Projek Berani Mati

Assalamualaikum…
Selamat Hari Raya pada Syawal ke-25, hari ini

Projek berani mati! Saya nak cerita pasal ni… Begini, dalam post terdahulu, saya ada beritahu yangg office (tempat kerja) saya hadiahkan sepasang kain (4 m) untuk dibuat baju raya. Apa yang diminta (syaratnya) ialah… saya boleh pakai baju itu pada ‘majlis open house kami’.

Saya memang buat keputusan tergesa-gesa. Saya bazirkan dua minggu selepas raya untuk berjimba-ramba. Tak terfikir pun nak cari tailor untuk jahit. Lebih-lebih lagi bila KYat berjanji nak mengajar sy menjahit.

Nak menjahit, mesin jahit tak ada… Solusinya? Saya beli mesin jahit murah di Lazada, hanya RM145.00 sahaja. Kecil dah lebih ringan daripada mesin jahit biasa. Ciri-cirinya hampir sama dengan mesin jahit biasa, cuma sedikit kelemahan…

image

Minggu lalu, baru saya dan KYat bermula serius buat baju masing-masing. Serius, kerja gila!
1. Nak tak nak baju kena siap
2. Wajib pakai pada 21.8.2014
3. Untuk tidak nampak pelik bila dipakai, baju kena siap betul macam baju kurung — tak bolehlah jadi jubah mahupun yang lain-lain

Kerana #projekkain — kerja gila ni, saya siapkan sehelai baju ‘pesak gantung’ dan KYat pula berjaya menjahit selesaikan baju ‘pahang terbelah’. Nak beri cantik lagi, saya tambah lace bermanik pada baju saya. Untuk Kyat pulak, kerana dia telah mengajar saya menjahit, saya manikkan bajunya dengan design ‘setaman bunga’.

Malam sebelum majlis (keesokkan harinya) kami siaplah dengan baju baru masing-masing. Alhamdulillah.

image

image

Inilah kami dan baju baru kami, yang kami buat sendiri. Kami dah decide lepas ni kami mahu fokus buat baju kurung dan kemudian mula dapatkan tempahan sebagai #projeksideincome. InsyaAllah.

image

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s