Untuk Kesekian Kalinya: Pesta Buku Akhir

Assalamualaikum….

Saya penat! Sejam tadi, saya baru tiba di rumah selepas selesai mem’packing‘ buku di pesta buku — hari ni, hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa KL 2015.

Saya dalam ‘team menguruskan pesta buku’ (bukan sekadar petugas jual buku sepanjang 10 hari). Saya uruskan kerja-kerja membuat design bahan kolateral, katalog, kirim e-mel promosi kepada pelanggan, siarkan hebahan di Facebook…dan sebagai petugas jualan saya tentu sekali menjual buku (selain set up, susun buku setiap hari, dan packing balik untuk bawa balik buku ke stor pada hari terakhir). Hahahaha dan hahahahha…kerja pesta buku memang memenatkan tapi sentiasa mengembirakan, dan hasilnya memori menyenangkan.

Alhamdulillah, kali ini dapat capai target — malah lebih dari sasaran. Kalau saya boleh bersebab…

1. Tentunya Nuar — sebab Nuar mengetuai kami dengan sangat baik. Dia kenal setiap kami, kekurang dan kelebihan setiap orang, yang boleh dan tak boleh. Jadi dia letakkan kami pada tanggungjawab yang paling sesuai untuk setiap seorang.

2. Team itu sendiri (skuad) — setiap dari anggota team ada semangat nak success dalam mengejar sasaran. Walaupun ada yang buat – sebab arahan kerja, ada yang buat sebab fikirkan team mate, ada yang asyik dok memikir imbuhan…tetap semuanya nak mengejar kejayaan.

3. Nizam (ketua jual buku) — dia banyak connection, dan dia bagus menggunakannnya.

4. Sokongan pengkarya (walaupun kadang-kadang mereka ni buat kami sakit kepala) — stress jugak, bila kita sibuk susun buku dalam masa yang sama ada orang buat live show kat depan. Tapi ia memberi sesuatu yang baik…lagi-lagi kepada pengunjung, pelanggan

5. Produk — bukan nak cakap, tapi memang produk yang kami ada, kian baik kian bagus, kian banyak, kian ada class. Penggemar produk jenis itu pun makin ramai.

6. Last, saya jarang nak puji ini tapi kali ini (memang nampak jelas), big boss sendiri — sebab keparcayaannya kepada Team. Satu contoh, bila percaya – berani letakkan reward sebagai penggalak. Eh, team suka benda tu, haruslah suka kan…

Punyalah belain sangat pesta buku kali ni, saya start demam dari hari ke-4, dan memang biasa kalau saya demam badan masih bergerak aktif — kita jenis tak melayan sakit. Saya pun tak sampai hati nak MC dan tinggalkan team mate lain kat PWTC tu, jadi gagahkan diri (memang gagah pun) teruskan kerja hari-hari. Hari ke-8, suara dah serak dah… Hari terakhir, suara macam abang-abang..

Dan pagi ni (bangun-bangun tidur)…suara tak de langsung. Aduiyyai, badan pun lebih panas dari biasa. Masa untuk dapatkan rawatan…

Apa selepas pesta buku? Sambung next post ya…

Nota: sebahagian post ni saya buat malam tadi, kemudian terlelap dan bakinya saya siapkan pagi, keesookannya…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s