Mimpi Buruk : Who’s the Captain of the Ship

Assalamualaikum..

Saya baru meraikan birthday saya, 5 Mac lalu – taklah meraikan sangat, only decided to give my self a gift, which is — the exercise machine that I really want. I’m still negotiate the price with the online supplier. Hopefully I can get it less than RM300.

Okay cerita pasal mimpi.. #seriusshit, I got a very bad dream last Saturday. Maybe because of I’m too tired or too stressful thinking about marriage, my future, my love and others, then it came out as a dream that make me scared.

Eh, tapi mungkin juga sebab Nuar — dia yang mula sebut pasal ‘pinang meminang‘ ni. Nuar kata, “kalau belum ada orang masuk meminang, Shida pergilah pinang orang..” Dan sebelum tidur malam tu, saya terfikir kalau saya yang terpaksa meminang orang (lelaki), saya akan demand lebih. Ofcoz!

Tentulah, kalau saya kena masuk meminang, kemudian sediakan wang hantaran, merancang untuk perkahwinan dan masa depan — eh takkan saya nak buat begitu tanpa dapat apa-apa. Jadi demand saya adalah… I want to be the captain of the ship (marriage-ship, husband and wife-ship, family-ship). Is that big, BIG?

Malam tu, sepatutnya saya tak mimpi pun, saya tidur awal. Siap mandi dulu sebelum tidur, minum susu bagai dan memang fresh untuk tidur. Saya jarang mimpi, jadi kalau dapat satu-satu mimpi tentu saya nak yang baik-baik je. Malangnya…

Dalam mimpi, saya sudahpun berkeluarga. Suami saya, goshPerfect! Good looking, sweet smile, soft spoken (ciri-ciri idaman). Cuma, hmm…dia tak bekerja. Katanya freelancer, tapi nampak seperti memang tak bekerja. Dia jaga rumah dan anak-anak semasa saya keluar bekerja. Ya, saya masih bekerja, mungkin dah berpangkat atau bergaji tinggi sikit sebab saya dah ada rumah sendiri dan kereta baru…hahaha..

Masa saya bekerja, suami akan siapkan anak-anak dan makan minum, selain kemas rumah. Dia juga jaga makan pakai saya sekali selain anak-anak. House husband-lah kiranya. Saya pula working wife yang sentiasa mencari rezeki untuk kesejahteraan keluarga. Mulanya, one happy family, lepas tu I got CRAZY!

Saya bangun tidur (dalam mimpi saya), bersiap nak pergi kerja, keluar dari bilik… suami saya cakap, “sayang, pin tudung U senget..” sambil dia betulkan pin tudung tu.  WTH, selalunya situasi itu, isteri yang akan betulkan tali leher suaminya.

Saya balik kerja, suami dah
tunggu, baik punya dengan bubur kacang favorite saya. Alamak, nikmatnya dunia — tak pernah ada orang tunggu saya dengan food melainkan Mak saya. Suami sembang dengan senyuman manis, sambil beri bil-bil. Saya tengok bil dan mengomel tentang bil-bil yang makin meningkat. Picit kepala yang tak pening, nak kena bayar bil pulak…

Makan malam semua disediakan boleh suami, giler heaven — saya tak payah masak. Makan sambil sembang, anak saya cerita tentang dirinya di sekolah — so funny, saya rasa dia dapat gen kelakar ni dari saya…hahaha.

Kemudian, suami tanyakan saya, tentang duit belanja dapur dan rumah dan saya beritahu saya sudah letak di tempat biasa (mungkin tempat rahsia kami) dan saya terlupa nak beritahu dia lebih awal. Suami lepas tu minta izin nak beli sesuatu, saya kata, “biar saya pikir dulu, tak elok membazir..!” WTH, saya yang sediakan semua duit belanja dan tentukan nak beli apa? Bukan semuanya kerja suami ke?

Lepas makan, tengok TV (family session), anak-anak sibuk buat homework. Anak perempuan saya beritahu yang dia kena buat karangan tentang mommy-nya (which is saya), dia buat rangka karangan (she just like me…heheheh...suka buat karangan). Tapi dia keliru dan tak ada idea, sebab bila dia searching (just like me, suka study dulu sebelum buat apa-apa) bahan untuk karangan, yang dia dapat ialah — mommy buat kerja mengemas rumah, memasak, membasuh pakaian, menjaga rumah tangga, ikatkan rambut anak…dan mommy-nya (iaitu saya) memang tidak buat sama sekali.

Saya bantu dia, saya terangkan yang mommy-nya (saya) adalah mommy yang berkerjaya — mencari rezeki untuk keluarga, saya bayar yuran tuisyen, saya belikan baju baru, saya bawa pergi holiday, saya belikan toys, bayar yuran kelas muzik dan Ngaji dan lain-lain lagi…

Dia lagi bijak dari saya, “so your duty is only to find money and pay all the expenses. Daddy do much more than you…” jawab dengan muka super selamba dia. Saya sudah HANGIN. Saya tak boleh stay lagi, kalau tak, ada yang terkena angin tsunami nanti.

Saya pun masuk tidur, sambil jeling kat daddy (suami). Akhirnya daddy anak saya tu yang tolong selesaikan homework tu. Saya kat bilik dah berapi dah. WTH, bayangkan anak saya cuba untuk compared fungsi mommy (saya) dan daddy (suami) yang memang dah terbalik dari awal. Ya, dari awal — dari kes pinang meminang!

Ini lagi berat. Suami masuk dalam bilik, cuba pujuk saya. Dengan senyum mengoda dan bahasa yang lembut, kalah jugak mommy ni. Jadi kami end up tidur jelah sebelum mengadap benda (masalah) lain pagi esok. Saya peluk suami dan tiba-tiba cakap, “baby, I want U tonight..” dan dia jawab…”sorry sayang, I can’t. Coz I got period today..” WTF! Argggghhh!

Okay, enough! Saya terjaga lepas tu. Seriusshit, this is crazy. Kami bukan saja bertukar fungsi, macam siap tertukar jantina sekali. Mujur ia hanya mimpi.

Mimpi ni lesson pada saya:
(1) jangan pinang lelaki, tunggulah jugak sampai ada lelaki yang datang meminang saya;
(2) jangan benarkan suami saya nanti buat freelance (yang ada kemungkinan dia tak serius nak dapatkan projek);
(3) jangan lepaskan tanggungjawab menguruskan rumah tangga kepada orang lain (wahima suami sendiri);
(4) boleh kerja, untuk bantu suami, tapi jangan sampai pikul semua beban menyara keluarga — ingatkan suami, itu tugasnya;
(5) jadi no. 1 dalam hati anak-anak, jangan sampai mereka compare antara mommy-nya dengan pembantu rumah dan suami; dan
(6) cukup sekadar jadi side kick dalam keluarga, let’s a husband be a hero

Sebelum tidur malam ni, saya doakan saya tak mimpi pelik-pelik.

Hari ini saya juga ada buat keputusan drastik… Saya rasa this the end — I decided to let my love go away to find his own happiness. I pray for him and may all his dream come true.

My love, I’m in love with you
But love is a game that I can’t control
I’m not lucky enough to be yours
My love… Love, may come once
Maybe it’s fated not luck!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s