Tutup Buku Pesta Buku 2015

Assalamualaikum.

Benar pesta buku dah habis… saya harap ada banyak masa untuk teruskan projek e-Book. Tapi macam TIDAK, sebab saya kena siapkan 1,300 entry maklumat buku untuk MPH Online — pergh, giler banyak. Cuma bagusnya, dari maklumat itu, saya akan convert dan jadikannya sebagai metadata untuk e-Book nanti… Insya Allah, sasaran e-Book saya cuma 100 judul tahun ini.

Good news to share: Encyclopedia Brittanica sudah siap setting (jilid 1 dan 2), bakinya (jilid 3 dan 4) akan diambil alih oleh Penerbitan — gitulah selalu, masa susah-susah (dengan pelbagai masalah) seorang pun tak nak dekat, bila hampir selesai ada pulak orang nak take over. Nanti kita tengoklah siapa yang akan dapat credit. I’ll clime mine if it’s really mine!

Saya dah cerita ke yang team jualan di pesta buku dapat capai sasaran yang ditetapkan kepada kami? Yup, kami lebih hebat dari tahun lepas, malah berlebih lagi dari tahun sebelumnya. Sasaran RM250k dan kami dapat RM303k. Listing, lagilah banyak… Semua berjalan ikut perancangan, acara berlangsung baik, strategi jualan pun kita laksanakan dengan betul dan dapat sambutan, cuma tinggal beberapa perkara macam keputusan peraduan saja yang belum selesai — ini nak tunggu penilaian dulu… Isn’t this is a proved that we don’t need any consultant to helping us on this kind of thing, again next time!  Good job everyone, sebab walaupun kita mungkin ditentang secara dalaman (tanpa sedar) daripada pihak-pihak yang tidak diketahui, namun kita berjaya atasinya. Kenapa saya kata ‘ada tentangan’ sebab saya macam ‘ada rasa tentangan’ macam ‘i smell something fishy‘. So, TAHNIAH semua.

Okay, hari terakhir Nuar minta Big Boss buat pengumuman. Tapi Big Boss tak rasa terpaksapun, malah saya rasa dia sangat gembira untuk ‘mengumumkan’ selepas pencapaian kami.

  1. Kami diberi cuti tanpa rekod (lima hari) bagi menggantikan cuti umum kami yang terpakai sebab bertugas.
  2. Pengumuman paling besar ialah 30% daripada lebihan sasaran akan diberikan kepada kami dan diagihkan mengikut bilangan hari bertugas. Alhamdulillah. Harap-harap ini dapat tambah duit Raya kami.
  3. Kami dibenarkan buat tuntutan kerja lebih masa bagi hari berkenaan (hari cuti umum) biarpun dapat cuti ganti. Saya macam terdengar Big Boss mahu berikan bentuk claim berbeza bagi staf yang tak boleh menuntut kerja lebih masa.

Maklumlah staf macam saya hanya boleh tuntuk RM5 sejam sahaja, sedangkan staf yang menuntut kerja lebih masa boleh dapat lebih RM100 sehari (kalau tak salah). Malangnya, selain saya tak ada sesiapa yang sedar pengumuman itu — mungkin saya juga mimpi agaknya! Jadi, kalau saya kerja pada hari Buruh dari 8:30 pagi – 9:30 malam, tuntutan insentif saya cuma RM65 sahaja…lebih kurang je dengan gaji hari saya, kalau kerja di pejabat selama 9 jam. Saya tak ingat kalau ada pengumuman lain…penat sangat malam tu, jadi tak berapa fokus…

Saya harap… Harapan saya, dengan apa yang kami (team) buktikan semua kami dan semua staf lain akan lebih diberi ini:

  1. KEPERCAYAAN melaksanakan tugas mengikut gaya (kreativiti) kami sendiri. Kepercayaan kepada team dan kepimpinan ketua (Nuar) — yang dia dan kami telah berusaha sepenuhnya.
  2. Ada yang NAIK PANGKAT tahun ini… Mungkin Amin, mungkin Syukri tapi harus ada seseorang bila melihatkan kerja dan tanggungjawab tak berhenti diorang ni.. Atau Irsyad boleh diberi elaun khas sebab dia saja yang memandu lori…
  3. BONUS yang memang dinanti-nantikan oleh semua staf. Cuma saya faham, pemberian bonus bukanlah dari sumber jualan ini semata-mata, ia termasuk pendapatan lain dengan mengambil kira perbelanjaan tahunan. Kalau baki duit selepas ditolak itu ini tak banyak, macam mana nak beri bonus kan… Saya faham!
  4. FAMILY DAY… saya dan saya fikir ramai lagi staf yang rindukan aktiviti ini. Saya pun faham, nak buat family day, kos besar! Cuma saya pernah cadangkan dekat Izzi kalau tak dapat buat family day, kita buat ‘hari terbuka’ saja…dengan aktiviti sukan, cabutan bertuah, makan-makan, karaoke…Boleh apa..!

Oh, masa pesta buku — ada sekali dua jumpa Boss, tapi biasalah tak sempat dan tak berapa ‘berado’ time tu untuk belikan hadiah birthday untuknya. Cuma sempat wish sahaja. Anyway, what ever people told me, whatever people expectation toward her it won’t change anything. I’ll always thankful for what ever lesson she teach me. I love her! I’ve make mistake long time ago and i’ll not repeat it again. 

Percaya tak, setiap tahun saya akan tulis tentang pesta buku (sejak blog ni wujud) sampailah sekarang ni… Bila saya baca balik, tentu tersenyum-senyum…

Saya ada beberapa post yang tergantung, yang masih dalam status draf. Saya akan siapkan sikit-sikit dalam cuti sehari dua ni. Cuma yang best, kali ini ada satu daripada post tersebut specially request by one of my best friend. If she read this, please be notice that i’m close to it – i’m doing it. I’ll let you know when it done.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s