Kalau Salah Yang Dicari?

Assalamualaikum…

12:42 am, masa saya mula menekan keyboard (touch screen) di handphone saya. Ginilah, teknologi….di hujung hari saja sekarang. Tak payah dah mengusung laptop, apa lagi PC.

Berbalik soalan tadi… Kalau salah yang dicari…apa yang akan kita jumpa? SALAHlah! Tak ada benda lain. Kalau buruk yang kita selidik, maka yang buruk itulah (bertimbun) yang kita dapat. Dan apabila kita mencari yang negatif sekadar hanya mahu menunjuk kelemahan keaiban orang lain, itulah yang kita dapat–berjaya membongkar kelemahan dan aibnya…

Puaskah bila kita jumpa dan dapat semua tu? Jangan pula ingat kita menang, selamat, hebat sentiasa. Kelemahan dan aib kita nanti, awak ingat ada orang yang nak simpan (tutup mulut).

Macam mana kita buat pada orang, begitu juga dia akan ‘tiau’ kita nanti. Kalau bukan orang yang kita buat tu balas dendam, ada orang lain pula yang lebih hebat daripada kita yang akan ‘kena’kan kita (walaupun dia tak berniat).

Ingat, Tuhan balas cash kepada kita, selalunya dalam bentuk masalah, ujian hidup dan dugaan– sebab DIA nak ringankan beban dosa kita waktu dihisap nanti. Lagi pula, Allah SWT nak beri kita peluang kedua, peluang untuk berubah..!

Peluang kedua, semua orang berhak dapat. Kenapa? Sebab zaman para Nabi dulu pun, mereka diuji dan diberi peluang kedua untuk mulakan hidup baru. Siapa kita nak menyekat hak itu? Kita bukan siapa-siapa!

Semua orang pernah buat silap. Siapa yang boleh terlepas dari buat kesilapan… Betulkan! Jadi cukup-cukuplah kita menghukum orang yang pernah salah dan gagal. Dia tentu sudah cukup malu dan sedih dengan apa yang berlaku. Usah ditambah bara yang tersimpan.

Dan, hebat sangatkah diri kita ni sampai mudah sekali mengkritik, memperkecilkan orang lain. Sedar-sedarlah, tak ada yang sempurna, diri kita lebih-lebih lagilah tak sempurnanya, cuma setakad ini Allah SWT masih memperlihatkan kita dalam versi indah. At any time, bila DIA buka aib kita, jatuh terduduklah kita nanti.

Saya dalam konteks diri sendiri, saya tahu saya tak berapa bagus. Sebagai pekerja, saya eksekutif biasa saja–pangkat sama sejak 8 tahun lalu. Berbanding dengan eksekutif lain (baru), mungkin mereka nampak lebih hebat kerana ada banyak idea baru, tapi tak bermakna saya teruk sangat sampai tak berfungsi. Mungkin ada antara pengalaman saya (yang lapan tahun bekerja ni) boleh digunakan untuk perkara tertentu.

Jadi, tak perlulah sailing mengutuk. Sebaiknya kerja bersama, ganding bahu, usahakan misi, matlamat yang ingin dicapai. Itu lebih bagus!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s