IIsuperwomanII : kreatif dan menghiburkan

Assalamualaikum…

Dalam kesibukkan mengejar kerja (bukan kejar masa), sempat jugak saya tengok YouTube celebrity favorite saya, IIsuperwomanII.

Saya suka dia sebab… dia (namanya Lily Singh) cakap lepas, smart, bijak, kadang-kadang poyo, selalu sempoi dan tak berpura-pura. Superwoman (Lily juga dikenali dengan nama ini) come out dengan topik yang menarik minat saya. Biasanya tentang kehidupan dan orang-orang di sekeliling kita. Cuma dia menceritakan dalam persepsi dia sendiri — ada yang mungkin kita setuju dan kadang-kadang tidak.

Jaranglah, saya nak pilih favorite dalam kalangan bangsa India ini, kecuali Kareena Kapor — sebab badan dia cantik sangat, terutama tang perut. Ada seorang lagi saya suka, tak ingat nama dia…tapi dia berlakon dengan SRK untuk filem Om Shanti Om.

Lily, berbangsa India, umur 28 dan masih tinggal dengan keluarganya di Kanada. Dalam umur begitu kalau masih tinggal dengan keluarga agak peliklah. Biasanya dah tinggal sendiri atau stay dengan pasangan. Family Lily ni kira bangsa India yang berhijrahlah… Dia pelakon filem, drama, iklan — tapi belum terkenal lagi. Dia juga ada buat lagu remix Clean Up Anthem.

Superwoman, memang buat Lily famous, dari mula dia buat (dari 6 atau 7 tahun lalu), peminat dia dah berjuta-juta dah dari seluruh dunia, bukan India saja tau.. Dari kalangan remaja sampai dewasa. Dah namanya celebrity, Lily ke merata Negara untuk program bertemu peminat — artist YouTube lah katakan. SRK pun minat dia ni, lebih-lebih lagi sebab anak SRK, Suhana minat kat Superwoman. Mahduri Dixit pun pernah join Superwoman dalam satu video dia tentang Bollywood.

Yang best dalam video Lily, sometimes hanya dia seorang menyatakan pandangannya tentang sesuatu. Dan ada juga masanya dia buat dalam bentuk drama bersama mak (param jii) dan ayah (Manjit) palsunya. Palsu tu sebab dia juga yang pegang watak tu… Ada juga Superwomen feat dengan rakan YouTube nya yang lain macam Miranda Sing..

Yang paling saya suka Lily Singh a.k.a Superwoman ni sebab dia tak malu mengaku dia berbangsa India dan dia sayangkan India. Dia juga tak lupa ketengahkan budaya India dalam videonya, contoh typical punjabi, tarian bhangra, lagu-lagu Bollywood, pakaian dan bahasa. Okaylahkan, walaupun dah lama duduk di Kanada, tapi tak lupa budaya dan bangsa..kan. Kira respect lah!

Jadi di bawah ini, nanti saya kongsikan satu video IIsuperwomanII yang saya rasa best..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s