Scandal : Siapa Mangsa?

Assalamualaikum.

Saya bukan nak cerita tentang kumpulan ‘cewek-cewek genit’ Korea bernama Scandal atau drama bersiri tayangan ABC channel, SCANDAL: The Secret is Out yang dah masuk musim ke-4 pun. Punyalah ramai penggemarnya. Ohw, sebut pasal drama bersiri teringat cerita Person of Interest — yang saya ingat nak minta Naim tolong downloadkan.

Yalah, saya ni memang a big fan of Sarah Shahi, Person of Interest baru saja ditayangkan di TV2 dan itupun season 1 (yang memang Sarah Shahi tak berlakon pun). Dia muncul dalam satu episod pada season 2 dan kemudian, semua episod dalam season 3. Wow, tak sabar dah nak tengok…Sarah Shahi (dengan pistol kali ini) Cool, macho, very athletic on her looks and her body figure, sweet dan sexy lagi.

urlCerita balik pasal SKANDAL. Sejak dulu lagi selalu kita dengar atau baca cerita tentang skandal percintaan yang tidak direstui — betullah, mana ada skandal yang direstui. I’m sorry, saya memang manusia yang melihat skandal dalam gambaran negatif sahaja — saya tak boleh ubah itu, sama macam saya memberi makna kepada mengampu, ia tetap TERUK, BURUK dan NEGATIF.

Cerita artis yang curang dengan isterinya kerana skandal cinta dengan rakan artis lain; kisah Boss bercinta secara sembunyi dengan staf bawahannya; tentang cikgu yang skandal dengan muridnya; atau orang-orang kaya raya yang bermain kasih secara rahsia dengan model jelita yang muda remaja; ini semua antara kisah skandal yang popular. Tak pernah terjadi, atau terlihat di depan mata saya. Dalam kalangan kawan saya pun tak ada — kalau tak tentu saya boleh terhidu.

Kenapa skandal jadi perkara negatif? Senang saja, sebab ia akan melibatkan proses ‘kecurangan‘ terhadap satu pihak yang secara automatisnya akan menyebabkan penderitaan pihak itu, tak kiralah dia adalah seorang wanita (isteri atau kekasih), atau seorang lelaki (suami atau kekasih) mahupun sebuah keluarga yang dulunya bahagia. Lebih jelas lagi, skandal ini selalunya melibatkan lelaki atau perempuan yang telah menjadi milik seseorang (sama ada yang dah kahwin atau dah ada hubungan cinta yang diketahui umum).

Untuk pasangan bercinta atau bertunang yang kekasaihnya curang, mudah, mereka masih boleh kembali memikirkan arah hubungan mereka — sama ada untuk teruskan atau putuskan saja. Cuma kalau nak diteruskan, kakasih yang curang tadi perlu beri jaminan (bersungguh-sungguh dan berusaha) untuk tidak akan curang lagi. Bagi yang telah berkahwin, lebih-lebih lagilah yang berkeluarga — yang ni lebih kesian! Saya boleh agak betapa sukarnya menerima hakikat bahawa pasangan yang disayangi telah berlaku curang, bagaimana mahu menerima takdir itu dengan memenangi semua pihak, keluarga, diri sendiri dan pasangannya tadi. Payah…

Paling tidak, jika isteri yang punya skandal di luar rumah, suami akan putuskan hubungan dengan talak. Kebanyakkan lelaki akan berasa dayus jika tidak menggunakan kuasanya sebagai suami. Lainlah ceritanya kalau suami yang curang, isteri lebih memberat untuk menerima sahaja…demi anak-anak. Jadi sangguplah bermadu asal saja suami boleh berlaku adil. Isteri yang lebih tegar akan ambil langkah berpisah, angkut anak-anak dan berusaha untuk teruskan hidup tanpa lelaki. The stronger will win.

Saya tulis pasal skandal ni sebab kebetulan ada kawan yang bercerita tentang hubungan skandal rakannya dulu. Sedihnya. Saya tak dapat bayangkan kelukaan hati orang yang dicurangi pasangannya. Kalau berlaku kepada saya — memang pedih giler. Satu saja yang saya tak faham, sampai hati pasangan yang dikasihi buat begitu demi kasih skandalnya. Semua yang berskandal pada saya sangat kejam, KEJAM.

Mudah-mudahan saya tak terlibat dengan mana-mana skandal. Saya? Tentulah tidak, saya tak kahwin sampai sekarang sebab saya mencari seseorang yang memang bukan milik sesiapa (yang single). Yang pasti, saya tidak akan mahu dan tidak akan sanggup mengambil hak milik orang lain. InsyaAllah.  Saya percaya “tiada yang akan bahagia jika disebaliknya ada kedukaan (air mata) orang lain.”

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s