tips@top: Hadiah dari Kekasih untuk Kekasih

Assalamualaikum…

Saya cuba memberi banyak, tapi masa membataskan. Kalaunsaya dapat beri satu tips@top sebulan pun dah baik, itupun kalau saya free larat. Salahkan saya, saya yang tak dapat cari masa untuk menulis. Walaupun banyak yang saya baca, tapi masa nak menulis semula agak terhad.

i was wrong and i’m sorry

tips@top kali ini membawakan cadangan hadiah terbaik dari anda untuk kekasih anda. Tips ini lebih praktikal ya… Begini, bila bercerita tentang sesuatu untuk yang tersayang, apa yang penting adalah memori. Sebabnya ia akan berputar-putar dalam kepala sepanjang hubungan anda berdua, dan jika ditakdirkan berpisah (minta dijauhkan) ia akan menjadi kenangan terindah dalam hidup anda dan dia.

Sebelum apa-apa saya minta maaf dulu, ini bukan idea bernas untuk menjadikan anda lebih romantik atau membuatkan pasangan anda lebih memuja anda, cumanya saya rasa ia akan membuatkan dia rasa lebih disayangi, dihargai dan yang penting (fokusnya) adalah agar ia dapat menambah lebih banyak memori indah bagi kekasih anda tentang anda. Dan anda mungkin tak perlu berbelanja besar pun untuk hadiahkan hadiah-hadiah ini.

Lihat senarai di bawah, saya beri 10 (sepuluh, bukan sikit) hadiah terbaik dari anda untuk kekasih:

1. Benda (practical thing) — Okay, macam yang kita biasa tahu, hadiah selalunya benda. Jadi dengan tidak mengabaikan pandangan itu, maka hadiahkanlah sesuatu yang pasangan anda suka. Sesuatu yang praktikal, maksud saya jika anda tak mampu membelikan iPhone untuknya, tentu anda boleh belikan charger telefon yang kekasih anda gunakan — itu lebih praktikal. Hey, charger benda penting okey — saya sendiri perlukannya di mana-mana saja, satu di rumah, satu di pejabat dan satu yang mobile untuk powerbank. Dia akan ingatkan anda setiap kali dia gunakan charger itu. Patung dan bunga, kalau saya sendiri ia sangat kurang praktikal.

2. Sajian enak — Seriously, this is the best. Saya pasti anda pernah dengar, “makanan adalah penambat hati”! Coklat, cup cake, mungkin spaghetti… Dulu Dato’ Siti pernah cakap dia fall in love dengan strawberry chocolate kan..sebelum dia betul-betul fall in love dengan Dato’ K… Hadiahkan apa saja makanan, ia akan buat anda disayangi. Tapi bukan semua orang akan hargai si pemberi sama sepertimana dia menghargai makanan yang diberi. Tust me! Dulu (not so long time), saya ada pengalaman ini, dia (penerima makanan yang saya belikan) lebih suka makanan itu dari saya.

3. Homework — Kalau anda masih belajar, anda boleh beri ini. Kalaulah anda tahu, bila anda bantu kekasih anda buat homework (kerja rumah/sekolah) atau buat thesis — anda akan buka matanya tentang betapa prihatinnya anda pada dia, betapa ia adalah bukti kesediaan anda untuk bersamanya menghadapi dunianya. It’s look very cool! Saya pernah dengar, dulu… Boss bantu suaminya buat kerja dulu, tolong buat terjemahan atau suntingan or something bila suaminya kena cover news dalam bahasa Inggeris. Pada masa itu, saya benar-benar rasa ia sesuatu yang bagus dan cool giler. Kalau ikut saya, nak buat kerja sendiri pun saya malas, inikan pula nak buat kerja orang…kan! Tapi yang kita tak sanggup tu, kalau kita buat, yang terima akan rasa sangat bermakna.

4. Kejutan — Benda ni yang perempuan paling suka. Dan sebenarnya tak perlu beriya pun kalau nak buat kejutan ni, simple  will make it better! Contoh, bila teman anda dalam kekalutan (mungkin busy kerja atau study), anda cuma perlu jumpa dia secara mengejut dan belikan sesuatu (aiskrim atau kek) untuk dia take a break for a while. Simple, tapi memang dia akan kerap teringatkan moment itu.

5. Masa — Jika anda dan pasangan bekerja, anda akan kerap hadapi kekangan berkaitan masa. Okay, bila kita jenis komited kepada kerja (maksud saya yang jenis over commited), yang keluar sebelum matahari naik dan bailk rumah bila bulan keluar, tentunya ‘masa tak akan berkawan’ dengan kita. Ia sangat pantas dan kita tak terkejar untuk diri sendiri, apa lagi untuk orang lain (walaupun kekasih sendiri). Sebab itu, masa adalah hadiah terbaik untuk anda. Masa yang berkualitilah, masa berdua yang memberi makna kepada anda dan dia. Yang praktikal adalah makan malam bersama, tengok movie atau hangout berdua (just chatting)…apa saja asalkan masa itu hanya untuk anda dan dia.

6. Aktiviti — Pernah tak kadang-kadang anda teringat benda lama yang anda buat dulu…saya kadang-kadang teringat cerita masa saya pergi camping dengan kawan-kawan waktu tingkatan 6; and i will never forget, me and Boss — we go on trip to Hongkongthat thing make us together again, i don’t feel like ralat sangat because at one time, i used to hate her and then feel guilty. Thank god all the holiday thing make me feel like were nothing bad again. Jadi, aktiviti bersama memang akan memberi ‘sesuatu’ kepada anda. Trust me on this. Buatlah apa saja aktiviti (yang sihat) bersama kekasih anda. Pergi joging, berkelah, panjat gunung, bercuti-cuti Malaysia atau menyelam..apa saja, asal ia menghasilkan memori menarik. Kalaupun anda jarang ada masa bersama, aktiviti singkat yang anda dan kekasih enjoying akan membahagiakan anda berdua.

7. Senyuman manis — “Senyum bak gula”, orang kata dari mata turun ke hati – yang mata tu nampak sebenarnya ‘senyuman manis’, terus terpikat. Saya kata, “senyuman ikhlas kekasih memang nampak menawan di mata kekasihnya, dan senyuman itu akan dibawa sepanjang tidurnya” Bila anda sedang dalam derita, sedang sakit, atau masalah kerja, sesuatu yang mententeramkan anda adalah senyuman yang mendamaikan hati anda. Inilah tugas anda sebagai kekasih. Play your part babe! Dekat dengan kekasih anda bila dia kesulitan, berikan senyuman, tenangkan dia dan hadapi masalahnya bersama.

8. Janji dan jaminan — Bila bercinta, lelaki selalu berjanji, akan buat itu dan ini, kemudian akan berhenti itu dan ini untuk kekasih. Hakikatnya, dia sendiri tak pasti boleh tepati janji itu. Bila kita bersama dengan kekasih yang matang (fikirannya), dia tentu sudah memikir dengan baik, boleh menerima kekurangan dan kelemahan pasangan, jadi tak perlu ubah diri anda untuk dia. Dia akan tinggalkan anda sejak dari dia sedar yang dirinya tidak sedia menerima kelebihan dan kekurangan anda — mereka tak akan tunggu lama. Dan jika dia sedari awal tahu dan sedia terimanya, bermakna dia menerima anda sepenuhnya. Jadi tak perlulah berjanji untuk berubah (kecuali kalau ia memang sesuatu yang perlu diubah). Kalaupun perlu berjanji, janjilah yang realistik (yang anda mampu buat). Kemudian beri jaminan kepadanya yang anda akan tetapi janji itu sebaik mungkin, sedaya yang boleh. Jaminan ini akan buat dia bahagia, selamanya selagi anda tak ingkarinya. Kalau anda tak tunai janji, sila bersedia untuk ditinggalkan!

9. Bahu dan tangan — Kalau saya sendiri, saya mahu hadiah ini lebih dari hadiah lain. Ia bukanlah anda perlu potong tangan anda untuk kekeasih… Cuma pinjamkan dia bahu bila dia bersedih, untuk melepaskan tangis di bahu anda, melepaskan harapan dan dukanya. Kemudian, pinjamkan tangang anda untuk pegang dan pimpin tangannya bila dia mahukan seseorang untuk guide dia untuk menghadapi sesuatu. Tangan juga untuk anda menadah kepada yang Maha Esa, melafaz doa untuknya. Begini, saat kita dipeluk oleh emak bila kita berjaya dalam sesuatu — itulah hadiah terhebat yang kita dapat dari emak kita? Bila ayah kita tepuk bahu kita dan kata, “u can do it. I trust u” — saat itulah, semangat kita yang hilang tiba-tiba datang semua untuk kita teruskan…

10. Memori — hadiah ini paling ‘misteri’ sebab ia datang dalam pelbagai keadaan, boleh jadi benda, boleh jadi aktiviti, boleh jadi masa berkualiti, boleh jadi apa yang diucapkan, dilakukan… Hadiah yang susuah kita nak letakkannya dalam kategori apa, tapi ia ada klass yang tersendiri. Anda boleh pilih satu daripada senarai cadangan di atas untuk hadiahkan memori indah pada kekasih anda.

Saya ingat, the moment we (me and my ex lelaki idaman Malaya) talking about our future — I think thats was best moment that make me first time realize that we both might be good if we been together, that we might will have the future together – although we don’t even have any similar thing that we wanted at all. Apa yang indah pada saya ialah, bila dia bercerita tentang apa yang dia mahu dan apa yang dia usahakan — because he actually don’t talk that much to everybody. Walaupun, saya dan dia akhirnya (hmmm) TIDAK dan TIDAK MUNGKIN bersama, but I am enjoying that moment, coz he talk to me!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s