tips@top : Menguap, Mengantuk & Lelap

Assalamualaikum.
Selamat pagi Ahad semua.

Hari ini untuk berehat, bersama keluarga, teman-teman dan juga kekasih hati (jika ada). Hari ini juga adalah hari menyudahkan kerja, bagi yang bawa balik kerja ke rumah atau hari menyudahkan kerja di rumah, sebelum masuk minggu baharu. Ada bagaimana?

Dalam post ini saya nak cerita tentang penyakit ‘menguap, mengantuk dan terlelap’ di pejabat yang kerap saya hadapi dalam dua minggu ini. It so hard for me!

Saya cari punca penyakit ini…antaranya mungkin sebab tugasan saya sekarang agak membosankan, tak kena dengan jiwa dan benar, ia bukan kepakaran saya. Oleh sebab ia perlu dibuat, jadi saya usahakannya juga. Cuma lambat laun, berselang 10 minit saya akan mula menguap dan menguap lagi.

Walaupun Ia bukan sesuatu yang pelik kepada seorang penyemak pruf, tetapi selalunya dapat bertahan antara 20 -30 minit apabila saya ‘melayan’ buku genre sastera. Genre kali ini lebih perlukan perhatian dan tumpuan, malangnya itu yang sukar. #Projekencyclopediabritannica

Berikut saya kingsikan tips@top : Langkah atasi mengantuk di pejabat

1. Buat sedikit regangan – sebenar langkah ini membantu aliran darah. Kita akan dapat berasa segar semula. Mudah saja, duduk tegak, regangkan tulang belakang, pusing badan perlahan-lahan ke kanan setakat had yang boleh dalam lebih kurang 10 saat, kemudian pusing ke kiri juga 10 saat.

2. Tarik nafas…hembus – tarik nafas dalam-dalam dapat membantu kita untuk berasa lebih relaks, kembali fokus dan menyegarkan minda. Bukan susahpun, tolak kepala ke belakang, buka dada (bukan buka baju, cuba kembangkan dada), tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan. Lakukan 4 kali. InsyaAllah.

3. Dengar muzik – Kenapa muzik, sebab muzik dapat mengembalikan mood, Selain dikatakan dapat meningkatkan kemampuan otak (cikgu gitar saya dulu yang cakap) dan meninggikan tahap konsentrasi kerja (ini saya tak pasti, tapi di Internet ada yang mention begitu).

Dengarlah lagu kegemaran anda, ‘bernyanyi-nyanyi anak’ pun tak ada hal — setidak-tidaknya anda boleh alihkan fokus sebentar dan tak melayan rasa ngantuk tadi.

4. Cahaya, lebih baik sinar matahari – ini penting, tapi susuh nak dapat. Kenapa, sebab biasanya cuma staf yang punya bilik sahaja yang ada sudut-sudut yang boleh mengadap matahari. Kalau takat staf yang duduk di workstation (besar), tak duduk di bahagian tapi, susahlah nak merasa menjeling matahari…

Sebaiknya, pastikan ruang kerja kita mendapat sinaran cahaya matahari yang mencukupi agar kita sukar mengantuk dan terhindar dari masalah Imsomnia.

5. Rangsang pancaindera bau – yang ini saya tak tahu sangat, tapu menurut kajian, aroma tertentu membantu mata kita sukar mengantuk. Antara aroma yang disarankan ialah peppermint, kayu manis, kopi dan coklat.

Saya sendiri pernahlah cuba cara ini, kadang-kadang berkesan, kadang-kadang tidak. Saya selalu gunakan minyak angin (krim) jenama AlFalak (kalau tak silap). Minyak angin ni saya beli RM1 je, itupun dari kak Fau yang menjualnya di pejabat. Satu lagi, saya suka guna losyen di tangan dan akan ‘membau’nya kalau mengantuk.

Okay, itulah 5 cara untuk ubati penyakit mengantuk di pejabat.

Satu lagi — ini pun perlu kita lihat sebagai benda penting dalam bab-bab mengantuk ni. Biasanya belah petang kita akan mulalah mengantuk, sebab tengah hari tadi kita makan banyak… Bila perut dah kenyang dan stamina mula menurun, apa lagi…sangaplah ngantuk!

6. Tindakan terakhir kalau dah memang tak boleh tahan sangat ngantuknya, tidurlah sebentar dalam 10 – 15 minit. Pruf reader biasa buat begini…

Nota: Tips@top kali ini dirujuk daripada artikel iSihat, Jul 2012.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s