Projek 500 Baju Pesak Gantung

Assalamualaikum…
Selamat menonton Buletin Utama (kalau anda seperti saya waktu ini, sedang tengok TV). Sambil-sambil ambil tahu berita dan isu semasa, meng’update‘ bloglah sekejap.

Projek 500 baju kurung Pahang a.k.a Baju Pesak Gantung — bakal jadi projek besar saya dan Geng Jahit. Ops, sebelum tu saya bercadang nak namakan Geng Jahit sebagai ‘the Tailor Dream‘.

Begini, kHiza dapat offer daripada kawannya untuk menyiapkan koleksi baju raya untuk satu butik. Tempahan pukal 500 unit, banyak tu… KHiza pula bercadang untuk kongsi projek ini dengan anggota The Tailor Dream. Alhamdulillah, 500 bahagi 6 orang, dapatlah sorang sikit — buat duit raya dan duit shopping kain di Vietnam pada Oktober tahun depan.

Tadi, Yana pula beritahu tak confident untuk buat, betul juga, susah sebab ada anak kecil. InsyaAllah, esok saya akan ajak Sabarina untuk join kami. Oleh sebab owner collection nak bayar RM40 (bayaran yang agak mahal), terujalah nak buat. Harap-harap projek ni menjadi, sebab kami sebenarnya baru nak bincang, beri sample, bincang harga lagi…

Kalau Allah SWT takdirkan rezeki itu untuk kami, InsyaAllah. Rancangan saya, sebagai latihan, bulan Disember ini, kami buat pioneer projek — projek buat baju sekolah pelajar asnaf. Tak banyaklah, dalam 30 pasang je. Kalau buat 5 orang, bolehlah 6 pasang sorang. Paling tidak pun, kami dapat belajar nak agih masa bila buat projek 500 Baju Pesak Gantung nanti… Kedua, perlu ada QC (kawalan kualiti) — minta kYat buat supaya owner collection dapat baju yang terbaik, seperti yang diharapkan.

Semoga dipermudahkan rezeki ini. InsyaAllah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s