tips@top: Jawapan Sentap bagi Soalan Sentap — Bila Nak Kahwin?

Assalamualaikum.

Januari 2015 sudah masuk minggu kedua. Saya cuma mampu sajikan post ringan untuk tatapan anda. Itupun kalau sudi, tak sudi tak apa… (sentap, merajuk)

Post ini istimewa untuk anda (yang seangkatan dengan saya — bujang, happy selalu, always enjoy your life and we are cute). Situasinya boleh jadi di mana-mana saja, atau melibatkan sesiapa saja. Anda ditanyakan soalan ‘keramat’. Ya ia keramat, kerana ia juga berbunyi soalan SENTAP untuk kita, soalannya:

bila nak kahwin? atau dalam bahasa yang lebih manis (sopan)
bila nak mendirikan rumah tangga?

selalu juga orang tanya begini…
sampai bila nak membujang ni?

Saya pun dulu pening nak menjawab soalan begini, tapi bila dah lama… alah bisa tegal biasa, kata orang. Semuanya on my fingers tip…macam kacang!

Saya guna jawapan sendiri, saya jarang nak menjawab soalan ini dengan kasar atau menggunakan ayat sentap, takut derhaka pulak nanti…sebabnya; pertama, yang tanya tu selalunya lagi tua dari kita; dan kedua, takut deme (mereka – merujuk kepada orang yang tanya) akan rasa sentap dengan jawapan saya nanti…kecik hati pulak deme.

Tapi di bawah ini saya senaraikan jawapan sentap yang boleh anda diberi kepada ‘si’penanya’ soalan itu, trylah…

1. “Saya masih mahu berjasa untuk Mak dan Abah…” — Mahu tak sentap hati deme mendengor (dengar). Jawapan anak mithali ni.. sejuk hati ibu mengandung. Yang dengor pun meluat!

2. “Jodoh lambat ini ujian dari Allah untukku sebab DIA tahu, aku boleh hadapinya. Kau tak dapat dugaan ini sebab mungkin kau tak boleh hidup apabila ditanya berkali-kali soalan ini” — amboi boleh bernanah telinga yang bertanya soalan kalau inilah jawapan yang diterima. Kelat giler jawapannya, dah ringan mulut bertanya, telan sajalah pahitnya jawapan tu… Hahahaha

3. “Dah siap tertulis dengan siapa dan bila aku nak kahwin. Tapi Allah tak reveal lagi padaku. Kalau ko nak tahu, ko buatlah sembayang Hajat ke Istikarah ke, minta Tuhan beri petunjuk, siapa jodoh aku dan bila aku boleh kahwin” — hmmm, hadaplah jawapan tu. Senak perut dengar jawapan tu. Itu perut, hati…? Lagilah, berkerut sejuta macam digenggam-genggam.

4. “Takde nak rahsia-rahsia bila nak kahwin. Sebab ini semua rahsia Allah.” — Rahsia Allah tak boleh pecah ikut mulut, apalagi perut. Ni kalau dengar jawapan ni..sentap sendiri-sendiri je, lepas tu sedar diri terus angkat kaki…

5. “Esok pun boleh apabila dah tersurat ada calon.” — jawapan ni boleh buat mokcik-mokcik yang busy body sentaplah. Mungkin dalam seminggu dualah mokcik-mokcik ni tutup mulut dari tanya soalan bab-bab jodoh ni.

6. “Tunggu suami makcik kahwin lagilah.” — ha…ini baru kena ‘makan dia’ (jawapannya). Ini bukan takat sentap, siap nak bunuh diri bila makcik-makcik dengor. Silap-silap, seminggu lepas tu, pindah rumah atau kurung laki dia dalam rumah. Takut, kang kena kebas pulak…hahaha..

7. “InsyaAllah bulan 9 nanti. Tahun belum tahu lagi” — ini biasakan…saya sendiri pun selalu jawab macam ni. Cuma saya selalu ambil tarikh 31 Ogos, sebab saya nak kahwin sempena hari Merdeka… Kononnya… Tahun entohlah bila.

8. “Jangan nak tanya sangat. Nanti aku mengorat suami kau, baru kau tahu.” — jawapan berbau amaran ni, cukup buat kawan-kawan perempuan anda ‘muncung’ sama panjang macam paruh burung tiong. Tulah soalan tak bertapis, kita pun jawab tanpa penafisan LPFM (lembaga penapisan filem Malaysia, kalau tak silaplah).

9. “Nak sponsor ke?” — lepas dengar jawapan ni, confirm tak ada siapa nak tanya lagi dah…kecualilah kalau anda tu artis popular Malaysia.

10. “Kau tahu ke bila kau nak mati?” — ni ‘ganas’. No comments, paham-paham sendiri…

11. “Rumah dah ada, tangga pun dah ada tapi semua tue sewa ajer.” — jawapan ni taklah kritikal sentapnya, saya bimbang ia akan mewujudkan soalan lanjutan… Nanti, kita pulak yang tak terjawab. Pandai-pandailah…

12. “Carikan seorang untuk aku boleh?” – ini pula tak berapa sentap, sebab ia ada kebaikkan dan keburukkan. Baiknya, kalau orang tu berniat, dia akan bantulah anda cari calon, dan kalau dia tak berniat pula dia sentap sebab terpaksa pikul amanah pulak nak cari jodoh untuk orang… Cuba kalau dia sendiri pun tak berjodoh, lagi sentap!

13. “Awak tak tahu ke? Saya dah lama minat suami awak. Jom bermadu!” — giler tak sentap, ini bukan muncung dah.. Siap marah sekali. Silap-silap dia ikat kaki laki dia dalam rumah sebab takut lakinya lari, cari anda.

14. “Tengah kumpul duit lagi tapi kalau makcik ada duit, boleh tak saya nak pinjam”? — Ini maklong, makngah sentap ni kalau dengar… Lepas tu tentu dia dah tak tanya dah, dia rela tunggu sajalah kad kahwin anda sampai kat tangan dia.

15. “Belum cukup puas bahagiakan mak ayah.” — jawapan mithali…

16. “To-Do-List bujang aku tak complete lagi. Kau ada?” — explaination ini cukup buat kawan anda yang dah berkahwin fikir semula, sama ada dia sendiri sebelum kahwin dulu berjaya atau tidak capai impian dia. Selalunya time nak cakap ni, anda tayanglah kereta baru anda ke, rumah ke, gambar-gambar anda holiday di oversea ke… kasi dia jealous sikit.

17. “Kalau tak kahwin, tak mati kan?” — Ini jawapan sentap kelas satu. Lepas ni orang tu takkan bukak mulut tanya soalan ini lagi. Confirm!

18. “Ala… Bosanlah kalau dah kahwin nanti takde orang nak tanya soalan PANAS ni kat I lagi” — hahahahahaha (gelak terguling-guling)

Mana satu pilihan kalbu? Heheheheh. Anda pilih sendiri. Insya-Allah jawapan ini dapat menjadi penenang anda sementara DIA memberikan terbaik buat anda. Jodoh yang dia tentukan. Kita cuma perlu percaya masanya akan tiba. Insya-Allah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s