Apa Sebenarnya yang Dicari?

Assalamualaikum…
This is my personal life! I’m not perfect! Saya tahu itu dan patutnya semua orang pun tahu.

Saya harap sangat saya akan bertukar ke tempat lain, mana pun saya sanggup. Saya rasa macam ditikam sedikit demi sedikit, sehari ke sehari. Setiap hari bertambah dalam, bertambah parah.

Saya menanti sama ada pisau kecil bertukar pedang dan dihunus terus sampai menembusi rusuk hingga perut saya, atau saya tinggal diseksa lagi untuk entah berapa kali dan berapa lama lagi. Saya dah penat!

Itu monolg saya. Saya geram setiap hari melayan kerenah orang yang tak percayakan orang lain. Aduiyyai, tak tahanlah! Saya ni dahlah paling PANTANG dengan orang yang tak percaya orang lain — dah kalau YOU tak percaya sangat, tak payah suruh orang buat kerja, YOU buat sendiri kerja YOU tu.

Kita ni, manusia dari kecil diajar work smart — jangan buat kerja dua kali, atur masa dengan baik dan dahulukan yang penting. Benda basic tu. Jangan bazir masa orang lain. Orang lain ada benda lain yang perlu diambil berat selepas waktu pejabat, bukannya nak menjawab satu e-mel sampai berjam-jam. Get a life!

Satu lagi, jangan anggap hidup orang sama macam diri kita. Semua orang ada hidup berbeza. Kalau saya sendiri, 5:30pm – 8:29am (esoknya) adalah masa untuk diri sendiri dan keluarga. Saya ada keluarga nak di’tengok-tengok’kan setiap hari, saya ada diri sendiri yang perlu diberi perhatian, saya ada dream yang nak dicapai — jadi saya kena usahakan. Saya ada semua tu — YOU ada? Apa sebenarnya yang YOU cari dalam hidup?

Saya bukan nak angkuh dengan apa yang saya ada… cuma saya tak mahu terima pandang tipikal manusia yang kononnya hebat (perfect), terhadap orang macam saya. Diorang selalu anggap — bujang, tak kahwin lagi, bukan ada anak nak didodoikan, bukan ada suami nak dilayan, bukan ada anak nak ditanggung makan minum atau bukannya perlu bantu suami pun.

Teruk sangat! Kalau kami tak kahwin, tak ada anak, tak ada suami, jadi kami tak ada tanggungjawab. Kami ada ibu bapa dan adik beradiklah — kalau YOU tak bertanggungjawab, jangan pula heret orang lain sekali.

Begini, saya cari REZEKI halal untuk diri saya dan keluarga. Tapi itu tak pula bermakna saya sanggup ikut saja telunjuk — sampai memperbodohkan diri sendiri atau saya patut letak diri saya di bawah tapak kaki orang lain. 
Saya ni makan gaji saja, tetapi saya juga ada ilmu dan pengalaman kerja selama 8 tahun — bukan ‘percuma’ saja kerja dan dah macam-macam projek saya buat (terlibat). Jadi saya rasa wajarlah saya dilayan dengan selayaknya pengalaman kerja saya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s