa itulah roh penyanyi keluar – saya nyanyi tak ingat dunia (macam professional performer). Masa buat kerja pun kadang-kadang saya menyanyi…

3. Alarm dan snooze button : kita kunci jam untuk bangun awal, betul! Tapi bila alarm bunyi saya akan tekan snooze button dan tidur semula, ulang buat benda yang sama berkali-kali. Sorry, I can’t help myself to not doing that! Inilah penyebab saya lambat ke pejabat setiap hari.

4. Memilih makanan : senang nak ‘bela’ saya! Saya nasi dan telur mata pun okay, tak payah Saloma Bistro atau Nando’s atau Chilli’s bagai… Dalam senang tu, terlalu banyak benda biasa (yang orang lain makan biasa je) tapi saya pula tak lalu nak jamah, macam; kuewtiau, nasi impit, lontong, hati dan paru, daging kambing (rusa, arnab, kijang dan seangkatannya), cheese, sambal (pedas), lauk yang masin, terung dan tomato (semua jenis sayur berbentuk buah, kecuali timun), ulam-ulaman atau sayur mentah, mustard…jadi saya memang tak boleh kawal diri saya bab makan, saya tetap memilih untuk makan benda yang saya mahu (lalu) nak jamah saja. Saya tak mampu nak push diri untuk mencuba sesuatu makanan yang baru. Yang kononnya senang ni, sebenarnya paling susah nak dibela, lebih-lebih lagi kalau travel luar Negara…

5. Marah : benda ni paling berisiko dalam hidup saya. Bila marah, saya lupa diri. Kemudian, bila saya dah reda – rasa menyesal pula. Gitulah! Macam mana cepatnya saya ‘panas’ macam itulah cepatnya saya ‘sejuk’ semula. Kalau saya tak salah, saya akan terus kan ‘silent punishment’ dekat pihak yang salah, tunggulah sampai pihak tu datang minta maaf. Saya kalau orang dah say sorry, saya okay je. Say faham dalam situasi dunia seba canggih dan penuh keegoaan – ramai yang segan (malu) nak minta maaf, so I would consider saying hello and hug also means sorry. Semarah mana pun saya, saya tidak akan guna kan kata-kata caci, maki yang kesat sebab saya tidak diajar begitu boleh keluarga saya. Paling marah pun saya cakap ‘kepala hotak kau’ – sebab tu saya benci orang yang marah guna perkataan caci, maki yang kesat. Jadi saya tak boleh tahan marah, kalau nak marah saya marah je. Ya saya PERENGUS orangnya!

6. Orang biadab dan tak hormat orang tua : pantang betul! Kalau saya jumpa orang begini memang saya akan blah (pergi) terus, jauh. Tak nak tengok muka dia, malah benci sangat wujudnya manusia begitu. Kebanyakkan mereka ni masa muda remajanya tak beradab, jadi makin tua jadi makin biadablah. Orang begini patut makan kaki je (bagi penyepak kat mulut mereka).

7. Senyuman manis : dadah terbaik yang paling mengkhayalkan, boleh buat kita ‘hi’ sampai pagi esok tau… Malas nak terangkan panjang-panjang, serius kadang-kadang senyuman boleh buat kita bertenaga bekerja, gembira ke pejabat, tak sabar menanti masa berlalu atau apa saja. Bila saya terpandang satu senyuman manis (yang menarik hati – macam satu shot…dum…debush…terkena kat hati), lepas tu seharianlah saya tersenyum macam kerang busuk sorang-sorang.

8. Berangan : I’m a dreamer! Siang malam berangan. Berangan macam-macam benda, apa nak buat esok, apa nak jadi besok – kadang-kadang macam plan pula… Tempat paling saya suka untuk berangan ialah di bilik air, waktu duduk di tandas (masa mandi, setiap pagi)… Sebab tu saya selalu ambil masa lama dalam balik air, lebih kurang sejam. Saya mandi kejap je, cuma masa berangan tu ambil dalam lebih 30 minit.

9. Pengkhianat a.k.a kawan tikam belakang : ini datang dari pengalaman silam. Things happen, I feel sorry for him but I think he should be rewarded for what he do – breakings his friend’s heart and feeling. And the reward are..he loosing me! We are not friend anymore till end of my life. He loosing me meaning he also loosing DOA from me. I don’t think he care coz so many people will giving away a DOA for him — I hope! Don’t you dare stand up in front of me because there will be a bubble fly away with my hand holding knife on it, and when the bubble ‘pop’…ups u’ll be killed!

10. Jatuh cinta : aduiyyai… Seriously, saya mudah jatuh cinta dengan orang yang bijak pandai… Cara dia bercakap, topik, pandangan, komen yang saya anggap bijak (melepasi skala pemikiran tahap biasa-biasa saya) – dah cukup buat saya jatuh cinta tau. Jadi saya malas nak fokus sangat bila orang bijak pandai bercakap dengan saya – takut terjatuh cinta. Jatuh cinta ni bukan saya saja yang tak boleh nak tahan-tahan, semua orang pun…sebab cinta tu kan buta, dengan siapa, bila, di mana — semuanya kan di luar kawalan.

Okay, itu 10 perkara yang saya tak boleh control (tak boleh nak tahan)… Itu saya, anda tentu adakan…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s