Baru 2015

Assalamualaikum… Selamat Tahun Baru, 2015.

Doa saya, supaya saya dan tuan/puan/saudara/saudari yang membaca blog ini, baik dengan sukarela (memang tau kewujudannya) atau paksa rela (tersalah masuk — sebab melalui pencarian google, yahoo, MSN atau apa saja) mendapat nikmat dan kerahmatan dari Allah SWT. Mudah-mudahan 2015 memberikan kebahagiaan, kejayaan dan kesempurnaan dalam hidup kita. Insya-Allah.

Maaf, maaf, dan maaf. Saya memang dah lama tidak mengirimkan post di sini (di tempat lain juga) sebab terlelu sibuk dengan urusan kehidupan. Dengan ketegangan akibat kerja, masalah banjir, dan keluarga. Tapi saya ada juga mendrafkan banyak perkara, cuma tak sempat dihabiskan. Niat tu ada–selesainya tidak… Jadi saya senaraikan supaya saya sendiri tidak terlupa…

1. Saya sudah drafkan tentang peristiwa suram yang saya alami sepanjang 2014. Saya pilih tajuk Tragedi: Penutup 2014. Insya-Allah saya nak cuba siapkan cepat post ini. Sebagai blog yang menjadi diari eletronik saya sejak 2008 — penting kena post yang ini.

2. Kemudian tentang tahun baru, 2015: Extra Work Year. Pada saya ini tahun untuk bekerja EXTRA keras kerana pelbagai jangkaan dan andaian yang telah pun dibuat oleh penganalisis ekonomi, politik, malah di Kedai ABC Usop pun heboh diperdebatkan tentang kejatuhan dan masalah yang akan menimpa negara tahun ini. Itulah yang dirisaukan, jadi post akan lebih membincangkan langkah menghadapi.

3. Saya nak sentuh tentang kerja, Kerjaya: Betapa Sempit Laluannya. Iyalah, Oktober 2015 nanti cukup 10 tahun saya di syarikat ini. Mungkin tentang pencapaian (tapi bukan pangkatlah ya…sebab tak pernah naik), tentang kegagalan dan apa yang seronok tentang kerjaya saya — yang tak berapa hebat ni.

4. Lepas tu saya ada dua post memberi tips; satu, jawapan maut untuk soalan JODOH — ini best. Kali ini saya tak beri alasan logik untuk digunakan tetapi ayat-ayat sentap yang boleh menghentak orang yang bertanya soalan magic itu. Khas, hanya untuk wanita bujang, seanggatan saya.

5. Tips kedua, tentang menghadapi banjir. Tentang apa yang penting dan terpenting dan apa pula yang perlu diabaikan. Bagaimana untuk mengatasinya — langkah awal (gambaran struktur rumah dan lain-lain).

6. Sepanjang musim banjir tempoh hari, saya laporkan cerita tentangnya (yang saya alami) di Facebook, jadi saya juga akan siarkannya di sini nanti. Mudah sikit nak cari.

7. Akhir sekali, post tentang perancangan saya untuk 2015. Yang ini susah, sebab belum buat lagi. Tapi pada tahun ini, saya fokus kepada yang lebih REALISTIK. “Sebelum jadi profesional, kena jadi RASIONAL” Terbaik Dari Langit. Kejar yang mampu saja.

Semua sekali, tujuh post menunggu untuk Januari 2015. Harap-harap saya sempat siapkannya. Insya Allah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s