Selamat Berazam Baru 1436 Hijriah

Assalamualaikum… Hari ini bermulalah tahun baru kita.

Selalunya bila tahun baru, kita akan buat azam baru, yalah setiap kali 1 Januari saban tahun. Jarang pulak saya tengok atau dengar ada orang yang berazam sempena tahun baru hijriah.

Tahun baru hijriah ini, saya cadang nak berazam. Misinya untuk berubah jadi muslimah yang lebih baik daripada diri saya sebelum ini. Saya dah senaraikan…

Oleh sebab saya suka baca balik apa yang saya tulis, kira okaylah kalau saya listkan di sini. Tapi I don’t want to be too extreme, nanti takut tak terbuat. Biar sikit asal lama-lama jadi bukit daripada yang dikejar tak dapat yang dijinjing berciciran…kan.

1. Puasa setiap Isnin dan Khamis
2. Yasin sekali seminggu
3. Solat hajat dan dhuha sekali seminggu
4. Bersedekah 10% daripada duit gaji (lepas ditolak hutang piutang dan belanja bil semua.
5. Ucap Assalamualaikum dekat semua orang Islam yang saya jumpa, hari-hari.

InsyaAllah, semoga saya berjaya selesaikannya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s