Banjir: Cuma Kisah Saya

Assalamualaikum…

Mula-mula, saya nak minta maaf sangat-sangat sebab terlambat sangat-sangat menyiarkan post-post yang saya dah janjikan bulan Januari. I’m sorry, my apologies. Saya tiba-tiba kena mengadap satu lagi berita mengejutkan… Saya kene transfer lagi — i story morry morning glory later ya..

Okay, pasal banjir… saya balik kampung bercuti panjang untuk siapkan projek EB di kampung. Alasannya ‘di kampung tak ada orang kacau’. Alhamdulillah, semasa bercuti kampung saya dilanda banjir kilat dan berkubanglah kami dengan air bah selama 10 hari. Saya tuliskan post mengenai banjir ini di Facebook sebab ia lebih mudah (line okay) dan boleh dibaca oleh rakan di pejabat, termasuklah HR person and management team. Berikut, di bawah ini saya salin semula post saya mengenai banjir di Facebook sebagai memori untuk saya dan untuk tuan/puan yang sudi membaca — kongsi pengalaman, apa salahnya…:


Shida Ayub
 bersama Zarith Sofea Yatiedika dan 6 yang lain di Bt 16 KG Tua Lambor Kanan pada 24hb Disember 2014 pukul 5.53 ptg ·

Assalamualaikum… Hmmm..pengumuman ‘kebarangkalian banjir’ di Lambor Kanan, lebih tepat lagi, Kampung Tua, Batu 16 1/2 dan kawasan sekitar dan sewaktu dengannya.

Jadi tuan-tuan dan puan-puan diharap dapat bawak bertenang, bersabar. Puan-puan janganlah bergosip mahupun membuat sekarang andaian. Tuan-tuan pula jangan asyik melepak di baroh, menengok bebudak menjaring ikan di sungai — tak ade paedahnya, baik balik dan nyusun dokumen penting dekat ‘para’ paling tinggi di rumah masing-masing.

JKK kampong, silalah membuat pantauan jika ada kawasan yang terkena bencana. Rumah-rumah di baroh yang ayornya mungkin naik dari sungai, begitu juga rumah-rumah di darat yang ayornya naik dari bendang dan tali ayor. Buat laporan segera dan beri bantuan kecemasan sewajarnya. Bantuan beras (sekampit), gula (dalam 5 kilo), tepung (2 kilo), telur sepapan, susu cair sekaton, Maggi berkampit-kampit, minyak masak sebotol (saiz besor), Milo dan biskut amat dialu-alukan — jimat duit belanja dapur bulan ni.

Laporan terkini, rumah Makcik Jammenah dan Pakcik Madak udah naik ayor dalam setengah kaki, tapi deme masih lagi duduk minum ABC di Kedai Usop depan sungai. Sempoi je deme…

Ucapan khas untuk Cik Ayob: Jangan sedih, kerana kebarangkalian serai dan bendi serta tanamannya yang lain bakal musnah akibat banjir. Lepah ayor kering nanti bertanamlah semula. Bior habis serai dan bendi sekebun akibat banjir, asal bukan habis dilanggor dek babi.

Ikhlas, saya yang melaporkan dari tebing sungai perak (berhampiran Kedai Usop)


Shida Ayub
 pada 24hb Disember 2014 pukul 10.15 ptg ·

Status terkini, tunggu banjir sambil tengok Zahira

 

Shida Ayub pada 25hb Disember 2014 pukul 12.10 pagi ·

Banjir sudah. Bergelap, eletrik diputuskan — perkara biasa bagi kawasan yang dilanda banjir.

Terakhir kampung saya dilanda banjir semasa saya darjah 4. Waktu itu, hanya kawasan sekolah saya sahaja yang naik air (bah). Rumah saya tak kena. Kali ini memang hampir seluruh pelusuk kampung bah. Dugaan, di penghujung tahun penuh mencabar, 2014. Ada hikmah semuanya.

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana Allah SWT bukakan hati saya ambil cuti panjang di kampung. Walaupun alasan asalnya, saya nak habiskan cuti wajib sambil menyiapkan kerja EB (tanpa gangguan).

Akhirnya, ini nikmat Allah, DIA beri saya peluang bersama-sama dengan Mak dan Abah menghadapi bencana kecil ini. Bayangkan kalau saya di KL, tentu tak tenang hati saya teringatkan Mak dan Abah berdua di kampung. Syukur.

Jangan risau, kami duduk di rumah saja, rumah atas kami tinggi. InsyaAllah. Cuma rumah bawah sudah naik air, lebih kurang paras betis. Kami okay lagi… Kalau anda rajin, doakan agar seluruh warga kampung saya ni selamat…

Dalam gelap yang hanya disinari cahaya lilin, saya berdoa agar air tak naik lagi dan boleh surut segera. Mudah-mudahan sempat saya bantu Mak dan Abah mencuci rumah bila air dah kering.

Saya menulis status FB sebab tak ada kerja nak buat dalam gelap. Panas, tak boleh nak on kipas.

 

Shida Ayub pada 25hb Disember 2014 pukul 7.56 pagi ·

Assalamualaikum. Status terkini banjir di rumah saya. Betul air telah naik, dan betul ia melangkaui andaian semua orang. Paras air sudah setinggi meja makan atau lebih kurangnya had pinggang saya. Dan ia makin tinggi.

Buat masa ini, kami (saya dan jiran sebelah menyebelah) duduk di rumah saja. InsyaAllah, terang (siang) sikit lagi saya akan meranduk (meredah) air untuk ke darat (jalan utama).

Kenapa saya tak pindah awal-awal, let say semalam? Ini jawapan saya…

Jiran saya, Opah Bunga, suaminya kurangnya sihat. Maksu Zura (anak Opah Bunga) bersama 5 anaknya yang masih kecil; Makcik Jammenah dan Cik Madak rumahnya jauh ke dalam; Kak Umie tinggal seorang diri di rumah dan diapun tak larat… Mereka semua ini perlu dipindahkan dulu.

Tadi, saya meranduk air pergi ke rumah Kak Umie bertanya keadaannya. Alhamdulillah dia okay. Kerja saya sekarang, pergi setiap rumah dan minta mereka bertahan sampai bantuan tiba. Dan hubungi ahli keluarga terdekat mereka, untuk beritahu tentang bah (banjir) ini. Talian telefon rumah rosak, mujur line celcom saya okay. Dan lucky me, I got power bank.

Ups Makcik Jammenah dah suaminya, Encik Madak saya sudah rescue ke rumah saya sebab rumahnya hampir tenggelam. Patutlah dulu Opah selalu cerita, masa Jepun serang Melaya, masa ayor bah – rumah nilah tempat orang berlindung. Sebab rumah lama ni tinggi.

Waktu ini, kita kena tenang-tenang. Jangan gabra. Bantuan tak sampai kepada kami kerana masih banyak lagi rumah lain yang hampir terapung yang perlu diselamatkan penghuninya. Tengok Mak Abah saya, siap boleh posing.

Doakan kami sekampung selamat ya.

Shida Ayub telah menambah 16 foto baru pada 26hb Disember 2014 pukul 7.14 ptg ·

Assalamualaikum…
Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang mendoakan keselamatan saya dan keluarga. Alhamdulillah, kami kini berapa di ZON PALING SELAMAT — di Batu Gajah, rumah Mak Saudara saya. Saya tahu mereka sentiasa buka tangan untuk kami.

Selepas dipindahkan dari rumah, kami ditempatkan di pusat perlindungan/penempatan mangsa banjir di kampung saya. Sebuah dewan sekolah yang bersebelahn asrama puteri sekolah tersebut. Tapi asrama dan sekolah dikunci, cuma dewan itu saja yang dibuka untuk mangsa banjir. Tandas pun guna tandas dewan itu saja. Lebih kurang tiga jam kami di situ.

Kemudian, Abah minta bantuan Polis (Parit Off Rode Team) untuk bawa kami keluar dari kampung. Memandangkan jalan raya ditutup, mereka saja yang boleh bantu kami keluar menggunakan kenderaan mereka. Mereka hantar kami sampai ke Changkat Melintang. Di sana, Hafiz (sepupu) dah tunggu untuk bawa kami ke Batu Gajah. Alhamdulillah.

Saya sebenarnya tak mampu bertahan di pusat perlindungan/penempatan mangsa banjir. Saya kurang selesa. Benar, mungkin saya terlalu MANJA. Tersasar sangat. Saya anggap diri saya adventures orangnya, tapi tidak! Saya kalah dengan kesesakan, tandas yang kurangnya sempurna, dewan yang padat (tempat yang sama untuk makan, tidur, sembahyang, melepak, orang bersembang dan lain-lain), lalat yang banyak gileeeeer, dan bekalan air yang tak mencukupi.

Pun begitu, masih ada lebih 100 mangsa bencana banjir di pusat perlindungan/penempatan mangsa banjir di kampung kami. Kami masih berharap agar air bah (banjir) surut segera. Cukuplah sekadar kami dapat kembali semula ke rumah.

Saya pun bimbangkan WQB5189, entah bagaimana nasibnya. Lewat petang semalam, air sudah ceceh lebih kurangnya sekaki, itupun sebab diparkirkan di tempat tinggi. Kalau di rumah, tentu tenggelam habis dah.

Saya risau lagi… Nak baik KL, kerja… Laptop dan kertas EB (kerja) ‘selamat’ di rumah, rumah masih berendam air bah, laluan masuk kampung masih ditutup, WQB5189 tak tahu kondisinya… Saya sendiri tak dapat balik ke rumah sebab laluan ditutup, maklumlah air belum kering.

Apapun saya, Mak dan Abah okay di Batu Gajah. Cumanya saya berharap, kawan-kawan masih tidak jemu berdoa agar bah di kampung saya surut segera. Mudah-mudahan kami dapatlah balik rumah cepat. InsyaAllah.

Terima kasih Hafiz Boq sebab ambil kami di Changkat Melintang. Juga, Terima kasih untuk Wan, Chu dan Safwan Manaf yang cuba melawat kami di pusat perlindungan/penempatan mangsa banjir, tapi terkandas pula di Teluk Sareh. Basir juga, kerana prihatin dan membantu penduduk kampung dan anda (yang baca post ini) atas DOA anda untuk saya, keluarga dan orang-orang kampung saya. Teruskan berdoa, ia dapat bantu kami untuk pulang ke rumah cepat.

 


Shida Ayub
 telah menambah 14 foto baru pada 28hb Disember 2014 pukul 9.36 ptg ·

Assalamualaikum.
Banjir: Cerita Semalam

Lepas selamat dari bencana bah (sebab saya pindah ke rumah Makcik saya di Batu Gajah), semalam, saya kembali semula ke kawasan bah, Lambor Kanan (Perak Tengah). Saya singgahlah ke rumah.

Abang Basir (sepupu), bertugas di kawasan banjir, sentiasa beri update terkini tentang suasana di kampung. Katanya, air bah surut sedikit dan jalan yang ditutup udah dibuka semula. Lepas mendengar bebelan Mak dan Abah yang nak sangat-sangat melihat keadaan rumah, motor dan WQB yang kami tinggalkan, saya ikutkan sajalah.

Lagi satu, kami dapat khabar jumlah mangsa bah di Sek Men Keb Sultan Muzafar Shah 1 (SMKSMS1) meningkat kepada 604 mangsa. Masa saya tinggalkan pusat itu, cuma ada lebih kurangnya 80 – 100 mangsa. Saya tak boleh bayangkan kepadatannya, huk alah, bapoklah padatnye. Dan saya rasa, memang tindakan yang tepat bila saya putuskan untuk bawa Mak dan Abah pindah dari pusat perlidungan mangsa banjir ke Batu Gajah.

Lepas asar, saya, Mak, Abah, Wan dan Chu balik ke kampung. Benar, jalan dah dibuka tapi amaran petugas — kenderaan hanya boleh sampai ke Pekan Lambor Kanan, lebih dari kawasan itu, MARBAHAYA!. “Ate, iyelah romah saya sebelum sampai Pekan Lambor”.

Sampai je depan rumah Abang Basir (di jalan utama) dah nampak dah…WQB. Plat tercabut, kemasan di rim pun tercabut. Dari luar macam okay (kemek dan calar tu memang sedia ada sebelum banjir lagi). Saya cuba start, tak boleh — baterilah punca. Mungkin terlalu lama berendam, hand break pun dah tersangkut, bertolak, barulah bergerak. Lepas jumper bateri, barulah bolehlah start.

Kereta settle. Rumah dan motor. Dari jalan utama saya nampak laluan ke rumah saya masih berayor…had betis juga. Abah, nekad nak merandok, nak tengok motornya. Aduiyyai kesian pulak. Saya pun temankanlah. Rupanya bukan saya je, bila sampai ke rumah saya nampak Mak, Wan dan Chu mengekor di belakang.

Sampai separuh jalan, takad air sampai pinggang, tapi bila sampai di rumah saya air sudah di paras lutut — dalam rumah, perabot semua masih berendam. Jenohlah Cik Ayub dan Cik Teh nak mencucinya esok (nanti bila dah tak banjir dah). Confirmlah teruk. Saya memikirkan payahnya nak mencuci rumah, lantai, dinding luar dan dalam pun nak kena tonyoh jugak… Ah sudah (bukan nama seseorang berbangsa cina ya), bila nak kena cuci ni…? Tapi saya tengok, Abah seronok giler — motornya masih selamat atas busut.

Senja itu, kami balik (meranduk air ke jalan utama) lepas terdengar sesuatu… SESUATU…hehehe. Biasalah, di kampung yang tiada seorang pun penghuni (semua dah berpindah), banjir, kawasan rumah kampung yang rapat-rapat, berhadapan sungai yang kita akan dengar cuma cengkerik, unggas…kan. Tiba-tiba ada SESUATUkan…, apa lagi tunggu…CABOTTTTT!

Saya lupa sesuatu…

Terima kasih kepada Puan Siti Rafiah Sulaiman kerana luluskan cutu saya, kerana memahami situasi saya. Saya tak akan mampu tinggalkan Mak dan Abah saya dalam waktu begini. Terima kasih juga kepada Cik Siti Rohaizah Hamzah yang akan cuba usahakan permohonan cuti kecemasan saya kepada cuti ehsan. I really want to thanks both of you who make my life easier.

Shida Ayubpada 29hb Disember 2014 pukul 8.42 pagi ·

Assalamualaikum.

Tugas kita berbeza-beza pagi ini. Saya tak ada di pejabat hari ni, cuti — selagi banjir di kampung saya masih ditakat bahaya. Pagi-pagi lagi dah memandu dari Batu Gajah ke Changkat Melintang. Ada mangsa banjir yang meninggal dunia.

Jam 8 lebih, malam tadi, Abah dihubungi untuk menguruskan jenazah di Hospital Changkat Melintang. Jenazah akan dikebumikan di tanah kubur berhampiran hospital, di sini kawasan berbukit.

Ini kematian kedua sejak banjir. Saya kurang pasti kerana lemas atau sakit tua. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan insan yang disayangi Allah SWT.

Selepas 10 hari berbanjir, saya dan keluarga dimaklumkan yang air bah di kawasan kami telah mula kering. Keesokkannya saya, mak, abah balik ke rumah untuk mencuci rumah. Chu, Safwan, farhana, Ju dan Olie pun datang juga membantu. Untung juga kerana Mazni ada.

Kami cuci bahagian bawah dulu, bilik sembahyang, bilik abah dan kemudian ruang tamu. Cuma bilik air kami tak sentuh sebab masih berair. Yang payahnya waktu mencuci adalah kerja memunggah — mana-mana barang yang rosak dan musnah kena dibawa keluar rumah. Adoiyai.. saya tengok set bilik tidur abah berderai — sama ada memang barang tak berkualiti atau memang jenis kayu dia ‘pantang’ kena air. Habis! TV lama kami pun rosak juga… Adalah satu dua barang lagi, yang lama yang pecah.

Kalaulah anda boleh lihat waktu itu, lega… dapat kembali ke rumah, se’lecah’ (berlumpur) manapun, tetap rumah sendiri. Ada rasa sayang padanya…

Lebih menyentuh hati kami, kerajinan Olie — dia baru 5 tahun…dia sudah pegang penyapu untuk tolak air keluar… mencuci gelas. Betapa bertuahnya Ju sebab ada anak kecil serajin ini dan penuh dengan perasaan empathy. Terima kasih Olie, Makyang akan ingat jasa Olie dan doakan Olie berjaya dalam hidup. Gosh, she so sweet!

Keesokkannya, saya tak balik ke KL — saya teruskan kerja mencuci. Bilik air, pinggan mangkuk dan segalanya yang mudah dicapai. Petang saya balik KL, rumah masih berbau lumpur! Setiap minggu, Sabtu dan Ahad saya pulang ke kampung. Masih tolong-tolong jika ada lagi barang yang belum dicuci, dibersihkan. Alhamdulillah, minggu lepas selesai semua.

Okay, banjir pada saya pengalaman. Ia juga masa untuk kita melihat diri sendiri, satu adakan kita sedia menghadap bencana — bukan persediaan dalam bentuk ‘prepare all thing’ tapi persediaan kita untuk berasa tenang. Sebab hanya TENANG membolehkan kita mengawal situasi apabila bencana berlaku. Kedua, STRATEGI — biasa, ada masalah, kita fikirkan solusinya, yang kreatif, yang mudah, yang termampu yang boleh dibuat asal hasilnya terbaik untuk kita, bukan saja kita tapi orang lain sekitar kita. Insya-Allah, kita boleh hadapinya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s