Lapan (8)

Assalamualaikum…

Happy birthday to you…
Happy birthday to you…
Happy birthday to (office saya)…
Happy birthday to you

Semalam, office saya menyambut 21 tahun penubuhannya. Tak ada sebarang majlis keraian, tak ada poster atau banner memeriahkan suasana, cuma ada ucapan selamat daripada beberapa staf yang sudah senior (lama bekerja di situ, bukan pangkat). Itupun melalui Facebook.

Saya yakin, staf baru, malah yang berpangkat tinggi pun tak berapa nak ingat pun benda ni. Sebab sibuk nak ingat benda lain, jadi yang kecil pada mereka ni dilupakanlah kejap. Nanti bila nak naik pangkat lagi, masa tu diorang ingatlah benda-benda ni — meyakinkan pihak atasan, tanda setia kepada organisasi. Nampak, setia tu tak ikhlas.

“Ikhlas tu Tuhan saja tahu… Kalau kita kita boleh rasa, maknanya tak ikhlaslah tu..” Ustaz Hakim, ustaz ngaji

Dush! Rasa macam terpukul diri sendiri.

Saya sendiri, sebenarnya menunggu-nunggu Oktober 2014. Lepas tarikh ni, maknanya saya sudah melalui 8 tahun, bekerja (tetap). Itu pula dalam hanya dengan satu organisasi saja…dari Oktober 2006 sampai sekarang.

Satu-satunya tempat yang saya banggakan, organisasi inilah… yang padanya saya menumpah taat setia, tenaga dan seluruh usaha. Lebih-lebih lagi, rezeki yang Allah SWT janjikan untuk saya dan keluarga, saya peroleh dari bekerja di situ.

Manalah saya akan lupa jasa dan apa yang saya terima darinya. Bakti dan pengorbanan kita kepadanya je yang dia tak pernah nampak…

Saya malas nak cerita kronologi jodoh dan status hubungan saya dengan tempat kerja saya ni. Kalau yang baca blog ni sejak 2008, tentu dia tahu banyak kisah. Blog ini kan cum diari eletronik saya…

Yang pasti hubungan ini goyang sekali sekala, tak seutuh dulu, sampai saya ada rasa malas nak bertegur sapa. Tapi trust me, saya akan berusaha untuk kekal, agar kami tak bercerai tiba-tiba. Kalau pun kami nanti berpisah, itu sebab suka sama suka.

Saya doakan maju jaya untuk organisasi ini, moga sukses selalu, agar dapat banyak high profile projek, untung besar, terhindar dari sebarang krisis — dalaman dan luaran, dan dirahmati Allah SWT sentiasa.

Mudah-mudahan tak wujud politik office yang menyusahkan staf bawahan macam saya, birokrasi pun dapat dikurangkan, lalu dapat terus menyumbang kepada masyarakat dan bukan kira untung semata-mata.

Pandang yang ramai kepada yang satu, sayang
Pandang yang satu kepada yang ramai
– lagu patriotik

Saya harap janganlah hanya memandang kepada bakti dan pengorbanan pihak atasan saja — memang patut pun, kerana gaji mereka tinggi. Tengok-tengoklah juga yang pangkat rendah ni — sacrifice juga dalam kuli-kuli pun, walau waktu kerja 8:30 pg – 5:30 ptg, kekadang menjangkau tengah malam juga di pejabat. Tambah, bila boss (bukan semua boss begini) jenis yang tak faham bahawa kita ni hidup dengan keluarga.

Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan memberi yang baik-baik untuk organisasi ini dan seluruh warganya. InsyaAllah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s