Mengampu Tetap Tidak Bermoral

Assalamualaikum. Selamat hari raya aidil adha, raya korban.

Malam-malam raya ni, channel to channel saya check, tak ada yang best… Saya turn on tengok Diari AF #AF2014 sajalah sambil tu dok belek-belek Facebook teman-teman. Dalam belek-belek tu terjumpa ni… (tengok gambar kat bawah) image

Hahaha.. Liyana, petikkan penjelasan tentang ‘mengampu’. Terima kasih Yana. Ada jugak ‘pemberani’, berani mati betul! Tapi Yana beruntung sebab tak ada stalker dan penyampai…kalau tak…? Hadoi! Saya pun mengharap tak adalah stalker yang menge’check post-post Facebook, Twitter, Blog dan Instagram saya. Kalau secret admirer tak apa — I ols suka.

Semua STALKER memang ‘teruk’, penakut! I’m sorry but that is a fact. Kalau membaca diari orang lain itu SALAH, mengintai orang lain pun SALAH, sama juga dengan apa yang dikerjakan oleh si stalker.

Back to our topik, mengampu. Mengampu pada saya — adalah perbuatan negatif, jahat, buruk perangai, tak bermaruah dan busuk yang sangat-sangat. Saya tak tahu macam mana perbuatan yang ‘tak bermoral ini’ boleh jadi positif. Kalau kita lihat konsepanjakkan paradigma‘; jadikan kelemahan sebagai kekuatan. Untuk terangkan dengan lebih jelas, kits ambil contoh : gemuk (kelemahan). Kita jadikan kelemahan ini sebagai kekuatan ya…begini…

GEMUK (kelemahan) + latihan kecerdasan + skill mempertahankan diri = BODYGUARDS (kekuatan)

Mari kita rungkaikan perkataan mengampu ni, dengan merujuk ayat di bawah:

Rahim mengampu ketuanya untuk mendapatkan markah tinggi bagi penilaian prestasi tahunan. 

Mengampu, masih berbunyi negatif dan membawa maksud negatif. Susah, mana boleh nak ubah perkataan negatif kepada positif kalau dah memang maknanya negatif. Pening… Cuba perkataan ini sebagai contoh…

Perkataannya : membunuh.
Rahim membunuh Razak untuk mempertahankan dirinya.
Penjelasannya, membunuh itu memang perbuatan kejam, sengaja atau tidak dah memang ada yang terbunuh. Yang ‘membunuh sebab mempertahankan diri’, itu niat — niat tak menghalalkan cara dan membunuh tanpa niat pun tetap kena hukuman.

Sudah jelas? Tidak? Bagaimana dengan contoh kedua, kita lihat contoh kedua ya…

Perkataannya : curang
Rahim curang dengan isterinya untuk membahagiakan perempuan simpanannya, Rozie.
Perkataan curang itu memang dah sangat serius dibenci, ia dimaknakan sebagai perbuatan negatif yang tak disukai, baik oleh lelaki mahupun perempuan. Perbuatan curang akan menyakitkan pihak yang dicurangkan. Sakit, sedih tu. Ada apa yang baik yang boleh ditaksirkan daripada ayat itu. Kalau ada pun ‘membahagiakan perempuan simpanan’, masih tak baik, sebab perempuan simpanan itu sendiri ‘statusnya’ sangat negatif.

Sudah! Kita bukan nak belajar tentang perkataan negatif, malam ni. Cuma saya mahu saling mengingatkan bahawa perbuatan mengampu itu adalah perbuatan tak berintegriti, tak bermoral apa lagi bermaruah.

Pada saya, wahima apa pun tanggapan orang lain, ia tetap perbuatan negatif.

Jadi apapun perbuatan kita, kepada sesiapapun, ingatlah bahawa Allah SWT sentiasa ada, melihat. Lebih-lebih lagi, malaikatnya akan mencatatkan kisah harian kita untuk ditimbang-tara kelak.

Buat baik berpada-pada,
buat jahat jangan sesekali,
Tuhan nak balas kita tak tau bila,
takut-takut Dia bagi cash nanti…

Nota: pantun empat kerat tu, u ols faham-faham sendirilah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s