Blind Date: I’m Dating A Kids

Assalamualaikum…

Dalam banyak-banyak kisah dalam hidup saya, ini yang paling teruk — ever. Benda dah berlaku lama, cuma sekarang baru saya tuliskan di sini. Sebabnya sama macam post lain, saya tak nak terlepas merekodkan satupun kisah hidup saya yang saya rasa interesting — boleh jadi teladan dan sempadan.

Waktu kejadian, atau selepas itu, saya memang berhajat untuk tak tulis apa-apa pasal benda ni sebab…biasalah perempuan, awal-awal dramatik sangat (tentu banyak saya akan mengutuk mamat yang saya pergi date tu), bila dah lama macam gini barulah okay – rasional sikit.

Okay, kisahnya saya pergi blind date yang diaturkan. Saya tak setuju, tapi saya akhirnya menurut saja. Yang saya tahu, saya akan jumpa seorang lelaki, umur 28 atau 29 dan kerjayanya event crew.

Saya menolak dari awal bukan sebab kerjanya sebagai event crew (saya tak against event crew walaupun saya tahu kebanyakkan event crew ni adalah budak pasang backdrop, pasang PA system, susun meja katering etc), tapi sebab umurnya — too young. Kalau pun saya okay untuk bercouple dengan orang yang lebih muda, dalam 30 tahun tu kira okaylah, kalau kurang daripada itu…saya takut — takut saya tak boleh ikut (lain generasilah katakan..)

Waktu dia call untuk jumpa, gaya dia bercakap memang macam budak-budak. Saya agak mungkin dia seorang yang manja, type ‘anak emak’ ke. Lepas tu punyalah lama saya nak cut off the call, sampai saya kena setujulah juga untuk jumpa dia. Korang agak dekat mana kami jumpa? Dia ajak saya jumpa dia di kedai mamak. 

Okay adik-adik (lelaki) yang baru start nak belajar mengorat, lebih spesifik baru nak keluar blind date — lebih-lebih lagi kalau nak mengorat perempuan yang lebih dewasa, this is a lesson ya… Follow all my step and InsyaAllah you will make her fall into you.

Step 1: Dating dekat restoran, pastikan bukan dekat kedai mamak. Pilih tempat yang ambiance menarik, suasana tentang, kalau tempat itu ada feel romantik, itu kira bonuslah.

Beberapa jam sebelum kami jumpa, dia call saya beritahu dia kena delay sikit masa kali nak jumpa, sebab dia belum selesai kerja set up untuk conference. Saya cakap, tak perlu tergesa-gesa dan boleh jumpa lain kali saja. Dia keep pushing me . Saya stress dan saya layan jelah.

Step 2: Jangan biar dates awak tunggu. Kalau tak boleh buat pada masa itu, batalkan awal-awal. Ingat first date, first thing is first impressions. Bila kali pertama dah lambat, dia akan assuming awak akan lambat lagi di masa-masa akan datang.

Kami jumpa jam 10:10 malam berbanding janji asal pukul 8:00 malam. Mujurlah kedai mamak tu dekat, by the time dia call kata lewat, saya belum keluarpun lagi. Saya melepak lagi dua jam kat office sebelum keluar. Sampai, saya tunggu dia lebih kurang 10 minit.

Dia sampai, dia call dan saya angkat tangan supaya dia nampak saya –kami blind date, I don’t know him and he either. First thing bila dia duduk, dia cakap “eh, u dah order dah…tak tunggu I..” Ofcoz, ingat saya tak lapar, itu untung saya order air je…ikut hati saya saya order makan sekali.

Step 3: Kalau lambat, utamakan ayat ini, “saya lambat, I’m so so sorry… Don’t worry it won’t happen again” Dan kalau anda yang lambat, janganlah blame dates awak bila dia order dulu tanpa tunggu awak. Siapa suruh awak lambat!

Blind date, saling tak mengenali, jadi gunakan pertemuan pertama ini untuk lebih mengenali. Mulakan dengan yang asas; kerja kat mana, study apa dulu, free time buat apa, hobi, favorite movie and music, apa-apa yang simple… Saya dengan dia — setengah jam untuk tunggu dia decide nak makan apa… Saya dah pening dah masa tu. Aduiyyai, kalau kat mamak dah tentulah makanan biasa, pilihan sangat banyak kut, makanan bergoreng, roti pelbagai jenis dan western pun depa ada.

Step 4: Don’t make thing complicated. Kalau boleh awak pilih makanan yang awak dah biasa. Jangan susahkan dates awak untuk menunggu lama. Beri keutamaan padanya.

Sepanjang menunggu makanan, kami berbuallah sikit-sikit. Saya memang mudah teruja dengan orang yang pandai bercakap — lebih-lebih lagi tentang isu semasa, ada pandangan tentang isu tertentu (walaupun mungkin tak sependapat dengan saya), yang macam bijak bila bercakap — itu saya suka. Tapi saya jugak pernah suka kepada si pendiam, sebab bila dia bercakap, kedengaran sangat jujur di telinga saya.

Dates saya? HANCUR! Dia tak buat saya kagum bila kami communicate. Serius dia tak communicate dengan baik. Dia tak beri pandangan atau komen yang boleh buat saya teruja. Topik bersembang kami pun tak best, tentang karaoke dan dia ajak saya pergi karaoke!

Step 5: Topik bersembang, paling mudah isu semasa. Jadi awak kena banyak membacalah sedikit atau rajin-rajinlah tengok TV. Kalau itu pun susah, sembanglah pasal dirinya (bukan diri awak). Tanya lebih lanjut tentang dirinya, artis yang dia suka, sukan yang dia rajin buat, tentang kereta dia, team bola sepak atau rumah dia… Ajak pergi karaoke – it’s a no no!

Habis makan, dia masih dengan niat mengajak saya ke karaoke. Saya dah kata tidak, maka sampai ke sudahlah ia tetap TIDAK. Lepas makan saya lengahkan sedikit masa supaya dia boleh play his role as a guy — bayar bil. Manalah tahu dengan keikhlasan dia membayar bil, kut-kut hati saya boleh tersentuh… Tapi lagi saya berlengah, lagi dia asyik bercerita tentang tempat karaoke yang dia pernah pergi.

Aduiyyai, for the record — karaoke ini tak ada apa pada saya, ia cuma aktiviti biasa. Saya ada rekod melalak 8 jam (dalam satu malam) di karaoke dan saya tak hairan pun dengan tempat-tempat karaoke yang dia sebutkan, sebab saya dah pergi dan saya sendiri ada membership kat situ. It just that I don’t go for karaoke with stranger. I choose my partner, the one that I like and suit me…and I used to go by group.

Step 6: Don’t push and never been a pusher.

Akhirnya, saya ambil sendiri kad bil dan saya cakap saya sibuk sangat, saya kena balik dan bangun awal pagi esok. Saya (dalam hati) masih berharap dia boleh ambil kad itu dan settlekan bil — setidak-tidaknya saya beri peluang terakhir untuk dia buat saya kagum. Sudahnya…hmmm…. haram, dia tak bangun pun. Saya terus pergi kaunter dan bayar.

Step 7: Jangan biar dates anda (perempuan) bayar bil.

Lepas tu, saya kembali ke meja dan say good bye. Dia kata okay dan ajak saya dating lagi lain kali. Saya cuma kata, “tengoklah”! InsyaAllah kalau ada masa free.

Okay, habis cerita blind date saya. Esok dan hari berikutnya, dia asyik call saya ajak keluar, pergi karaoke. Saya pula asyik menolak sampai saya bosan. Akhirnya, saya cakap dengan dia saya memang busy dan saya tak berminat nak pergi karaoke dengan dia. Bila dia makin kerap kacau saya, terutama waktu tidur saya — yang memang tak seberapa ni, saya pun terus block no. telefon dia. End of the story.

Step tambahan : Janganlah sampai ganggu orang. Kenalah faham-faham sendiri!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s