Hidup Ini Tak Mudah

Assalamualaikum…

Saya dengan Mr.S bukan couple, tapi kami memang selalu berkepit terutama bila saya berasa di luar kawasan. Saya takrifkan hubungan ini sebagai ‘love hate relationship’ — Dia sayang nak lepaskan saya dan saya pulak benci dia, sangat-sangat.

Oh, lupa nak bagitau, Mr.S (bukan nama sebenar), nama dalam ICnya ialah Encik Sesat. Selalunya dia memang suka mendampingi saya, sebab tu asyik sesat memanjang saya ni…

Dan esok, saya akan ke luar kawasan — Petaling Jaya. Saya mahu guna Google Map, dan harap-harap Mr.S tak datang dekat.  saya lebih sayangkan Ms.G (juga bukan nama sebenar) atau Cik Google Map sebagai peneman saya di jalanan.

Penat, letih, tertekan, rasa marah, geram, sakit hati — semua ada hari ini. Makin dekat pesta buku, makin banyak masalah. Dengan benda tak siap, meeting itu ini, nak buat event bagai…tak cukup masa. Letih inilah yang saya hadap tiap-tiap tahun. Saya tahu, bukan saya sorang…tapi adakah letih ini menyumbang sesuatu untuk saya? Tanya sendiri, jawapan sendiri tentu tidak berbaloi… Buang karan je!

Saya merujuk jawapan itu, dengan satu perkara — semasa penilai saya cakapkan sesuatu, waktu dia nak beri markah appraisal tempoh hari (bulan lepas rasanya). Dia kata, “kalau awak masih dekat sini, saya bercadang nak naikkan pangkat awak…tapi awak dah tukar ke jabatan lain kan, saya tak boleh nak buat apa”

Seriously, masa saya di jabatan tu tak ada pula ‘isu naik menaik pangkat ni’. Sama je, nanti Boss kat tempat lain pun akan cakap yang sama bila saya bertukar ke jabatan lain. Mungkin memang bukan rezeki saya untuk jadi pegawai berpangkat besar — saya faham dalam sedar (bukan terpaksa)!

Yang lagi best penilai saya boleh cakap, “orang lain tunggu 14 tahun baru dapat naik…” Saya anggap yang ini kejam. Jika ia merujuk kepada dirinya sendiri, ia jadi maha kejam! Bolehlah nak tunggu 14 tahun pun, sebab masa tu dia sendiri mungkin Assistant Manager, gaji dah RM5k atau RM6k. Dan kalau setiap tahun naik gaji RM100, gaji awak dah RM6,400. Banyak tu, untuk sara hidup, lebih-lebih lagi keluarga kecil, lebih dari cukup kut!

Macam saya ni, dengan gaji kecil — hidup di KL, rumah menyewa RM550, kereta RM350, parent RM700, PTPTN lagi, bil telefon, api, air, astro, minyak, makan dan yang lain-lain… Cukup-cukup bernafas je… Tak Kira dengan GST sekali… Ntah bilalah dapat merasa rumah sendiri…

Betullah, hidup ini tak mudah. Mungkin mudah untuk orang tertentu, tapi tak pada saya. Kadang-kadang jealous dengan kawan, naik pangkat, duit banyak, hidup senang lenang. Kita tengok dia pun tak pulun buat kerja macam kita, rajin ngulor je, dia pun tak rajin sembahyang macam Ustaz Ustazah pulak, bila masa dia berdoa kita pun tak tahu — Tapi tetaplah dia dengan rezeki melimpah ruah.

Orang kata rezeki tak kencang sebab kita tak bersyukur… Buka tak bersyukur, kita ucap alhamdulillah tiap kali dapat gaji, bersedekah bila ada duit lebih, belanja kawan-kawan, semua itukan atas dasar berapa bersyukurnya kita kerana mendapat rezeki itu. Kan ada pepatah “dalam duit kita, bukan semuanya untuk kita”. Sebab tu kita sanggup berkongsi…

But that’s not my point. At the end cerita rezeki ni di tangan Allah juga tempatnya. Kita terima saja. Saya tahu dan percaya itu. Cuma saya masih berusaha meninggalkan kebiasaan ‘terima saja’, saya usaha perbanyakkan DOA dan bila ada masa berdhuha.

Tahun ni, 1 Oktober 2015 — genap 9 tahun saya di sini. Kemudian, setahun lagi cukuplah 10 tahun — saya cadang bertukar kerja tahun depan. InsyaAllah, moga Allah tunjukkan jalannya. Bukan apa saya sedih, kalau-kalaulah ada yang start macam saya dalam 9 tahun dulu dengan jawatan kerani, silap-silap time saya berhenti nanti dia dah sama pangkat dengan saya — eksekutif!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s