The Flashpackers Projek: Bali

Assalamualaikum…
Terima kasih kerana singgah ke blog Shi & Kisahnya. Ya, kisah saya, tentang saya sahaja.

Saya sekarang (waktu ini) sedang menanti panggilan masuk pesawat di Gate 6, Ngurah Rai International Airport, Bali. Lamanya, pesawat saya patut berlepas jam 7:10 malam.

Saya, sudah 5 hari 4 malam di Bali. Saya dan Cikgu Idatul Akmar buat flashpackers projek di sini. Saja, nak bercuti-cuti…

Sebenarnya dah lama saya tak cuti ke luar Negara. Lepas Jakarta, Singapura dan Hongkong, tak pergi dah. Alhamdulillah, dapat juga jejak kaki ke Bali.

Idea ke Bali ni datang dari Cikgu, sebab dia nak sambut hari lahirnya di sini. Saya pula masa tu memang cari tempat untuk dijejaki. Dah rancang, duit bonus akan saya gunakan untuk cuti-cuti. Bali, apa salahnya…

Asalnya kalau saya sendiri, saya akan pergi gaya backpacker saja. Tapi sebab saya pergi berteman, saya ubah mengikut gaya flashpacker sepertimana kebiasaannya Cikgu. Kalau ada yang keliru dengan dua gaya ini, nanti saya terangkan dalam post berikutnya. Memang ada bezanya.

Saya tak kata, I’m the truly backpacker… Tapi serba sedikit saya lebih gemar gaya itu. Sebab lebih mudah, jimat dan tak ikut aturan sangat. Nanti, dalam next post ya…akan saya ceritakan lagi

Dalam post ini saya cuma nak cerita, perkara menarik dan berbaloi dalam percutian Kali ini:

1. Dapat cover hampir semua tempat yang menjadi kemestian bagi pelancong yang datang ke Bali. Tanah Lot, Kimtamani, Uluwatu, Ocean Blow, pantai Padang-padang, lagi….banyan lagi (dalam sambungan post ini nanti saya perincikan).

2. Dapat rasa dan ikuti hampir semua yang menarik di Bali: tengok pembuatan batik, lukisan, ukiran silver, kopi luwak, water sport, scuba diving, parasailling, tengok gunung berapi, padi huma, makan malam sambil tengok matahari jatuh di jimbaran, tarian kecak dan berbelanja kecil-kecilan di Krishna.

3. Merasa scuba diving. Mengujakan sangat bukan sebab saya berjaya turun ke dasar laut semata-mata, tapi sebab saya berjaya kentalkan hati untuk turun dan cuba…padahal awal-awal lagi jantung dah dub dag dub dag dah…

4. Ubah! Bercuti bukan untuk beli ole-ole semata-mata, tapi berlebih-lebih lagi untuk berlibur dan belajar, tentang budaya, tradisi, agama, bangsa dan Negara orang lain.

5. Bertolak ansur, tak ikut kepala sendiri bila bercuti dalam kumpulan, bersama orang lain…bukan sendiri-sendiri. Kalau percutian solo memang ikut kepala saya jelah!

6. Ramah, senyum, beri perhatian — tak pernah rugi. Saya dapat berkenalan dengan keluarga Acik Mohd Najib, sebab ini…sebab saya ramah melayan Acik ni. Apa salahnya berbaik dengan semua orang, kan dapat kawan baru…

7. Tarian kecak. Ini satu antara sebab saya nak ke Bali. Nak tengok sendiri tarian yang berkisar tentang dewa hanuman, putera puteri zaman itulah… Nice, very nice. Lebih kagum dengan semangat anak-anak mudanya yang tak segan terus pertahan budaya dan tradisi mereka.

8. Patung. Saya bukanlah suka patung, tapi Bali memang tempatnya. Kata orang Bali, patung itu simbol seni,tradisi, pada saya pula ia kemahiran dan simbol kreativiti.

9. Ayam lunak dan es jeruk. Es jeruk memang kegemaran saya masa saya pergi ke Jakarta dulu. Di Bali, apa lagi, tibailah hari-hari. Ayam lunak adalah hidangan signature Bali yang sedap…yummy!

10. Lebih lama menjejak tempat orang, lebih sayang lagi saya kepada Negara sendiri. Malaysia ni, masyarakatnya yang majmuk — aman dan makmur, bangsa Melayu, agama Islam, bangsa Melayu….

11. Xiomi Redmi Notes — handphone baru saya, memanglah pilihan yang tepat untuk merakam foto dan video sepanjang percutian. Saya bawa monopod dan shuttle sekali. Memanglah berbaloi, selfie sajelah kerjanya…

12. Dicky Catur Pamunggas, tourist guide cum pak supir, yang terbaik! Serious thumb up kepadanya yang membawa saya dan Cikgu Idatul menjelajah Bali. Selain rajin, cepat, santai, ikut kemahuan kami (nak melawat ke mana), dia juga mesra dan suka bercanda (berjenaka). Berlebih lagi, sebab dia ni manis orangnya!

Ups dah ada announcement “gate dah buka”. Jom balik! Pesawat nak berlepas kejap lagi…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s