tips@top: Barang dalam Backpack (keperluan semasa bercuti)

Assalamualaikum, selamat membaca blog Shi & Kisahnya…

Okay, saya nak beritahu…saya akan ke Bali dengan Cikgu Idatul. Saja, cuti-cuti luar Malaysia. Saya akan naik pesawat pada khamis, 16 Oktober 2014, jam 7:10 pm. Ha’ah, esoklah. Jadi malam ni saya akan berkemas-kemas…

Jom, saya nak kongsikan apa yang perlu dibawa (kebiasaannya ada) dalam backpack anda bila anda pergi bercuti, terutama bila berjalan jauh (luar KL, luar Malaysia):

(a) Dokumen:
1. Passport
2. Duit (dah siap tukar)
3. Flight ticket
4. Pen dan buku nota (saiz kecil)
5. Peta dan panduan lokasi pelancongan (yang anda mahu pergi)

(b) Makanan (untuk anda yang tak adventures bab-bab makan ni):
1. Maggi cup
2. Sambal ikan bilis (yang kering lebih baik)
3. Sneakers

Keperluan flashpacker (backpacker pun perlu jugak benda-benda ni):
1. Hand phone
2. Monopod dan shuttle
3. Tablet (jika perlu)
4. Charger hand phone dan tablet
5. Adapter charger (untuk kegunaan di Negara yang guna dua pin adapter)

Nota: pastikan hand phone atau tablet anda lengkap dengan aplikasi seperti XE (currencies calculator), Qibla Direction (untuk cari kiblat dan waktu solar mengikut kawasan), panduan solat jamak (jika perlu, bagi yang masih belum arif tentangnya) dan lain-lain.

Pakaian dan kasut:
1. Telekung
2. Jacket (pakai dalam pesawat, tak perlu masukkan dalam beg sebab ia akan makan ruang)
3. Jeans (satu pakai dan satu lagi dalam beg)
4. T-shirts (sekadar 2 hingga 3 helai)
5. Baju mandi laut atau kolam (tight dan inner pun dah cukup, kalau di public pool atau di laut, bawalah baju labuh)
6. Singlet dan seluar pendek (pakaian tidur)
7. Underwear dan bra (bawa minima saja, tapu pastikan hari-hari basuh)
8. Stokin (sepasang pakai dan sepasang lagi dalam beg, tukar saja setiap hari, basuh jika mudah untuk jemur)
9. Selipar (kegunaan di pantai atau semasa jalan-jalan santai)
10. Sport shoes

Lain-lain keperluan:
1. Berus gigi dan ubat gigi
2. Towel muka
3. Pencuci muka dan pelembab
4. Deodorant dan perfume
5. Sikat dan elips (jika perlu)
6. Lips gloss dan tisu basah
7. Sun block dan losyen
8. Panadol (ubat wajib)
9. Sunglasses
10. Topi (jika perlu)

Apa yang saya tuliskan di atas adalah apa yang saya akan sediakan setiap kali saya nak berjalan (bercuti) jauh dari rumah. Kalau ia tak sesuai untuk anda, bolehlah dijadikan sebagai panduan saja, olahlah sendiri ikut keperluan.

Yang saya harap, mudah-mudahan tips@top kali ini dapat membantu, lebih-lebih lagi untuk anda yang pertama kali mengembara ke luar Negara untuk bercuti. InsyaAllah, anda akan selesa nanti…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s