Ogos Bahagia

Assalamualaikum…

Salam Aidilfitri, kita kan masih dalam bulan keraian, bulan Syawal.

Alhamdulillah, raya pun dah raya… bonus pun dah dapat (nak habis dah pun), dah masuk office — kerja semula… kita dah patut balik kembali kepada ‘rutin hidup’.

Saya balik saja, yang bermain di fikiran saya ni, tak ada lain… #projekEncyclopediaBrittannica. Saya sudah siapkan pembetulan ‘N’ dan baru pagi tadi dapat ‘A’ untuk semakan. Saya doakan projek ini lekas selesai dan pihak yang mengusahakannya (Unni and the team) patut diberi pujian — ini bukannya kerja senang, sebab ia bukan buku biasa!

Dalam lelah berusaha dan cuba menjadi sebahagian daripada ‘production‘ — ia kerja yang sukar! Saya kena redakan kepayahan itu dengan sesuatu… Saya cari masa (malam) untuk #projekkain #pesakgantung #baju.

Begini, office I ols bagi kain untuk dibuat baju dan pakai semasa majlis raya kami nanti. Saya terfikir nak buat sesuatu yang lebih mengujakan diri saya sendiri. Saya nak Jahit sendiri baju tu… Tu yang saya mulakan #projekkain #pesakgantung #baju.

KYat menghulur bantuan seperti biasa. Step by step nak buat baju semua dia ajar. Alhamdulillah, dah nak hampir siap dah… Sekarang dalam proses jahit lace dan manik — kira finale step.

Saya boleh je hantar tempah kat Khimi (kedai jahit di Sri Rampai), kat Medan Mara ke… tapi sebab nak mencabar diri sendiri dan ‘way to show that we appreciate the gift‘, jadi saya gagahkan diri menjahit sendiri.

Ini kali pertama tau, saya buat baju sendiri. Tengok, ada berani nak buat macam saya. Ini baru betul, berani menghadapi risiko. Kalau tak jadi baju tu, mampos! Nasib baik jadi…

Kalau takat dapat kain, complain, pastu hantar tempah… Nanti depan boss bermulut manis — apa barang!

Minggu busy, membuat #projekEncyclopediaBrittannica dan #projekkain, sempat jugak bergosip. Hal kerja, hal kawan-kawan yang sedang bahagia, sedang luka, tentang si dia… semua ada belaka. Mengambil tahu saja, mereka juga buat yang sama.

Semoga yang bahagia kekal bahagia, yang terluka terubat hatinya, yang pilu tak lagi sendu, yang rindu dapat kembali bersatu, yang sudah menjumpai cinta –biar selamanya berkasih setia. InsyaAllah.

Saya sendiri tidak berasa kesal atau pilu sejuta rajuk (saja buat spekulasi). Saya biasa-biasa saja. Bukan tengah bahagiamu deritaku ya…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s