Hilang Kunci Bagai Hilang Kereta

Assalamualaikum…

Astaghfirullah hal a’zim. Dugaan, ujian Allah kepada saya sebagai hambanya. Saya hilang kunci kereta yang tiada pendua. Subhanallah. Tuhan saja yang tahu ‘dug dag’ kat jantung saya.

Satu rumah dah cari — katil, kusyen, meja makan, almari, dapur, rak buku, rak tv semua dah bongkar, geledah habis dah… Masih tak jumpa juga… Saya pun cari sekitar kereta — pintu berkunci, jadi I’m pretty sure kunci tu ada dalam rumah. Dugaan besor bebenor rasanya…

Kebetulan minggu ni, cuti hujung minggu saya di rumah saja, jadi memang tak keluar langsung (tak guna kereta). Semalam petang (masa nak guna), nak pergi berbuka puasa baru melilau cari — masih tak jumpa.

Mood nak menyiapkan jahitan manik baju Kyat #projekkain terus potong. Sibuk mencari kuncilah katakan! Sudahnya, mak kata, bawak tidor, esok-esok jumpalah.

Tak ada esoknya. Pagi esok pun mencari di tempat yang sama tak jumpa jugak. Akhirnya saya call tukang kunci. Katanya RM180, tapi sebelah petang.

“Okaylah bang, asal kereta saya boleh start sudah…”

Jadi, saya menunggulah ni… Tunggu sampai petang karang untuk kesudahan ‘kisah kunci kereta saya’ ni. Mudah-mudahan yang baik-baik saja. Kereta boleh jalan seperti biasa. InsyaAllah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s