Nak Exam Kelas Ngaji

Assalamualaikum…

Saya macam nak menjerit — tekanan sedikit.

Bila dah sampai penghujung tahun beginilah. Kerja semakin berat (memberat kepada saya) sebab nak mengejar kerja-kerja format dan pembetulan manuskrip #BrittanicaEnsiklopedia (EB) yang sepatutnya diserahkan untuk penerbitan pada penghujung Disember 2014. Selain itu, tiba-tiba ada projek wahyu ‘kena dapatkan maklum balas sekolah tentang buku yang syarikat saya pernah beri dulu’ pulak. Tak cukup dengan itu, tempat ngaji (PPDDMI) pulak nak buat peperiksaan akhir. Gigil saya nak mengejar semuanya.

Untuk kerja utama, EB — saya yakin boleh siap. Saya dah berjaya pujuk Ain, Nad dan Sue untuk bantu kerja memformat dan membuat pembetulan untuk 26 entry. Itupun sebahagiannya saya dan selesai buat, iaitu entry N, A, B, F dan C (semua kandungan entrynya banyak melebihi 1,000 muka surat). Lagipun kami akan dibantu oleh dua pelajar praktikal, Zetty (Azizah) dan Aisyah yang sebelum ini tolong saya buat semak banding. Insya-Allah, pada minggu terakhir 31 Disember ini kami akan serahkan entry terakhir kepada KHiza untuk tindakan selanjutnya. Dan KHiza sendiri waktu itu tentu akan serahkan ‘jilid 1 EB (siap ber’setting’) kepada bahagian Penerbitan. Giler kentang, jangan ingat kami tak bersungguh-sungguh buat ‘projek terbengkalai’ ini.

Kerja untuk projek wahyu, Insya-Allah dah settle. Dua minggu saya ambil masa untuk siapkannya. Minggu pertama faks kepada sekolah di Perlis dan Johor. Saya guna faks manual, jadi ia sangat lambat — sehari dapat kirim antara 30-45 sahaja. Saya sambung lagi untuk Johor minggu ini kerana jumlahnya banyak sehingga 880 sekolah rendah, tak masuk menengah. Mujur ada dua pekerja sambilan yang bantu. Saya juga kirimkan e-mel kepada sekolah yang ada akaun e-mel. Guna e-mel lebih mudah. Sekarang saya cuma tinggal mengemas kini status kerja saya sahaja, untuk dihantar esok kepada ketua projek. Sebab yang ini sudah selesai, minggu depan saya fokos buat EB sahaja.

Final exam…. Saya ambil cuti wajib yang berbaki 4 hari untuk balik kampung dan menelaah buku ngaji, bukan apa — nak kena hafal hukum tajwid. Saya kira macam ada 14 hukum. Risau juga, sebab bukan hanya ujian bertulis yang ada, dengan ujian lisan sekali. Sebagai langkah awal, saya cari bahan rujukan di internet dan cetak sebagai rujukan. Mujur juga anak KHiza, Tina dan Tini sanggup beri pinjam buku Al-Quran dan Sunnah mereka. Bolehlah dijadikan rujukan. Alhamdulillah.

Satu lagi, kemestian hujung tahun dan awal tahun…banyak bebenor kenduri yang perlu dihadiri. Minggu depan saya balik kampung kerana perkahwinan sepupu saya, Jannah (anak Abang Lan dan KNah). Kemudian nanti, pada awal tahun, Insya-Allah, 3 Januari 2015, Akak (Azimah) pula akan buat majlis naik buai dan akikah untuk Muhammad Afham (anak saudara baru saya) yang belum lagi saya ceritakan dalam blog ini. Nanti ya…

They will be a long story about myself coming up next week. Tunggu…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s