Canda Kelas Pertama

Assalamualaikum,

Saya nak cerita tentang perkataan lawak jenaka paling ‘class’ dalam hidup saya sekarang. Mereka (pihak bercanda) anggap ini bahan gurau biasa, bahan gurau 1st class tentang saya. Tapi pada saya, ia sangat ‘MENYAKITKAN’.

Nota: canda (perkataan Indonesia) bermaksud jenaka.

Dua minggu lepas, dua pihak berbalah nak gunakan saya untuk projek masing-masing. Pada saya, dua-dua sama penting. Kalau saya perlu pilih, saya akan pilih projek yang saya suka, tapi kalau diikutkan kepentingan — projek yang saya tak suka, lebih perlukan saya.

Saya dah putuskan, saya mahu terlibat dalam dua-dua projek. Bukan sebab tamak, sebab keduanya perlukan saya (saya agak, jangkaan saya sahaja). Tapi apabila dua pihak berbalah, dan guna perkataan “eksekutif berkaliber”… Saya jadi sedikit marah.

Saya tahu, kedua-dua pihak ada point masing-masing;

pihak (a) kata, perlukan saya sebab saya berkaliber dan berpengalaman menjayakan projek yang sama selamat bertahun-tahun…may I say 7 years;
pihak (b) membalas, saya bukan eksekutif berkaliber yang diperlukan pihak (a)…kalau benar berkaliber kenapa dari dulu, pihak (a) tak pertahankan saya? Jadi saya lebih sesuai bantu projek yang diuruskan pihak (b).

Saya malas nak campur, biarkan saja… Just go on macam prinsip hidup saya… “bila dah kat depan mata, hadap (layan, teruskan) saje!”

Tapi selepas perbalahan itu, semua pun asyik menyindir guna perkataan “eksekutif berkaliber”, perkataan yang saya amat tak suka sama sekali. They make fun of it and take it as their biggest humor. Jenaka yang mempersendakan saya.

Jangan kata saya termakan dengan kata-kata pihak (b). Memang ada benarnya! Saya memang tak berkaliber langsung — sebab itu saya masih di posisi yang sama sejak lapan tahun lalu. What a loser, isn’t? Dan betul juga, sampai sekarang (selepas beberapa kali saya mohon, merayu, meminta) pihak (a) tetap tidak berbuat apa-apa pun untuk mempertahankan saya supaya dapat kembali ke dalam team. Apa yang sering disyorkan cuma “shida pergi jumpa Boss, minta sendiri”.

Saya tahu saya bukan pilihan untuk naik pangkat. I don’t care, I don’t mind at all, tapi cukuplah dengan yang satu ini — jangan persendakan saya.

Kalaulah anda boleh belah hati saya, tengoklah, tafsirlah; betapa sayang tidak berbelah bahagi saya untuk syarikat yang menggajikan saya; betapa tinggi menggunung harapan saya untuk syarikat ini; dan betapa banyak lafaz doa saya untuk kejayaan syarikat ini. Semuanya untuk syarikat ini.

Eksekutif berkaliber… Beri saja gelaran ini kepada orang lain yang suka mengampu!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s