tips@top: Penyelesaian Masalah Hubungan

Assalamualaikum.

Saya pengamal ‘komunikasi berkesan’. Apa yang saya maksudkan dengan itu adalah saya menganggap setiap perkara, setiap situasi malah apa sahaja dalah kehidupan di dunia dan akhirat asalnya berkembang dengan komunikasi. Jadi saya sentiasa berusaha setiap hari menggunakan komunikasi cara berkesan dengan sesiapa saja; ibu bapa, keluarga, kawan-kawan, rakan sekerja, Boss, jiran malah dengan Bai jual roti sekali pun. Matlamatnya cuma satu, pihak itu faham apa yang saya mahu dan saya juga faham maksud mereka. Jadi tak akan ada masalah timbul.

Untuk hidup sejahtera di dunia, kita perlu berkomunikasi baik dengan manusia, alam, flora dan fauna. Di akhirat pun sama, ia sebaliknya adalah hasil komunikasi kita di dunia dengan sesama ummat islam dan manusia lain dan berlebih-lebih lagi komunikasi kita dengan Allah SWT.

Komunikasi kita dengan Allah SWT adalah dengan beribadah kepadanya, melakukan suruhan dan meninggalkan larangannya. Menyintai Dia, satu-satunya yang Maha Berkuasa, pencipta alam semesta dan cakerawala. Alat perhubungan utama kita dengan Allah SWT adalah solat dan doa — senang, kita cuma perlu rajin dan ikhlas sahaja. Kemudian menyayangi Muhammad SAW dan rasul yang lain, mengikut sunnahnya. Sebagai ummat Muhammad SAW, kita juga boleh beroleh rahmat di akhirat nanti hanya dengan mengingati Beliau, InsyaAllah jika terpilih dalam kalangan ummatnya — dengan kabel Nabi Muhammad SAW mungkin kita yang akan terselamat dari Neraka Jahanam. Selesai sudah tazkirah Zohor petang ini [Zohor dan time dah, solat belum lagi ni…]

Saya nak berkongsi tips bagaimana mahu menyelesaikan masalah. Tapi saya minta maaf awal-awal sebab tips@tops kali ini tak seperti yang terdahulu. Selalunya saya tulis antara 5 ke 6 tips, sedangkan hari ini cuma satu. Satu, sebab saya nak relatekan dengan ‘kes kecurangan suami kerana isterinya berbau busuk‘ yang disiarkan di akhbar Sinar Harian minggu lalu. Anda boleh baca kisah kecurangan tersebut pada link ini:

http://www.sinarharian.com.my/rencana/pengakuan-suami-curang-1.333903

Dasyatkan. Sebagai perempuan saya salahkan si suaminya sebab tidak jujur dan saya anggap ia cuma alasan untuk dia lepaskan kesalahan dirinya. Mungkin ada kesilapan, kelemahan, kekurangan isterinya serba serbi, tapi sebagai manusia biasa — tentu boleh berkomunikasi dengannya, lebih-lebih lagi dia isteri. Jika isteri nekad berpisah, si suami tentu perlu berfikir panjang, siapa yang mahu menjaga tiga anaknya, masa depan mereka, wang pendapatan dan harta sepencarian perlu diagihkan, nafkah lagi…banyak lagi.. Untuk ‘menutup kes’ suami gunakan alasan, dan inilah alasannya — isteri busuk! Saya anggap lelaki itu (suami) KURANG AJAR. Satu, kerana tidak mengaku bersalah bahawa dia memang curang atas sebab nafsu serakahnya; dua, kerana ego sebab itu dia masih menyalahkan isterinyalah sebagai punca kecurangan; dan ketiga, penipu dan tidak jujur sejak bertahun-tahun lamanya, dari anak satu sampai anak ketiga.

Masuk balik dalam topik kita, saya sejak dulu selalu anggap penyelesai kepada semua masalah (satu dunia punya problem) hanya satu – komunikasi. Masalah itu sendiri biasanya bermula dengan komunikasi, merebak lebih besar oleh sebab komunikasi dan penyelesaiannya juga haruslah KOMUNIKASI.

Selepas saya menonton satu klip video (iklan shampoo) di Youtube, saya terfikir lain pula. Tentang komunikasi itu sendiri yang tidak hanya dengan lidah (lisan) semata-mata. Lebih daripada itu, ia mewakili komunikasi dalam bahasa tubuh, bahasa emosi dan bahasa hati (dalaman). Jom kita tengok iklan yang saya maksudkan:

Percaya tak kalau seseorang yang sangat rapat, akrap dengan kita maka dia adalah orang yang boleh meneka sesuatu dalam hati kita. Tiada bukti sah kesahihan, tapi tiada juga petanda ketidaktepatan statement saya itu.

Bahasa tubuh kita, bahasa emosi kita, suara hati kita semuanya boleh difahami, ditelan dan dihadap oleh orang yang rapat dengan kita. Anda hanya perlukan sedikit keberanian dan kejujuran untuk menyampaikannya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s