I Don’t Feel Like My Home!

Assalamualaikum..

Saat ini, mata saya macam diletakkan gam antara mata atas dan bawah. Mengantuk sangat!

Ceritanya, dari 27 Mac sampailah malam tadi, saya tidur tidak lebih awal dari jam 1:00 pagi. Syarikat buat projek pementasan drama yang selesai Ahad lalu, saya ke sana setiap hari kecuali Khamis — sebab saya pergi kelas mengaji. Semalam, walaupun pementasan dah habis, masih perlu stay di pejabat sehingga jam 1.15 lebih kurang — buat katalog pula. Itupun cuma siap satu katalog, masih berbaki satu lagi… Aduhai…

Penatlah kerja. Tetap okay pada saya, sebab itulah nature hidup saya. Memang kitarannya begitu, macam ni : 1. Kerja, cari rezeki untuk diri dan keluarga; 2. buktikan yang saya berguna, berfungsi dan boleh buat kerja; 3. Always put my parent first and family second; 4. enjoying the thing i like; dan akhirnya 5. Diri sendiri.

Dalam penat-penat saya, saya masih boleh mengawal diri, tak mahu marah-marah (walaupun saya memang seorang perengus), terus bekerja, bantu mana yang patut. Tak suka marah, dan saya dah lama tak marah! Lagi-lagi, sejak di jabatan lama — saya tak pernah mengamuk.

Cuma, saya tak berapa senang dengan perasaan sendiri bila di jabatan baru, rasanya lain. Saya suka berada di tempat yang saya rasa macam ‘home’, berbanding di sini saya rasa sedikit terasing. Semacam ada beberapa level di sini, ada team elite dan yang tak elite..yang tak masuk campur hal orang lain, tak mahu ambil tahu, ada juga yang jenis asal boleh… semua ada. Betul, tak ada yang perfect, so do me! Tapi, boleh tak kalau kita sepakat, saling berkongsi, saling consider to each other — barulah kita akan rasa ‘kepunyaan’. Kita akan rasa ‘kepunyaan’ antara kita. I’m yours and you mine.

Kes bertekak pasal ‘fotostat machine’ minggu lalu — buat saya sedih dan marah. Itulah bukti, tempat ini bukan untuk saya dan team ini juga tidak menerima saya.

I’m sorry, i have my own limit and when you over it — you got it!
Don’t judge me about attitude, when you show me how rude you are.

Betul Ana, saya memang perengus, tapi perenggus takkan jadi perengus tanpa sebab!

Okay, jadi mesin itu dengan saya sekarang, sudah bermusuh (walaupun kami tak pernah berselisih faham sedikit pun). Saya tak mahu lagi gunakannya dan ia pun — makin lama kian teruk dalam jagaan kalangan elite. Gasaklah!

Kembali dengan keutamaan saya… Kerja! Tadi Boss ada mention tentang beberapa kerja baru…katalog (separuh sudah siap), design PBAKL 2015, lima event syarikat dalam PBAKL 2015 dan eBook (yang kena buat sample untuk Big Boss). Dalam masa yang sama EB sedang setting jilid 2, KHiza sedang susun jilid 3 dan 4 (yang saya masih terhutang 2 entri lagi)… Aduiyyai! Mungkin tak dapat angkat kepala beberapa bulan ni dan tidur pun tak tentu. Dari bulan Mac, sampai Jun nanti.

Saya dah rancang, pertengahan tahun ni saya nak bercuti. Bila dah settle semua dan lebih-lebih lagi bila EB siap, apa lagi let’s celebrate! Kebetulan KHiza ajak pergi Vietnam, jadi kami akan celebrate di sana nanti… Yeah! Dapat rehat, cuti mata, enjoy trip dan shopping kain.. Hui, patut cari sorang skandal di sana (KHiza mesti suka ni…)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s