Ngaji..Ngaji..Ngaji

Assalamualaikum. Ini post ke berapa dalam bulan Oktober? Ntah, saya tak kira. Selalunya 5 atau 6 post dalam sebulan, nanti saya semak dan perincikan dalam post (kategori trivia).

Sebenarnya saya dah lama berniat nak tulis post tentang kelas Ngaji (Kelas Bimbingan Membaca Al-Quran Iqra’, Tajwid dan Fardu Ain) di Pusat Pembangunan Diri dan Motivasi Islam. Tentang apa yang saya belajar, perkara menarik dan kesungguhan peserta kursus. Tapi kalau nak cerita bab subjek dan topik yang diajar, memang kena ada panduan. Takut tersalah inform nanti… Kena tepat! Lebih susah kalau nak terangkan istilah dalam tulisan jawi… Tak pandai nak taip guna HP.

Ustaz selalu pesan, “nak belajar mengaji ni memang payah…banyak dugaan. Syaitan ganggu, perkara lagho yang menghalang, orang pandang rendah dan orang ketawakan pun ada. Tapi kita kena kuat, sahut dugaan tu dengan bersungguh-sungguh. InsyaAllah, dapatlah kita atasinya.”

Memang pun..! Eh, pernahkah saya ceritakan sebelum ini? Tentang kursus yang saya ambil ni… Mari saya detailkan:-

1. Yurannya cuma RM100 sebulan, bulan pertama dulu ada extra RM50 untuk pendaftaran. Kalau dibandingkan dengan kelas belajar main gitar atau ukulele, yurannya sebulan RM130 – RM150.

2. Belajar Ngaji dari pukul 8:00 – 10:00 malam, kadang-kadang terlajak sampai 10:30 malam. Belajar Muzik cuma satu jam, selalunya memang tepat sejam. Kalau extra hour, cikgu muzik cas lain.

3. Setakad ini saya guna buku Iqra’ lama (6 level @ 6 jilid), buku Iqra baru (nipis), buku tajwid (kulit keras) dan kena buat nota sendiri sebagai persediaan untuk exam. Masa belajar muzik, satu buku saja yang diberi. Dan…tak ada exam.

4. Saya dah lima (5) bulan belajar Ngaji. Saya bertahan sebab setiap kali lepas kelas saya berasa tidak sabar nak menanti kelas berikutnya. Saya pun rajin study, buat nota, hafal dan selalu buat latihan. Kerap bertanya dengan geng ngaji dan jarang-jarang sangatlah ponteng kelas. Lain sangat dengan kelas muzik. Saya pernah 6 kali ke kelas belajar gitar… Saya berlengah untuk teruskan, rajin ponteng, malas buat latihan dan sampai ke akhirnya (kelas ke-6), saya rasa macam tak dapat apa.

5. Ngaji, benda yang kita dah buat sejak dari kecil lagi. Cuma waktu itu silibusnya cuma baca Al-Quran sampai habis, tammat, khatam. Kita tak mendalaminya. Apa yang saya belajar sekarang sangat deep daripada apa yang saya ketahui dari belajar di Sekolah Agama Rakyat dari tahun 1 sampai tahun 6. Masa saya belajar menari dulu (zaman sekolah menengah), walaupun saya diajar oleh seorang penari professional…tak pula saya diajar deep tentang tarian itu, tentang sejarah dan asal usulnya. Tak ada, saya cuma diajar menari untuk buat persembahan. Ohw…I miss to dance!

5. Lepas pergi kelas, hari-hari saya Ngaji. Saya usaha baca setiap baris ayat dengan betul, lebih-lebih lagi waktu solat. Benda yang hari-hari dibuat, saya harap dapat jadi makanan hati. Benar, kelas Ngaji ni membuatkan saya lebih kerap mengingat mati, akhirat dan kiamat.

6. Tidak berasa tertekan, tapi ia benar-benar mengujakan, kadang-kadang mencemaskan – hanya bila exam (ujian). Kelas Ngaji yang saya sertai ni, ada ujian lebih kurang 3 bulan sekali atau dua kali dalam tempoh 6 bulan. Ujian pertama (macam midterm pula) hanya ada ujian bertulis – 2 kertas. Untuk ujian kedua nanti (final exam) pertama kali ada ujian lisan, dan ujian bertulis – 2 kertas. Ikut ustazlah topik soalan exam, tetapi mesti berpandukan silibus yang telah dipelajari. Kebiasaannya soalan akan dikeluarkan oleh Yayasan Darul Quran (saya tak ingat namanya, tapi bawah Negeri Selangor).

7. Kenapa saya nak belajar Ngaji… Ini cerita 5 bulan lalu. Saya mahu melengkapkan diri saya…untuk jadi anak, isteri dan ibu yang terbaik. Anak tu, ofcoz… Saya tahu isteri dan ibu tu agak mustahil memandangkan saya tak berkahwin lagi dan memang tak punya sesiapa pun. Tapi, saya percaya, Tuhan kalau nak beri jodoh at anytime je. InsyaAllah, saya yakin saja Allah SWT dah set from the top dan dah pun decide someone for me. Jadi, saya cuma perlu tunggu masa, bersedia dengan ilmu dan pengetahuan menjadi isteri, ibu serta dan menjaga keluarga. Akhirnya, just wait for a green light from The Top.

8. Saya stress kerja. Stress selepas bertukar Jabatan. Kerja yang saya kurang gemar dan cara kerja yang tidak pantas untuk saya. Saya pula mudah jadi bosan kalau melepak dan jadi pasif nanti bila elemen negatif masuk di kepala saya. Jadi, Ngaji adalah alternative untuk memulihkan saya. Serius, belajar Ngaji, adalah ‘sesuatu’ saya boleh buat saya fokus kembali.

9. Ilmu akhirat, apakah levelnya kalau nak dibandingkan ilmu dunia? Kawan saya buat master (dua tahun) tentu tergelak besar bila dengar saya kata, “kursus Ngaji saya ni, ambil masa sekurang-kurangnya dua tahun untuk complete — itupun kalau tak tersangkutlah”. Saya hanya akan dapat segulung kertas dipanggil sijil, bukan master. Tapi itulah yang dicari, ilmu akhirat — bukan dikejar untuk naik pangkat, untuk jadi professional workers atau untuk mengajar di universiti. Sebenarnya, it will took seumur hidup saya (dari sekarang, sampai saya mati) untuk mengaji dengan baik. Saya mahu mati dalam iman, InsyaAllah itu yang kita semua harapkan.

10. Ustaz pernah kata, “zikir adalah makanan orang beriman apabila hari kiamat nanti”. Saya mahu tergolong dalam kalangan itu — orang-orang yang mampu berzikir nama TuhanNya, Allah SWT di penghujung waktu dunia. Saya dapat bayangkan jika tidak bersedia dari sekarang, bukan saja nak membaca Al-Quran, menelaah tafsir Al-Quran, menyebut nama Allah SWT saja mungkin takkan mampu, pada tika dan saat itu. Maka dari sekaranglah kita harus bermula dan mudah-mudahan kita akan jadi hambaNya yang beriman dan dikasihi. InsyaAllah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s