Beli Jiwa

Assalamualaikum….

Beli jiwa…bangla suka buat macam ni. Pertama kali dia jumpa kita, dia akan guna ayat ni…”adiek manizzzz” atau “kaka cantik”. Itu semua ayat manis mat bangla untuk tawan hati kakak, adik, isteri, ibu supaya beli karpetnya.

Kadang-kadang puji nun tinggi sampai ke Everest nun. Kipas sampai sejuk, kalah aircond, kalah peti sejuk beku Singer tu. Hamboi, mulut manis bak madu…

Yang kena puji pun…lupa diri bila dipuji! Kaki tak jejak tanah dah, melambung jauh ke bulan nun. Kembang hidung, telinga, mata semua. Pantanglah kena puji — walhal pujian tu sebagai pemula bicara je kadang-kadang. Penerima pujian sebenarnya tak sedar yang ‘jiwanya sedang diurus niagakan oleh si pembeli’.

Biasalah, strategi business; melabur kata-kata dulu, termasuklah ‘beli jiwa’. Hasil urus niaga nanti boleh jadi insentif lain (yang diperlukan; pangkat ke, projek baru ke, network atau bantuan) yang bukan bernilai wang ringgit.

Bukan nak katalah, tapi si penerima pujian pun biasanya jenis yang suka hadam kata-kata manis, yang percaya bulat-bulat apa yang orang dok kata. Seperti, “you looks young, like teenager you ols..” Kalau umur ‘you‘ tu dah 40‘s, tak payah mengarutlah nak percaya yang ‘I ols nampak you ols like 18Namungkin hei (tak mungkin)!

Saya sendiri, tak kesah, tak ambil port pasal puji-pujian ni — bukan boleh dapat duit pon. Tapi saya concern, jika ada yang guna cara ini untuk ‘mempergunakan’ saya. Saya tak mahu jadi mangsa. Jangan jadikan keterbukaan dan sikap baik hati saya ni sebagai satu cara untuk mengambil kesempatan terhadp diri saya. It’s  a NO-NO thing.

Dalam ayat yang lebih manis — jangan beli jiwa saya untuk mempergunakan saya. Jangan, you are not allowed to do that! Kalau memang perlukan saya, beritahu, terus terang…biar saya fikir sama ada boleh atau tidak. Kalau boleh, tentu saya tolong. Sayakan Super S.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s