#MOHON TERASA – Engkaulah Terasa Dulu!

Assalamualaikum… dan selamat pagi Sabtu.

Baru-baru ini saya sering (kerap) membaca status post kawan-kawan yang ada niat nak ‘mengata‘ atau mungkin ‘mengutuk‘ atau ‘mengkritik‘ pihak lain tentang sesuatu. Dalam post tersebut tidak terkecuali ditambah dengan # (tag) perkataan ‘Mohon Terasa’. Mungkin dah jadi fenomena sekarang, orang tulis semua benda dengan #, tanpa mereka tahu fungsi sebanar # tu.

#MohonTerasa

Persepsi peribadi saya tentang penulis yang menggunakan #mohonterasa, mereka ini memiliki ciri-ciri berikut:

1. Penakut – mereka ada rasa tak puas hati kepada pihak tertentu tetapi tidak berani menyatakan secara terang-terangan sebaliknya menulis di Facebook dan Twitter. Mereka beranggapan apabila pihak berkenaan membaca status #mohonterasa, pihak berkenaan akan rasa ‘tersindir‘ dan sakit hati. Itu yang mereka mahukan, rasa tersindir dan sakit hati – kononya sebagai pengajaran kepada pihak itu atas kesalahannya. Tanpa fikir panjang, sebanarnya ia bukan memberi pengajaran pun, ia sebaliknya mencetuskan rasa kebencian pihak itu bahawa dia (si peng#mohonterasa) tidak boleh berkompromi dan tidak profesional langsung.

2. Psiko – mungkin gila kerana inilah cara yang digunakan oleh mereka untuk memuaskan hati sendiri. Apabila berjaya meluahkan perasaan mereka di laman sosial dengan komen panjang berjela dan disudahi #mohonterasa mereka berasa puas, berjaya dan hebat. Padahal mereka ini wajar menerima simpati kerana kurang kasih sayang dan memilih mengadu di laman sosial, mungkin tiada teman untuk bercerita…Kesian! Kalau pun tak ada teman, bukankan kita ada Tuhan, Allah SWT untuk mengadu.

3. Perasan bagus – oh please! Jika dibaca status ber#mohonterasa ini, mereka seperti menyampaikan hujah bahawa pihak yang dipersalahkan tentang sesuatu perkara itu sangat teruk, bersalah, jahat, dan serba serbi tak elok, sebaliknya mereka (si peng#) pula sangat baik, benar, ikhlas dan cemerlang belaka. Sedangkan hakikatnya, apa yang disangkalnya itu berlainan sama sekali. Mereka hanya menyembunyikan kelemahan diri mereka sendiri dibalik status dan #nya saja. Kalau isunya agama, berlebih-lebihan lagi. Mereka umpama ustaz dan ustazah yang mengaji di ratusan sekolah dan istitusi agama dan sudah mengkaji jutaan kitab agama, paling suci, sumpah bagai dirinya tak pernah buat dosa langsung, walhal pakai tudung belum pasti benar mengikut syariat.

4. Talam dua muka – ini sifat pembunuh, ‘pembunuh dalam diam’. Penggemar perkataan #mohonterasa memang musuh — musuh dalam segala bab. Malangnya kita sukar untuk mengenali mereka sebab mereka tidak muncul di hadapan kita dengan muka sebenar. Mereka suka bertopeng-topeng. Mereka ini berhubungan baik dengan pihak tertentu (demi kepentingan mereka) dan dalam masa yang sama mereka juga cuba men’cucuk’ tanpa sedar. Baik di depan, di belakang mereka sudah sedia dengan ‘jarum mencucuk daging’. Berhati-hati mereka bagaikan ‘gunting dalam lipatan’.

5. Kejam – mereka gemar menghukum. Saya berasa bersalah untuk menulis ini (kerana ia bernada kejam). Tapi benar, mereka yang suka ber#mohonterasa merasakan pihak yang satu itu sebagai bersalah (salah yang segala macam) dan tidak betul dan ‘sebetul’ diri mereka. Jadi mereka menggunakan cara ini sebagai menghukum pihak terbabit. Apabila status mereka dengan #mohon terasa dibaca oleh pihak lain, kemudian dapat komen lagi, mereka akan berasa menang dan punya penyokong. Padahal yang komen dan klik ‘like‘ itu pun belum tentu tahu kisah sebenar. Kejam, kerana si peng#mohonterasa menjadikan post yang ditulisnya sebagai bahan untuk mengecam dan calarkan reputasi peribadi pihak yang satu lagi.

6. Popular – si peng#mohonterasa memang suka mencari populariti murahan, gemar menjadi popular, suka mendapat sokongan, sukakan perhatian dan mahukan nama. Orang Malaysia pula memang suka membaca bahan jenis gosip, hal peribadi, cerita perselisihan, suka membesarkan pertelingkahan kecil dan mengambil tahu peristiwa kecil sebagai kes besar…besar sangat – sifat segelintir orang Malaysia yang juga ramai dalam kalangan rakan si peng#mohonterasa. Di sinilah tercetus kebijaksanaan mereka yang suka menulis status dengan #mohonterasa. Mereka selalu menulis dalam bentuk cerita bahawa mereka adalah ‘mangsa’ dan pihak yang satu lagi pula ‘pemangsa’. Walaupun mereka ini ‘mangsa’ tetapi mereka merupakan mangsa yang jujur dan kebenaran akan memihak kepada mereka. Phuiii! Serius, mereka akan menang dan berasa hebat dengan klik ‘disukai’ dan sokongan menerusi komen yang mereka terima, tapi hakikatnya tidak. Tolonglah, kesian, GET A LIFE!

Saya simpulkan bahawa sipeng#mohonterasa ini sebagai penakut, psiko (gila), perasan bagus (poyo), bertalam dua muka dan kejam dalam senyap. Jadi, sebelum anda gunakan #mohonterasa, fikirkanlah sama ada anda sanggup mengaku bahawa anda ada sifat seperti yang saya terangkan tadi. Cara terbaik jika anda tidak puas hati dengan pihak tertentu adalah dengan datang kepadanya dan berjujur saja menyatakan perasaan atau apa yang anda tidak puas hati. Habis cerita. Anda, selepas itu anda akan lebih dihormati.

Kalau anda asyik ber#mohonterasa setiap hari, satu hari nanti hati anda akan mati sebab setiap kali anda ber#mohonterasa — anda mengeruhkan hati anda dengan titik hitam (kebencian)… Lama-lama, hitamlah hati anda. Satu lagi, bila rajin ber#mohonterasa, jangan sampai orang benci, nanti kena maki, silap-silap engkau ‘makan kaki’.

Nota: ‘makan kaki’ maknanya ‘dapat penyepak’ atau ‘kaki aku kat muka engkau’.

Sekian, terima kasih kerana membaca.
Wassalammualaikum wrt wbt.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s