tips@top: Putuskan Hubungan Cinta — Do and Don’t

Assalamualaikum…

Saya tahu, post ini memang boleh dimengertikan sebagai ‘sangat negatif’, ‘teruk’, ‘kejam’ dan lain-lain. Betul, dan ianya sangat tepat. Namun jika kita lihat perpisahan sebagai benda terbaik untuk perhubungan (pada waktu itu), jadi ia bukanlah benda negatif. Saya bukan nak mengajar untuk meruntuhkan mana-mana masjid (perkahwinan) atau perhubungan. Tapi jika anda dalam keadaan terdesak, perlu putuskan hubungan anda dengan pasangan, inilah yang perlu anda fikirkan…

Well, every couple has their own problem, regardless how many years they been together. And sometimes they are not strong enough to keep their relations. The final solution — broke up. Positif: mungkin atas sebab; tak tahan dengan pasangan; keluarga tak suka, tak restu; pasangan penipu, kaki pukul, curang; pasangan terlalu cemburu, kaki control; pasangan tak serius, sekadar berskandal, suka-suka; tak tahan hubungan jarak jauh; kerap makan hati dengan perangai pasangan; dan macam-macam sebab lain…

Okay, tips@top kali ini untuk pasangan (bercinta atau berskandal) yang berhajat untuk berpisah. Berpisah dengan cara baik. Tapi sebelum itu, saya terangkan dulu — saya ada tiga (3) post berbeza tentang topik ini dan post ini yang pertama:

  • Do and Don’t
  • Kebiasaan yang Menjadi Punca Perpisahan
  • Cara/Kaedah untuk Memutuskan Hubungan Cinta

Saya mengaku, post ini kejam dan akan jadi superkejam jika anda buat tanpa sebab yang munasabah. One more thing, saya berdoa saya tak buat satupun daripada yang saya akan kongsikan untuk putuskan hubungan cinta saya sendiri (yang belum ada ni)…dan tolonglah jangan ada orang lain yang berdoa sebaliknya. Takut makan diri!

Do and Don’t

1. Pastikan anda telah benar-benar pasti dengan niat untuk memutuskan hubungan.
2. Senaraikan sebab musabab yang menguatkan alasan anda untuk meninggalkan pasangan.
3. Kalau perlu, dapatkan pandangan pihak ke-3 sebelum membuat keputusan.
4. Bila telah buat keputusan (untuk berpisah), yakin dengan keputusan itu.
5. Cipta masa (yang sedikit emotional) untuk memulakan perbincangan atau menyatakan hasrat. Pilih lokasi bersesuaian juga, janganlah terlalu sunyi (tak ada orang lain).
6. Jangan melafaskan perpisahkan semasa pasangan anda sedang menghadapi masalah atau menanggung kerisauan atau emosinya tidak stabil — sebab kita tak dapat jangka tindakannya selepas berpisah.
7. Mulakan perbualan dengan memperincikan masalah yang anda dan pasangan hadapi. Elakkan bertengkar, maklumkan secara jelas, tenang dan tidak memihak diri sendiri sebagai sentiasa benar. Terus terang tentang kesilapan dan kekurangan anda begitu juga kesilapan dan kekurangan pasangan anda. Ingat, tenang!
8. Berterus terang dengan pasangan anda bahawa anda telah membuat keputusan untuk meninggalkannya. Beritahu bahawa keputusan itu telah difikir semasaknya dan itu adalah apa yang anda mahukan untuk teruskan hidup dengan tenang dan selesa.
9. Jangan lupa nyatakan ungkapan ‘maaf atau sorry‘ kerana memutuskan untuk berpisah. Maaf boleh menenangkan suasana yang tegang. Maklumkan juga alasan paling rasional mengapa perpisahan adalah jalan terbaik untuk anda dan dia. Tegaskan padanya ‘perpisahan adalah apa yang anda inginkan’.
10. Yang paling penting: anda perlu yakin ketika melafaskan keputusan untuk berpisah. Anda kena kelihatan yakin, menggunakan perkataan yang tegas, emosi anda juga harus sangat yakin dengan apa yang anda buat.
11. Jangan sesekali memberi harapan semula kepada pasangan anda. Contohnya: Jika pasangan anda memujuk untuk berbaik semula, jangan kata anda akan memikirkan keputusan anda semula; Jika pasangan anda berjanji akan berubah, jangan mudah percaya dan setuju berbincang balik; Jika pasangan anda marah dengan keputusan berpisah dan mula mencederakan anda, tegaskan kepadanya keputusan anda muktamad dan pastikan anda ada peneman (kawan-kawan) duduk berhampiran untuk selamatkan keadaan.
12. Akhir sekali, jangan hubungi pasangan anda dalam masa terdekat. Jangan berSMS, berwhatssap atau tak perlu jawab panggilan telefonnya untuk seketika. Kalau perlu block no. telefon pasangan, silakan…

Nota: jika anda abaikan #11 dan #12, anda berkemungkinan berbaik semula dengan pasangan dan nanti akan akan lebih sukar untuk memutuskan hubungan buat kali kedua.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s