Better Offer vs Amanah

Assalamualaikum…

Busynya saya minggu ini, minggu padat.

Saya belum siap #Projekencyclopedibrittannica — semak ‘entry A’. Lepas tu kain baju kurung pesak #projekkain pun belum siap dan saya pulak dah berjanji untuk tolong KYat jahit Manik — daun, bunga dan tanah belum siap-siap lagi, tangan langsung tak sentuh. Satu lagi, saya ada exam ngaji — Rabu ni..
Adoiyaiiiii!

Dalam penat mengejar masa, ‘mood’ saya pula tersangkut — ini kes penyelarasan gajilah.

Saya bersyukur, saya masih terima kenaikkan walaupun taklah sebesar mana. Cuma saya masih berharap syarikat tempat saya menumpahkan taat setia ini masih mampu memberi sesuatu untuk kecemerlangan kerjaya saya. Saya rasa 8 tahun sudah terlalu lama untuk berada di posisi yang sama. Lebih-lebih lagi, saya terlibat secara langsung dalam projek-projek besar syarikat.

Saya tak rasa mereka (Pengurusan) lupakan saya, namun mereka hanya melengah-lengahkannya. Mereka mungkin lebih pantas memberi kepada yang gemar ber’kipas’ daripada yang ber’angin’ seperti saya.

Jadi saya fikir, saya perlu mula ber’terima kasih untuk semua memori dan sekarang masa untuk aku naik pesawat’. Saya dah fikir dan akan usahakannya.

Cuma nekad saya :
1. Sudahkan dulu #ProjekEncyClopediabrittannica.
2. Gunakan contributions dalam projek itu dan projek-projek lain untuk highlight diri sendiri.
3. Rancangan masa depan

Selepas semua itu, dan ia masih belum berhasil (Pengurusan masih buat tak tahu), maka saya — akan buat begini — ‘di bumi kuberpijak sentiasa rendah diri, tapi kini masa kuberlari atas awan’. Dan saya akan ucapkan selamat tinggal. InsyaAllah.

Duit bukan segala-galanya, kerja biar ikhlas. Defenisi ikhlas saya dalam kerja ialah tidak mengkhianati majikan dan menjaga amanah.

Selalu orang kata, “dapat better offer pergi je…”, tapi pada saya kalau pergi tanpa memenuhi amanah kepada majikan buat apa? Amanah yang tidak tertunai. Siapa sebenarnya mangsa dalam kes ini — majikan.

Kenapa saya kata begitu? Sebab dikebanyakkan kes… Majikan menggajikan setiap staf sebab keperluan menyiapkan tugasan (ditakrifkan sebagai amanah). Staf pula, selepas selesa untuk beberapa tempoh dan rasa seperti majikan tidak memberi perhatian lebih kepadanya, mula mencari better offer.

Amanah tadi belum selesai, staf sudah beralih kepada better offer  dengan melepaskan amanah yang tidak selesai kembali kepada majikan. Untunglah staf dapat gaji lebih ditempat baharu tetapi rugilah majikan kerana terpaksa menggajikan staf lain untuk menunaikan amanah itu.

Kesimpulan untuk post kali ini ialah ‘bertukar kerja tak semudah mencari better offer’. Ia bersangkut dengan amanah (yang pernah dulu kita janji dengan majikan) dan keihlasan hati sendiri. Akhirnya “tepuk dada tanya selera”.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s