Baju Kurung Siap Satu Hari

Assalamualaikum…

Saya di office lagi waktu menaip post ni — ni guna harta office. Alah, sambil-sambil. Saya tulis post ini pun selepas saya baca blog Sabarina yang tulis tentang hobi barunya.

Sabarina, satu antara beberapa orang yang pernah ikuti kelas ‘Baju Kurung Siap Satu Hari’ yang saya dan kYat buat. Keseluruhannya, kami dah ada lima (5) peserta. KNiza, KHiza, Yana dan Itirah. Sayangnya Atirah tak berminat lagi untuk teruskan. Untung juga yang lain-lain masih bersemangat, barulah saya dan KYat tak rasa rugi berkongsi pengetahuan.

Sabarina, lepas berkelas dengan kami, dia telah sertai Yasalma untuk belajar menjahit jubah. Alhamdulillah, dia dah pandai buat jubah biasa dan baju kurung. Siap beli mesin sama macam saya lagi, macam Ms Omijah. Saya harap Sabarina akan terus bersemangat untuk menjahit dan mudah-mudahan nanti dia dapat buka butik sendiri, InsyaAllah.

Ms OmijahKNiza dah berjaya siapkan baju kurung untuk anaknya Marsha, baju sekolah dua pasang dan sekarang baju pesak gantung. Seronok saya bila KNiza puas hati dengan apa yang kami ajar dan lebih-lebih lagi benda tu berguna untuknya.

KHiza, lagi advance. Dia dah rajin buat baju kurung, baju pesak gantung dan sedang mencuba buat baju kurung moden. Itulah sebaiknya, asasnya kami beri, selanjutnya boleh usahakan dengan merujuk kepada Mr Google atau pergi kelas menjahit (lanjutan) yang lain. InsyaAllah, seronoklah jadinya aktiviti menjahit tu nanti. Lagi seronok bila dah dapat mesin jahit baru, berkobar-kobar nak menjahit u als!

Yana pun boleh tahan. Nampak kesungguhannya. Baju yang dikerjakannya pun menjadi elok nampaknya. Bagus. Bila berjaya implement apa yang diajar di rumah, itu dah bagus dan sebenarnya…sebab menjahit ni “it’s all about procedure and technique” Kalau dah biasa buat, lama-lama okaylah.

Setakad ini, lima ini sajalah yang akan belajar secara percuma dalam kelas yang diaturkan oleh saya dan dibimbing oleh Kyat. Yang lain, kalau berminat nanti kami caslah sedikit. Tapi tak mahal…confirm!

Advertisements

2 thoughts on “Baju Kurung Siap Satu Hari

  1. Saya buat kelas di rumah, kadang-kadang di pejabat. Bukan betul-betul kelaslah, cuma mengajar kawan-kawan menjahit — ajar yang biasa-biasa saja… Cara buat pola, mengukur, potong Kain dan jahit…

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s