Topeng Kita

Assalamualaikum…

Pada Isnin, 2:05 pagi, di katil yang melayan tubuh saya beristirehat (hamboi…lucah bunyinya), saya taipkan satu demi satu huruf untuk mengarang post ini. Leka bebenor ni, ngalahkan esok tak kroje!

Bukan, saya ni baru berhenti menjahit, nak sudahkan kain untuk baju kurung adik… Dah nak siap dah, tinggal kelimkan labuh kaki dan tambah kancing. #projekkain

Itupun, 8:30 malam tadi sempat ke office, layan Topeng-Topeng produce by Stefeni Events dan office sayalah. Nia (#gengngaji) temankan. Saya tahu dia tak minat sangat, mungkin dia tak faham pun apa yang di’kisah’kan dalam Topeng Topeng.

Silap, ternyata dia faham benar ceritanya. Lagi-lagi tentang kuasa kepimpinan yang disimbolkan menggunakan binatang singa, cacing, kucing, buaya dan burung punai. Untung dia faham part itu, kalau tak dia mungkin hanya faham ucapan boss saya saja…

Ini satu lagi cara kita mengangkat sastera. Bab ni saya bangga dengan usaha yang tak henti-henti dibuat oleh office saya. Gerakkan seperti ini memanglah kena lebih kerap, banyak, biar ia jadi benar-benar rapat dengan masyarakat. Barulah sastera akan jadi milik masyarat.

Kalau tak, macam nilah…sastera hanya milik “they ols yang janggut panjang, rambut panjang, serabai, pelik, suka bikin kontoversi, minta budget itu ini, budak jual buku tepi jalan, yang berpuisi syok sendiri…dan lain-lain lagi”.

Pada saya kalau hari-hari kita tabur (beri) sastera kepada masyarakat, esok-esok masyarakat pun senanglah menerima dan mempunyai rasa me’miliki’ sastera kita. Akhirnya nanti barulah masyarakat akan mempertahankannya juga!

Topeng Topeng ni asalnya puisi karya SN Dato’ Baha Zain. Pernah diadaptasi sekali pada 2001 dan kali ini naskhah Topeng Topeng digarap semula oleh Fauziah Nawi. Menarik!

#lelakimelayuterakhir (#lmt) pun ada tadi… Macam biasa, senang menatap kosong (tanpa reaksi). Rasa, ada perasaan yang pelik! Misteri sangat…

Bulan, kau akan kuwarnakan dengan warna gelap…kerana aku… – Topeng Topeng

Saya tak mahu nampak sangat saya melarikan diri, walaupun betul – saya mahu larikan diri jauh-jauh. Saya dah tak mahu berharap pada sesuatu yang tak pasti. Terima kasih kepada Cikgu Datul yang beri hint tentang hubungan #lmt dengan kekasihnya.

masa usiaku 30, aku pilih reformasi. bila usiaku 40, aku pilih sepi..- Topeng Topeng

Saya percaya, cinta takkan boleh dipaksa. Ia hanya hangat membara atas persetujuan dua jiwa, bukan hanya satu rasa. Dan saya juga percaya, takkan ada sesebuah tugu cinta yang kuat, kukuh kalau ia dibina dari campuran ‘simen airmata kecewa kekasih yang ditinggalkan’. Saya tak mahu jadi punca! Saya lari sampai situ saja.

Jejak terakhir saya untuk mengejar #lmt, saya tamatkan sebelum saya temui garisan penamat. Saya biarkan perempuan yang dikasihinya menang, sebab saya takkan mahu gaduhkan ‘kekalahan atau kemenangan’ itu apabila saya memerima balasannya kelak. Yalah, balasan daripada kekejaman saya menghancurkan hubungan #lmt dan kekasihnya. Ini zaman tuhan bayar cash, kalau tak cepat, nanti lambat laun diberiNya juga.

Topeng Topeng dah habis, sekarang cuma tinggal kita dengan topeng masing masing menghadap dunia. Pada suatu masa, kita masih akan tetap kembali membuka topeng — mencari diri sendiri.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s