tips@top: Kenal Dia, Kenali Kopinya

Assalamualaikum…

Khamis, malam Jumaat… Apa anda buat?hmmm… Saya tak maksudkan itu (fikir sendiri jawapannya), pun bukan yang itu (cubaan jawapan kedua)…maksud saya adakah anda layan ‘Keluarga Iskandar’ di 132, Astro Warna (siaran ulangan) atau anda main ‘Candy Crush’ di HP/tablet.

Cerita pasal HP, saya terlupa nak cerita — saya pakai HP baru, dah dua minggu dah! Berangan nak pakai Lenovo Vibe Z, budgetnya pula tak cukup. Akhirnya saya ambil Xiomi Redmi Note. Murah saja, yang penting camera dan kualitinya terbaik. Saya beli  direct dari website Xiomi, cuma RM509.00. Nanti dalam post lain saya akan cerita tentang HP ni ya…

Okay tips@top kali ini adalah untuk mengenal personaliti si dia (kekasih atau kawan lelaki anda) melalui kopi kegemarannya. Sebelum apa-apa, saya beri kredit dulu kepada majalah Harmoni (bil.233) 15 Ogos 2014 terbitan Utusan Karya S/B, kerana bahan tips@top kali ini saya dapat dari situ.

Zaman sekarang, kebanyakan orang muda, tua, di desa, bandar, walau bangsa apa pun memang gemar minum kopi. Dari warung kopi tepi jalan hinggalah ke restoran mewah, ada belaka… Macam-macam jenis kopi pula dah jadi kemestian (macam ketagihan), tak boleh tidak, memang kena ambil juga.

Untuk yang urban, kopi ini jadi pilihan: espresso, mocha, latte, cappuccino, macchiato, americano dan frappuccino… Dan dari jenis kopi itu, kita boleh kenal sifat si penggemarnya…

1. Espresso
Peramah, mudah mesra. Akrab dengan ahli keluarga dan kawan. Cenderung untuk konsevertif dan unik.

2. Mocha
Peramah, kreatif. Tidak kuno dan cenderung memilih moden. Sukakan improvisasi, suka perkara baharu. Susah untuk kekal bercinta sebab mudah bosan.

3. Latte
Sangat ekspresif dan faham kehendak sendiri. Mengakui kelemahan diri, tak malu mohon maaf jika buat silap…cuma sayangnya, tak gemar kepada cabaran dan lebih suka jalan selamat. Dirinya sendiri, kadang kala membosankan.

4. Cappuccino
Sangat peramah, mesra dan penyayang. Kelakar, tidak terlalu ‘control macho’. Ramai kawan dan jarang sunyi.

5. Macchiato
Klasik, agak tradisional orangnya. Kemas dan rapi. Mementingkan penampilan dan kebersihan diri.

6. Americcano
Tenang saja, gemar alam sekitar, semulajadi; tumbuh-tumbuhan, alam, bintang-bintang, langit, bulandan haiwan. Sukakan kehidupan.

7. Frappuçcino
Bertenaga, ceria dan ‘happy go lucky’. Keanak-anakan sedikit, suka bermain-main dan jarang serius. Sweet dan baik hati.

Jadi, kalau anda keluar minum kopi dengan kekasih atau kawan lelaki anda, boleh nilai sendiri sifatnya dengan kopi pilihannya. Tepat atau tidak, Wallahhu alam….

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s