Hum Tum, Peluang

Assalamualaikum…

Hari ini saya nak sambung topik dua hari lepas…tentang ‘peluang’. Cuma kali ini, saya nak kaitkan dengan cerita Hindustan yang baru saya tonton tadi, Hum Tum (kita kamu).

Hum Tum ni mengisahkan bagaimana Karoo bertemu pertama kali dengan Rhea dan kemudian berpisah, dipertemukan lagi berkali-kali dan masih lagi kerap kali berpisah. Bertemu semula dan berpisah lagi berkali-kali lagi.

Karoo ni pelukis komik ‘Hum Tum’ dan kemudian menyambungnya dalam versi novel pula. Karoo dan Rhea memang senang bersama, kadang-kadang berselisih pandangan tetapi lebih kerap sependapat. Bab hati, mereka berdua memang berbeza…

Tiap kali kian mesra, mereka berpisah. Sebabnya, kerana Karoo tak faham isi hati Rhea dan Rhea pun sama juga. Biasalah ‘rambut sama hitam’ yang tersurat di hati siapa yang tahu…(macam tak kena je ayat ni)

Seperti biasa (dalam cerita hindustan moden), pada suatu masa dalam perjalanan hidup mereka, Karoo dan Rhea ter’melepaskan’ perasaan kasih antara satu sama lain dengan bahasa tubuh. Tanpa ungkapan lisan, Rhea merelakan dan menganggap itulah permulaan hubungan mereka yang melebihi batas teman biasa. Bagi Karoo pula, itu adalah kesilapan dan itulah penamat kepada hubungan antara dirinya dan Rhea.

Pasrah dengan penjelasan Karoo, Rhea lari meninggalkannya. Karoo pula disedarkan tentang kesilapan menolak Rhea oleh ayah dan ibunya. Dia pun mulalah menjejak Rhea, tak berjaya hingga dia mengilhamkan kekesalannya menerusi kisah Hum Tum versi novel.

Dari novel itulah Rhea tahu tentang perasaan sebenar Karoo. Rhea menemui Karoo pada majlis pelancaran novel Hum Tum dan mereka berdua saling menyesali apa yang telah berlaku. Akhirnya, cinta bersatu. Tammat

Itulah, peluang demi peluang yang datang pada kita…kita tak permah sedar. Bak kata orang… “bila dekat tak nak sayang, dah jauh baru rindu, peluang datang kita buang, dah hilang padanlah muka aku”

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s