Penat

I’m tired… Rasa macam nak menyanyi lagu I’m So Tired — lagu asal The Beatles, tapi saya lebih suka versi akustik gitar Christina Perri…

Assalamualaikum..

Kejap je dah April kan… Bulan ni, memang bulan saya paling sibuk sepanjang tahun. Ada PBAKL, dan projek-projek sampingan lain.

Ini kali — design koleteral untuk PBAKL, buat katalog, cari bilik (stor), ada event — uruskan penginapan tetamu, dengan e-Book saya yang belum siap (siap converted saja, clean up belum lagi), Ensiklopedia pun saya masih hutang dua entri… Huh!

Semuanya kena siap, bulan ini. Minggu akhir April, tentu tak boleh kacau — PBAKL dah start dah…

Mengenangkan kesibukan ini, saya memang terlupalah kisah hidup sendiri. Tentang saya yang baru ‘angkat bendera putih’, menjauh dari bekas (betul saya maksudkannya) lelaki idaman Malaya saya. Tentang saya yang baru nekad untuk move forward 100% dengan apa yang saya kerjakan untuk misi baharu. Melebih lagi tentang saya yang kekal solo selain kena menerima hakikat bahawa saya makin matang (bukan tua), bijak, sweet dan berani — ini memang saya!

Dari 27 Mac sampailah semalam, saya tidur lebih kurang jam 1:00 am. Asyik lambat je, sebab apa — kerjalah! No one know, sebab tak ada siapa yang ambil peduli pun…

Bila balik lambat, mandi, naik atas katil, mata pun terus pejam — tak ada masa nak memikirkan masalah… Okay, sekarang saya ngantuk.

Saya nak cerita apa tadi? Saya sambung esok jelah… Mata dah tak boleh bukan dah… Selamat malam….

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s