Scandal 3: Lelaki dan Skandalnya

Assalamualaikum.

Lagi pasal skandal. Saya harap ini cerita skandal yang terakhir dari saya…

Selalunya, yang gemar berskandal adalah lelaki. Ups, maafkan saya tapi benar peratus suami yang curang lebih banyak berbanding isteri. Suami, tentulah lelaki.

Niat mereka ni baik (dikatakan baik) — mencari wanita lain bagi mengisi kekosongan jawatan isterinya yang ke-2, ke-3 dan yang ke-4. Baiklah sangat! Ada juga yang tak pernah pun pasang niat pun nak berskandal, namun disebabkan sifat mulia rajin beramah mesra (berlebih-lebihan) dan ditambah pula dengan layanan intim dari ‘teman tapi mesra’, maka terterbitlah perasaan kasih sayang yang tidak dirancang. Kononnya dia tak bersalahlah tu — semuanya takdir. Phuii.

Macamlah dia tak boleh fikir baik dan buruk, atau buat sembahyang istikarah dulu ke sebelum terlanjur cinta. Ingat “bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.” Tentu sama-sama tepuk amai-amai ni.

Maaflah (kali kedua), post saya kali ini dari perspektif wanita, tak banyak menyokong lelaki. Bukanlah tak nak mengaku perempuan pun ada salah jugak…cuma lelaki berlebih-lebihan lagilah gemar curang kepada pasangannya, berbanding perempuan (juga penjelasan, sejelas jelasnya untuk kali kedua)

Sebab itu kalau saya lelaki (if I were a boy) tentu saya berusaha keras bagi mengelakkan diri daripada terlibat dengan skandal. Lebih-lebih lagi bila membayangkan kalau keluarga sendiri sengsara akibat skandal. Kan…

Jom kita detailkan lelaki dengan pilihan skandal mereka:-

1. Daddy (lelaki tua) main cinta dengan sugar-sugar (awek cun muda remaja) — biasanya ini daddy-daddy ni adalah dalam kalangan orang ‘ada-ada’ dan sugar-sugar pulak, belia yang ‘ngada-ngada’. Sedar atau tidak, awek muda remaja ini cuma nak merasa jadi orang ada-ada. Nak hidup mewah dengan mudah… Nak pakai handbag LV, Prada etc yang mahal-mahallah (saya tak tau benda-benda branding ni, maklumlah bukan orang ada-ada)… Nak drive kereta sponsor jenis Mini Cooper ke, Honda CRZ ke atau paling tidakpun Suzuki Swift. Nak duduk di apartment mewah, serba lengkap dan yang paling penting bekalan wang biaya kad kredit setiap bulan, itu saja. Dan memang itu sajapun yang mereka mahu. Kalau kata sebab itu depa sanggup kahwin, mungkin tidak…

2. Professional (berpangkat besor, orang ‘besor-besor’, terhormat dan dikagumi) dengan matured lady (wanita matang, anggun, berkerjaya mantap dan hebat berdikari). Kebiasaannya pasangan skandal ini saling mengagumi, kagum punya kagum, sampai terjatuh hati. Dan mungkin salah seorang single, jadi satu pihak lagi jadi tempat melepas kasih. Antara puncanya (hasil bacaan majalah Eh!) apabila profesional kerap berurusan (kerja) dengan wanita anggun, erat, rapat, mesra, maka terjadilah ‘sesuatu’ (maksud saya perasaan cinta, bukan yang lebih-lebih ya)… Pernah tak anda dengar “wanita pada pertengahan usia 30-an adalah yang paling menawan“. Wajah dan tingkah lakunya matang dan kematangan itu yang mengikat, menambat hati dan jiwa lelaki. Macam lirik lagu ghazal ni…”bagaimana hati tak rindu dendam, oh jelita sungguh menawan…dia datang.” Kalau kagum sangat pun, ter’crush’ macam manapun, janganlah sampai terlupa isteri dan keluarga yang sanggup susah senang bersama, sedari saat profesional masih jadi orang bawahan lagi sampailah la ni (jam ini, kata orang itara) suami dah jadi profesional yang terkenal.

3. Pembela wanita dan janda (tak kiralah anaknya berapa pun). Dengan tidak bersangka buruk, kita anggaplah yang lelaki terlibat berskandal dengan janda (atau ibu tunggal) kerana niat murni untuk membela nasib janda dan keluarganya. Alangkah lebih mulia, kalau si pembela membela nasib isteri dan anak-anaknya terlebih dahulu… Kadang kala, yang janda (bukan semua janda, saya tak kata semua janda) sekadar berniat mengambil kesempatan untuk menjamin masa depan dia dan anak-anaknya. Sebab tu orang kata “buat baik berpada-pada.” Kalau nak tolong sangat, bagi sajalah bantuan kewangan, taja biaya pendidikan anak-anaknya, beri bantuan makanan, bantuan yuran sekolah, berzakat ke…macam-macam boleh.

4. Mat Jambu (lelaki muda yang bermuka comel, cute dan sweet) dengan tente girang (istilah Indonesia bagi perempuan berusia yang kaya raya, hidup senang dan berjaya). Ini fenomena alam, alam akhir zaman (sekarang ni lah)– bila suami berjaya (kaya, senang lenang), ia akan mengabaikan isterinya kerana kesibukan dengan urusan menambahkan lagi kekayaan dan meraikan kekayaannya dengan perempuan lain. Isteri pula mula menjadi tente girang yang mencari Mat Jambu bagi menemani hari-hari sunyinya. Mat Jambu pun macam sugar-sugar juga, nak hidup senang… Bukan saja dapat harta benda, silap-silap budi dan body sekali. Mereka ni biasanya jenis yang sanggup, lagipun sekarang mak-mak Datin (istilah di Malaysia) semua dah cantik dah…surgery sana sini, cucuk pelbagai vitamin, botok lagi… Tegang semua!

5. Si Miang (dalam filem melayu dulu-dulu, mereka gelar ‘tua kutuk tak sedar diri’) berskandal dengan Si Desperado (dengan pelbagai alasan, mungkin anak dara tua, mungkin pernah derita kerana cinta luka, atau mungkin kerana dipaksa oleh orang tua yang gila harta). Ini kes lain, duit bukan keutamaan bila skandal ini terjalin. Punca utama adalah nafsu lelaki (yang miang tadi) dan bertindak mengumpan dengan pelbagai cara untuk dapatkan pihak satu lagi. Dan pihak yang satu itu dalam keadaan serba terpaksa, dia akan redho dan menerima saja (lebih menganggap bahawa apa yang terjadi adalah takdirnya, maklumlah mereka ini kurang keyakinan).

Walau dengan niat apa sekalipun, ia bukanlah lampu hijau bagi lelaki yang memilih untuk berskandal. Matlamat tidak menghalalkan cara. Semoga kita semua terlindung dalam rahmatNYA dan Allah SWT menghindar kita daripada perbuatan yang hampir kepada zina, InsyaAllah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s