Jom Belajar Ngaji : Program Pengajian di PPDMI

Assalamualaikum…

Morning! Saya doakan anda (pembaca) blog ini sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah SWT.

Saya mahu berkongsi jadual program pengajian di tempat saya belajar ngaji, Pusat Pembangunan Diri dan Motivasi Islam (PPDMI).

Program Pengajian di PPDIM

Saya belajar di sini, jadi saya rasai sendiri pengalaman belajar yang menarik — modul yang ringkas tapi berkesan, teknik pembelajaran sempoi, dan pembimbing (ustaz) yang berkaliber dan jadual fleksible dan semuanya cukup untuk membantu saya selama menjalani kelas bimbingan tajwid, lebih kurang sembilan bulan (September 2014 – Februari 2015). Insya-Allah, saya akan teruskan selagi mana saya berada di Wangsa Maju atau di Kuala Lumpur ini.

Memang benar, kami (peserta) mulakan dengan menyebut huruf dengan betul terlebih dahulu. Alif, Baa, Taa… Kami ambil masa berminggu untuk ‘hanya menyebut huruf yang betul’. Belajar sifat huruf memastikan sebutan huruf itu tepat. Lepas itu kami mulakan latihan membaca Iqra’. Dari Iqra 1 hingga Iqra’ 3, sampai lancarlah sebutan huruf. Kemudian kami teruskan dengan belajar hukum-hukum tajwid, gunakan Iqra 4 hingga Iqra’ 6 — ayat-ayatnya sudah mula panjang dan sukar. Dan semalam saya sudah membaca di halaman terakhir Iqra’ 6. Alhamdulillah, mungkin seminggu dua lagi kami sudah boleh membaca kalimah Al-Quran pula. Insya-Allah.

Satu yang saya rasa yang menjadi faktor penarik bagi peserta untuk kekal belajar mengaji adalah ‘motivasi dari ustaz’ yang mengajar itu sendiri. Ustaz yang mengajar saya Ustaz Hakim (pemilik PPDMI). Setiap kali kami kelas bimbingan mengeluh kerana kepayahan melengkapkan bacaan (ngaji), beliau juga akan sentiasa bercerita untuk menaikkan semula semangat dan motivasi kami. Yang penting, kami teruskan belajar. Macam yang selalu ustaz cakap…

“Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalannya menuju syurga” – (HR Muslim)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s