tips@top : Saya Masih Single

Assalamualaikum…

Terpanggil untuk menulis tips@top kali ini selepas memikir-mikir balik apa yang diberitahu oleh teman saya, Nuar dan Cikgu Idatul tentang kahwin. Kami tak bersembang isu ini bersama-sama: sekali saya sembang dengan Nuar a.k.a Boss saya dalam perjalanan nak jumpa designer; dan sekali yang lain saya sembang dengan Cikgu Idatul masa kami makan malam (sate) beberapa minggu lalu.

Payah topik ini, tapi sedikit sebanyak memang saya ter’makan’ juga dengan pandangan dua teman saya. Termakan sampai saya jadi keliru. Kalau saya singkatkan, point mereka begini:-

Nuar: Anak. Semua orang kahwin sebab nak berkeluarga, nak ada anak… Supaya anak nanti boleh jaga dia bila sudah tua, bila meninggal anak-anak akan doakan kita. Tapi sejauh mana kita yakin, anak-anak sanggup jaga kita, dan akan kirimkan doa kepada kita? Betul, tapi tiada jaminan.

Bahagia. Kalau bahagia hidup sendiri, tak perlulah  berasa pelik atau janggal untuk terus hidup sendiri. Bila dah mampu menguruskan diri sendiri, berjaya menyara diri sendiri dan ada bekalan sehingga hari tua, apa perlunya perkahwinan? Kalau nanti tersalah pilih pasangan dan merana, ia akan jadi benda yang paling disesali. Memang peratusan perempuan yang membujang tinggi (lebih-lebih lagi di bandar), kerana kebanyakkan perempuan sudah tidak lagi bergantung lelaki. Pandai berdikari.

Cikgu Idatul: Perempuan perlukan teman. Bila masa bersedih kecewa, perlu ada teman untuk mengadu, teman untuk mendengar cerita dan teman untuk rasa ‘sentiasa bersama’. Teman tu tentulah bukan kawan baik atau BFF (sebab diorang pun ada keluarga sendiri). Jadi sebab utama perkahwinan, ialah untuk dapatkan teman seumur hidup.

Bahagia. Bahagia tu subjektif… Ada yang seorang diri pun dia bahagia, ada yang tak boleh sendirian – bila berteman baru dia rasa bahagia – kehendak masing-masing. Tapi selalunya yang bahagia sendiri, bukan betul-betul bahagia, dia mencari alasan untuk bahagia (macam tajuk lagu). Cuba tengok macam-macam aktiviti yang perempuan single buat untuk menampakkan dia gembira dan bahagia. Pergi gym, masuk kelas zumba, kerja pagi petang siang malam, social night life, karaoke, movie, joging dan macam-macam lagi…tak berhenti. Semua aktiviti ini adalah alasan bahagia.

Sunyi. Ini penyakit yang orang bujang hidapi setiap hari melainkan kalau dia sentiasa sibuk dengan kerja dan aktiviti lain. Boleh terus berstatus single kalau sanggup mengidap penyakit ini dalam tempoh lama. Jangan risau penyakit ini akan immune dalam diri bila dah cecah usia 45 dan ke atas.

Untuk tips@top kali ini, berikut adalah sebab musabab mengapa kebanyakkan yang berusia 30-45 tahun masih kekal dengan statut single, walaupun pada angka usianya sudah layak benar untuk berkahwin:

1. Tak sedia — tukar peranan sebagai isteri, ibu atau suami, ayah. Tak sedia untuk jadi pengurus rumah tangga atau ketua rumah tangga. Sangat selesa hidup sendirian.

2. Enjoy — masih belum puas nak enjoy, have fun dan berseronok hidup sebagai individu single. Sayang melepaskan aktiviti sosial, indah dan asyiknya hidup bujang.

3. Banyak priority — sebelum kahwin nak travel ke lima negara di ASEAN, nak naik pangkat dulu, nak ada kereta dulu, nak beli rumah dulu… Semuanya keutamaan yang perlu dikejar, jadi kahwin perlulah tunggu.

4. Ibu bapa — belum pernah letakkan orang lain sebelum ibu bapa, kalau perempuan – ini sangat diambil berat. Lebih-lebih lagi yang berperanan menyara ibu bapa, risaukan mereka akan diabaikan selepas kahwin nanti…

5. Bahagia bercinta — ini penyakit. Ada single yang bercouple dan sangat gembira bercinta, suka bercinta tapi tak mahu ikatan rasmi – perkahwinan. Jadi yang single bukan betul-betul single, cuma statusnya masih single sebab belum berkahwin.

6. Teman tapi mesra — lebih kurang dengan point #5. Single ini suka bertukar-tukar teman tapi mesra, namun tak memilih satu pun sebagai soul mate. Dia terlalu asyik menukar teman sampai tak tahu nak pilih yang mana…

7. Freedom — yang ditakuti boleh si single adalah kehilangan kebebasan. Serius, kebebasan bekerja, buat itu ini, pergi ke sana sini, bercuti, melancong, bershopping dan banyak lagi — biasa buat keputusan sendiri tapi kali ini kena bawak berbincang…ia agak sukar sebenarnya.

8. Berkongsi — perkahwinan maknanya perkongsian. Bukanlah kedekut, tapi kesediaan untuk berkongsi tu belum wujud. Jadi keraplah memikirkan tentang apa yang ada akan dikongsi…ralat di hati.

9. Takut — dengar, lihat dan baca macam-macam cerita tentang perkahwinan yang tak menjadi, lepas tu derita, sengsara – akhirnya mewujudkan ketakutan. Takut benda yang sama menimpa diri bila kahwin nanti.

10. Mr Right — ini paling penting. Sukarnya untuk menemui soul mate (jodoh terbaik) jadi benda paling utama dalam hidup si single. Kalau pun jumpa seseorang, kerap kali jugak menimbang sama ada dia sesuai dan mampu atau sanggupkah menjadi teman sehati sejiwa seumur hidup…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s