#prayforgaza

Assalamualaikum.

Apa yang kita hadapi waktu ini, dalam Ramadan kali ini memang tak pernah diimaginasikan pun. Kita selalu mimpikan, harapkan yang baik-baik, tapi lain pula yang berlaku… Kalaulah kita dapat baca tulisan takdir dan semudah memadamkan yang hitam…kalaulah…

Dengan Gaza yang tak henti dibedil, dengan kaum ibu dan anak-anak kecil dijadikan mangsa kekejaman, bagaimana kita masih lagi dapat berdiam dengan tenang.

Jadi, bagi pembaca blog ini…sama ada yang suka baca, stalker dan yang tak sengaja membaca saya menyeru perkara berikut:

#1 – berhanti sebarkan berita-berita tanpa kesahihan sumber berita di media sosial. Betullah anda nak berkongsi cerita, tapi pastikan cerita itu tepat. Bila anda sebar berita yang salah, anda kira macam dah ber’geng’ dengan yang memfitnahlah…

#2 – jangan sebarkan gambar-gambar ngeri mangsa (yang terbunuh, yang cedera) akibat sengketa ini. Benar, ia kebenaran dan benarlah ia menyayat hati..tapi biarlah ke’syahid’an mereka itu indah, bukan jadi tatapan dan kemudian disumberkan lagi oleh pihak lain (yang tak suka orang Islam) yang gunakannya untuk menghina atau mem’padankan muka’ pihak Gaza.

#3 – doa. Dalam keadaan kita yang jauh, tak ada senjata, tak pernah dapat latihan ketenteraan..tak payahlah nak riak, bongkak, berlagak pejuang sangat sampai sanggup hentam pihak kerajaan sebab tak hantar pasukan tentera dan sebagainya. Boleh tak kita jadi pejuang yang lebih rasional, yang berjuang dengan doa.

Kalau betul anda nak berjuang, simpan tenaga anda untuk bangun malam, solat hajat, mohon doa daripada Yang Esa. Itu sajalah senjata yang kita ada dan terbaik sekarang. Tentang mereka yang di sana (Gaza), biar pejuang (Islam) Hamas uruskan. Mereka lebih berkemampuan daripada kita.

#4 – Beri bantuan tanpa henti. Mereka (rakyat Gaza) bukan minta kita terbang ke sana angkat parang dan bunuh seorang demi seorang tentera Israel. Saya ulang balik, tak payah nak jadi pejuang sangat, ingat ni zaman Hang Tuah.

Saya yakin mereka mahukan bantuan (yang berterusan). Bantuan dalam bentuk ubatan, makanan, barang keperluan dan sebagainya yang dah musnah akibat perang oleh Israel. Cara mudah untuk memberi, cuma transferkan sumbangan anda melalui akaun bank pihak-pihak yang akan menyalurkannya kepada rakyat Gaza.

Bab bantuan ni, saya harap kita pastikan dahulu saluran membuat sumbangan. Pilih yang betul-betul dapat membawa sumbangan kita ke sana, jangan main transfer saja sumbangan anda ke akaun yang bukan-bukan (akaun penipu, orang yang mengambil kesempatan menggunakan nama Gaza). Aman Pelestin atau Tabung Bencana Media Prima antara yang diyakini.

#5 – Sokongan. Selain bantuan kewangan untuk membiayai makanan, ubat-ubatan, keperluan mereka (penduduk Gaza), tentunya mereka juga mahukan agar kita terus menerus memberi sokongan.
Sokongan apa? Sokongan dalam bentuk doa. Kadi marilah kita terus berdoa, berdaoa dan berdoa agar usaha mereka mempertahankan Islam berjaya, demi agama kita.

Tunjukkan sokongan kepada mereka melalui suara-suara kita. Kalaulah ada…hero seperti Tun Mahathir, waktu ini…yang lantang bersuara, tentu dunia Islam lebih berani.

Kita sendiri, yang cuma penyokong @bukan superhero ni… Sokonglah mereka, gunalah pelbagai medium, media massa, media sosial, jawatankuasa masjid, di tempat kerja dan sebagainya…

#6 – boikot barangan Israel. Tang (tentang, loghat utara) memang ada pro & con. Jadi kita kena betul-betul fikir dan buat keputusan sendiri. Untuk saya sendiri, saya pilih – boikot barang yang berbarkod Israel – 726.

Saya juga boikot syarikat-syarikat yang menyumbang duit untuk perjuangan songgang pihak Israel. Kalau takat KFC dan McD saya rasa tak ada masalah. Dah banyak restoran makanan segera milik usahawan bumiputera yang boleh dijadikan ganti… Ramli Burger, Burger Bite, malah stall tepi jalan pun boleh maju kalau kita pilih untuk belanja dari mereka.

Begitu juga dengan produk minuman seperti milo, produk kecantikan, serta lain-lain produk..semuanya boleh diganti dengan produk keluaran tempatan – suci, bersih, HALAL dan tanpa was-was lagi!

Sebenarnya kita memang boleh buat (boikot), cuma sama ada kita kuat untuk terus buat begitu atau sebaliknya. Kalau anda dah mula memboikot seperti saya, mohon baca post akan datang (tarikh post akan datang tak ditentukan lagi)… yang saya akan terangkan tips@top untuk memudahkan anda untuk memboikot produk-produk Israel serta produk keluatan syarikat yang menyalurkan dana untuk penaklukkan Israel ke atas Palestin.

Akhir, sebelum saya menutup post ini, mohon difikirkan bersama bahawa perjuangan saudara kita di Gaza adalah demi menegakkan agama Islam, demi menyelamatkan tanah saudara Islam kita di Palestin dan demi mempartahankan masjid agung Islam, Masjidil Aqsa’. Mudah-mudahan perjuangan mereka dipermudahkan.

Allah Maha Besar
Allah Maha Besar
Allah Maha Besar

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s