#prayforMH17 #prayforMH370

Assalamualaikum…
Salam Ramadan…

Tuan-tuan dan Puan-puan, dalam ketenangan Ramadan kita digemparkan dengan berita pilu tentang nahas melibatkan MH17. Semua tentu sudah maklum, dan saya pasti semua rakyat Malaysia menangis peristiwa itu.

Sebelum nahas MH17 kita telah terlebih dahulu berdepan suasana pilu selepas MH370 hilang, ghaib, entah ke mana. Kelip-Kelip kusangka api, kalau api mana sumbunya..hulang ghaip kusangka mati, kalau mati mana kuburnya.

Hai, inilah nasib kita, nasib yang mencabar emosi seluruh rakyat Malaysia… Macam-macam propaganda kita dengar, daripada pihak yang kita tak tahu sumbernya dan kesahihan faktanya. Semuanya tersebar, semudah menyalur suara hati di media sosial.

Saya sendiri dah tak lalu lagi mentafsir fakta yang berlambak-lambak disebar di Internet, media sosial, what’sapp dan lain-lain. Ada yang nak melaporkan macam wartawan, walaupun dia tak tahu sumber bahannya… Ada pulak yang ambil kesempatan,  menjadikan isu ini — point untuk menjatuhkan pihak kerajaan.

Kita pun tak pasti mana yang betul dan mana yang tidak. Mungkin benar ada konspirasi jahat disebaliknya..atau memang ada kuasa besar yang men’dajjal’kan Malaysia. Wallahhualam…

Saya sebagai rakyat biasa cuma mampu tunggu dan lihat. Tapi setiap usaha dan langkah yang diambil pihak pemimpin, saya sokong asal saja ia dapat menjelaskan situasi sebenar. Buatlah apa saja asal ia bukan menjual agama, bangsa dan Negara.

Saya rasa kuasa yang saya ada cuma DOA… Semoga Allah SWT mempermudahkan segalanya, semoga Allah SWT masih merahmati Malaysia dan kita sendiri, semoga Allah SWT menggagalkan segala usaha memporak-perandakan Negara ini…

Akhirnya, tanah air inilah saja yang kita ada…Malaysia. Jadi memang ‘kurang ajor’ dan ‘bapak bengong’nya kita jika tidak menghargainya…

Malaysia… Di sini lahirlah sebuah cinta…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s