Mr. Istikarah dan Book of Life

Assalamualaikum.. Terima kasih menjengah blog ‘shi & kisahnya’ aka diari eletronik peribadi saya.

Saya baru terfikir tadi, dalam kategori ‘hiburan segar’ saya rajin kongsi filem atau drama menarik yang saya tonton di TV atau di panggung wayang. Bila saya semak-semak, baru saya perasan, tak banyak cerita Melayu yang saya tulis..

Saya layan kartun kalau menonton di panggung wayang. Kemudian di rumah saya suka tengok cerita Hindustan, cerita berepisod biasanya cerita Melayulah, cuma ceritanya biasa-biasa saja… Lain dari itu, saya suka tengok program realiti TV, Pencetus Ummah, Super Spontan dan lain-lainlah…

Okay satu lagi, favorite sangat Keluarga Iskandar. I like those kind of drama, family sitcom. Akademi Fantasia (AF) 2014, saya layan Nuha — orang Manjung, giler tak sokong!

Eh, saya nak cerita tentang satu drama yang saya tengok semalam, telemovie dalam slot cerekarama di TV3, Mr. Istikarah. Memang saya tahu cerita ini purposely sempena Maal Hijrah. Tapi ia ada mesej yang tepat sesuai masanya terutama bila gaya hidup orang Melayu Islam kini sudah makin berubah hari ke hari.

Saya puji dalam drama tu, semua muslimah (watak utama bertudung), comel-comel belaka. Tak ada adegan pegang-pegang, sentuhan kasih sayang semua tak ada. Ceritanya bermasej, walaupun isunya cinta. Cinta dalam keredhoan Allah SWT.

Sama saja macam cerita Melayu lain ada shot perempuan bergaduh berebutkan lelaki Idaman. Dan pertama kali…lelaki idaman tu seorang ustaz, tapi ustaznya tu ustaz selebritilah. Basically, ceritanya mengingatkan kita kebesaran Allah SWT, istikarahnya, dan kita sendiri memohon yang terbaik untik diri kita sebagaimana yang telah ditentukanNYA.

Hanya DIA, Allah SWT sahaja tahu apa yang terbaik buat kita. Kita hanya perlu memohon dipermudahkan dan menerima dengan redha.

Selalu saya tengok cerita begini di TV Al-Hijrah, kadang-kadang di Astro Oasis. Saya rasa TV3 patut sediakan satu slot untuk drama-drama berbentuk keagamaan seperti itu. Larilah sedikit dari cerita agama saja tentang Pak Haji tangkap khalwat, orang jahat insaf, orang kaya nak pergi naik Haji dapat bala, drama siksa kubur atau cerita ajaran sesat. Berkreatiflah sedikit.

Book of Life… Filem kartun yang saya tengok semalam. Tiket RM9 saja, biasalah tengok movie jam 11:00 pagi, murah sikit. Biasa saja konsep cerita ni, kes dewa dewi di ‘alam roh yang diingati’ dan ‘alam roh yang dilupakan’. Dewa dan dewi dari dua alam ni bertaruhkan cinta seorang gadis untuk dua lelaki.

Kes cinta tu, saya rasa biasa saja. Sama saja dengan cerita-cerita lain. Cumanya kisah dua lelaki itu boleh dijadikan pengajaran…

1. Jangan dibayangi orang lain dalam buat keputusan
2. Jadi diri sendiri
3. Usahakan setiap yang kita mahu dengan bersungguh-sungguh
4. Setia kawan
5. Kekuatan fizikal bukan lawan kejujuran dan keihlasan hati

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s