Lapan Harapan

Assalamualaikum.
Selamat hari Ahad, selamat ‘chotie-chotie’ sedunia. Betullah kan… Hari Ahad, satu dunia cuti.

Tadi siang (Sabtu), saya ambil emak dan abah di KL Sentral. Mereka datang sini, untuk jagakan Haiqal minggu depan — kyong dah mula kerja 1 Oktober, nanti.

Dapatlah melepak sikit, kalau tak…bekerja je jawabnya!

Selalunya, cuti-cuti pun, walau saya cuma di rumah, saya masih duduk depan laptop — menyiapkan pembetulan dan semakan ‘entry’ – #projekencyclopidiabrittanica

Di office, tak sempat. Kenalah bawak ke rumah. Lagipun saya sekarang,  tak macam dulu dah..  Bukan. Saya yang tak mahu lagi jadi macam dulu….

Dulu, saya stay di office siapkan kerja, bermalam-malaman dengan kerja. Saya dah tak mahu lagi begitu. Saya elakkan saja berada lama di office atau balik lambat sangat. Cukup masa je saya angkat kaki.

Mungkin sebab kerja saya sekarang memang tak kena dengan jiwa. Lebih-lebih lagi, saya sangat sedar siapa diri saya. Bila duduk di production dan saya tak punya apa-apa kelayakan untuk itu… Baik saya tumpuan pada yang perlu saja.

Bukanlah saya tak mahu belajar, tapi ia memang bukan sesuatu yang saya mahu belajar pun… Saya tak pernah teringin nak jadi penterjemah, penyunting, pruf reader dan yang seangkatan dengannya.

Bukanlah kerjaya tu tak best. Ia hebat, gempak, menarik, high class dan boleh buat duit. Bagus, tapi bukan untuk saya. Saya tak minat, tak suka — macam mana nak paksa.

Kalau ikutkan hati dah lama saya ‘blah’, mujur hutang-piutang saya banyak, dan banyak lagi yang tak settle. Jadi, terpaksalah saya  terus kerja.

Walaupun, saya ada nak cuba berhijrah ke tempat lain, tapi setiap kali juga, semacam ada saja halangan. Mungkin Tuhan nak saya terus bersabar di sini. Saya ikutkan saja…

Tarik nafas, hembus… [sigh…] Sebenarnya, tak sanggup nak hidup sebagai executive sampai 10 atau 15 tahun. Tapi macam ada gayanya kena jadi begitu!!!

Saya tak berani pula nak tukar kerja yang tak beri gaji macam yang saya terima di office ni. InsyaAllah nanti, bila saya dah berani saya usahakan.

Sebab kebiasaan, saya ni memang suka bekerja, berusaha….  saya mudah bosan bila asyik melepak saja di rumah. Jadi saya buat benda lain…

Saya belajar Aliff Ba Ta (ngaji), saya menjahit, saya buat dancing “Unleash Bipasha Bashu”, saya masak, tonton movie, berhibur bagai… Berlebih-lebihan lagi, saya habiskan masa dengan mesin jahit dan Iqra’.

Buat masa ini, saya nak belajar menjahit betul-betul, InsyaAllah awal tahun depan saya mula ambil upah jahit baju kurung. Pelan saya 10 – 15 helai sebulan, dapatlah dalan RM400 – RM600. Dapatlah saya simpan duit nak pergi umrah. InsyaAllah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s