tips@top : Atasi Kecelaruan Emosi

Assalamualaikum…
Seribu kali sayang (muah..muah..muah) untuk anda yang menjengah blog ini.

Tips@top top kali ini saya kongsikan perkara yang boleh membantu anda melegakan ‘kecelaruan emosi akibat cinta kasih yang musnah’. Tuh dia… Topik…

Begini, bila dah terputus cinta, selalunya diri kita akan berubah. Kalau pun fizikal nampak okay (tak terjejas), tapi emosi akan ada sikit kacau. Confirm, yang ni saya yakin berdasarkan pengalaman peribadi. Lebih teruk lagi jika tak redakan kekacauan emosi, ia akan membawa  kesan buruk pada mental dan jiwa.

Jadi sebab itulah saya nak kongsikan tips@top dalam post ini. Sebelum itu, kalau baru putus cinta, baca dulu entry bagi kategori tips@top yang terdahulu, pada link http:// https://shida123.wordpress.com/2008/11/19/lupakan-cinta-kekasihmu/ untuk bantu anda lupakan cinta lama anda. Selepas itu baru guna tips@top kali ini…

Untuk melegakan kekacauan, kecelaruan emosi dan demi memastikan dapat melegakan, menenangkan, emosi akibat terputus cinta, bolehlah gunakan kaedah berikut:

1. Sayangi Diri Sendiri
Serius, lepas putus cinta, anda kena lebih menghargai diri sendiri. Sayangi diri, pastikan diri sendiri seronok, gembira dan bahagia. Ini satu antara cara menunjukkan kepada bekas kekasih (sidia) yang anda ni kuat, tabah dan tak terjejas selepas ditinggalkan.

Macam mana nak nampak gembira, seronok dan bahagia? Senang, buat perubahan berikut:

a) make up tona ceria, lipstik merah menyerlah, eyeliner kasi style sikit, pipi kasi glow lagi daripada biasa.
b) pasang badan, bergayalah sedikit, mungkin lose some weight, nampak lebih sihat dan refresh.
c) tukar fesyen, trendy, buat diri lebih berseri dengan perubahan fesyen. Bolehlah guna style kasut, beg dan aksesori yang tak pernah jadi style kita sebelum ini – cari new looklah.
d) new hair cut, yang lebih ranggi. Orang kata, rambut pendek buat kita nampak lebih berani, aggresif, cool dan lincah. Curly hair pula lebih positif, anggun, seksi dan menggoda you als.
e) manjakan diri dengan penjagaan diri, manicure pedicure bagai, facial, buang blackheads semua buat. Sendiri yang syok bila buat begini. Kalau nak manja lagi, pergilah mandi lulur, bodyscrap dan pijat-pijatan (urutan) seluruh badan. Enak banget!

Seriously, dengan tips 1 ni, bukan anda saja yang akan nampak perubahan pada diri anda, orang lain pun akan perasan juga.

2. Lupakan Dia
Yang lepas tu lepaslah, buat apa nak dikenang-kenang. Memang ada banyak memori dengan sidia, tapi buanglah jauh-jauh sebab sidia pun tak pernah teringatkan anda. Saya beri tips lagi, bagimana nak melupakan sidia dengan mudah…

a) jangan pergi tempat yang anda dan sidia rajin pergi dahulu. Kalau pergi lagi, teringat lagi. Cari tempat baru yang anda senang hati bila pergi
b) jangan buat lagi benda yang anda bisa buat bersama sidia. Cari hobi baru dan enjoy dengan hobi  baru itu…
c) simpan kemas-kemas gambar anda dan sidia dalam kotak berkunci. Bila anda dah boleh lupakan sidia nanti baru buka balik. Kalau rasa lebih berani “kita bakor” je gambor-gambor tu. Untuk gambar dalam pc, laptop dan handphone, copykan saja dalam cd dan burn. Delete gambar asal yang ada dalam pc, laptop dan handphone tu… Simpankan juga dalam kotak berkunci tu.
d) No. tel sidia, yang mungkin anda register dengan nama ‘sayang atau baby’ – tukarkan saja dengan nama sebenar sidia, mungkin Ahmad Busu.
e) Handphone sekarang yang jadi alat perhubungan penting, pun kena dikorbankan. Bukanlah bakor telefon, cuma elakkan melihat history anda dan sidia di whatsapp atau di wechat. Kalau boleh delete history itu lebih baik.
f) Elakkan bertemu sidia. Oleh sebab anda bekas kekasih sidia, anda tentu tahu tempat-tempat lepak sidia, warung yang selalu dikunjungi, pejabatnya, mall tempat sidia shopping…jadi elakkanlah pergi ke tempat-tempat itu. Kalau anda perlu pergi juga, elakkanlah daripada terjumpa atau menemuinya.

3. Ingat Tuhan — ini paling penting. Saya tak letak no. 1 sebab saya susun tips@top dalam setiap post secara random. Anda tentu tahu, kekuasaan Allah SWT, Tuhan yang Maha Esa, Maha Mendengar, Maha Memahami apa yang berlaku pada hati kita. PadaNya kita mengadu, PadaNyalah kita merayu, memohon rahmat dan kesejahteraan.

Rajin-rajinlah solat wajib dan yang sunat. InsyaAllah segalanya akan pulih seperti sedia kala. Sambil itu, anda kena redha bahawa apa yang berlaku kepada anda dan sidia adalah ketentuanNya.

4. Sibukkan diri – Busy bebenor mak… Bila anda sibuk, anda tak ada masa nak fikirkan sidia, apa lagi nak teringatkan dia. Sibukkan diri di pejabat, boleh OT kalau perlu. Atau buat kerja lain di rumah, menjahit ke, layan vcd ke, wayang ke, karaoke ke… Apa saja asal dapat isi masa anda dari hanya duduk melanggut teringatkan sidia.

Anda ada banyak pilihan aktiviti, bersukan, berenang, bersenam, berjalan-jalan..Semua boleh. Atau pergilah melancong. Paling tidak pun balik kampung… Bukan saja dapat menjenguk ibubapa, malah dapat layan mereka dan anda juga boleh juga bercerita masalah anda. Mungkin mereka ada solusi kepada masalah itu – maklumlah mereka ‘lebih dulu makan garam’. Ntah-ntah mereka boleh cadangkan calon pengganti yang lebih baik untuk anda, mana tahu.

5. Teman Pengganti
Tuhan jadikan umatnya berpasangan-pasangan. “Hawa adalah tulang rusuk Adam” kata bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah, Seri Iskandar.

Jadi, dah ditakdirkan akan ada seorang Adam yang Tuhan ciptakan untuk anda. Mungkin anda perlu mencari… Jangan biarkan hati anda sepi dan sunyi lama-lama ya.

Selamat merawat hati anda yang luka dan jangan biarkan kecelaruan emosi mengganggu keseluruhan hidup anda.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s