Ambil Peluang

Assalamualaikum…

Sejam tadi saya tonton berita di TV. Laporan tentang pasangan (tanpa taraf sah nikah) diserbu Polis untuk siasatan tentang dadah dan kecurian kereta. Serbuan itu membawa kepada penemuan rangka (mayat) anak lelaki mereka (anak tidak sah taraf) yang ditanam di belakang rumah pasangan terbabit. Mengucap panjang saya dengar laporan tu…

Kita ni, manusia biasa, banyak buat silap, banyak buat salah — sengaja atau sebaliknya. Saya yakin dan pasti Allah SWT akan sentiasa melihat kita, sama ada kita suka mahupun duka. Dan tentu Dia tidak lupa memberi peluang untuk kita memperbaikki diri, lebih-lebih lagi bila kita sungguh-sungguh meminta.

Dalam kes pasangan tadi, saya fikir mungkin Allah SWT telah beri peluang demi peluang kepada mereka, tetapi tidak direbut dengan bersungguh-sungguh atau memang tak pernah diendahkan mereka. Logik fikir saya merangka cerita mereka begini:

1. Pasangan tadi bertemu, bercinta dan telah melakukan hubungan tanpa sebarang ikatan sah (bernikah). Peluang 1: keluarga mereka tahu dan mendesak mereka berkahwin.
2. Hasil hubungan haram, pasangan berkenaan mendapat seorang bayi lelaki. Peluang 2: mensucikan hubungan dengan nikah dan membesarkan anak tersebut.
3. Pasangan dan anak, bermakna sebuah keluarga. Peluang 3: mengubah gaya hidup, pekerjaan yang halal (tidak lagi melibatkan dadah dan curi kereta) dan memelihara keluarga berlandaskan jalan yang diredhai Allah SWT.

Selepas ketiga-tiga peluang ini dibazirkan…pasangan ini menerima padah atas kesilapan lahiriah mereka dan batin — selepas mengabaikan kurniaan Allah SWT berupa peluang untuk mengubah diri daripada yang buruk kepada yang lebih baik).

Akhirnya, saya agak kisah pasangan ini akan tamat di tali gantung — kerana dadah yang ditemui di kediaman mereka dan lebih teruk lagi kerana kesalahan membunuh, itu pula anak mereka sendiri.

Kuasa Tuhan, Allah SWT — siapa tahu, mereka akan menerima hidayah di penjara nanti. Dia masih lagi Pemurah memberi peluang demi peluang untuk manusia mengubah diri menjadi hambanya yang taqwa.

Kita sendiri pula bagaimana? Adakah kita sedia merebut peluang? Untuk diri saya sendiri, rasa seperti sudah sedia dan hanya menunggu petanda. Semoga Allah SWT membuka peluang itu untuk saya. InsyaAllah, segala-galanya akan baik-baik sahaja.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s