Dinding dan Lantai Bercakap

Assalamualaikum…

Ramadan kita berbaki 10 hari saja lagi. Tak lama lagilah nak raya… Radio pun dah start mainkan lagu raya. Mana tak, minggu depan orang ramai dah nak balik raya pun…

Gitulah, menjelang raya ni, eloklah kita bermaaf-maafan. Kosong-Kosong, jangan simpan di hati. Saya tahu ramai yang berharap begitu, nak minta maaf dan sudi memaafkan. Tapi, luka di tangan nampak terhiris, luka di hati siapa yang tahu.

Memaafkan ni… Ia tak semudah, forgive and forget. Parut luka walaupun tak berdarah, tetap terasa bisa sekali-sekala, tambah lagi, jeleknya parut dipandang mata, menambah pilu rasa di hati…aduh, ayat!

Satu kisah perit saya sendiri, lebih kurang dua bulan dahulu… ‘dinding dan lantai’ memberitahu saya satu rahsia… Katanya seorang teman baik saya menyebut yang negatif (kurang baik tentang saya) dalam mesyuarat bahagiannya.

Yang tak baik, yang buruk, merendahkan, mempertikaikan dan segala macam yang negatif tentang saya, itu yang saya dengar. Dalam percaya dan tidak, saya berlebih-lebih lagi tercari-cari tujuannya berbuat begitu.

Mungkin marah dengan saya, mungkin benci, mungkin dendam, mungkin takut, mungkin dengki…Mungkin, semunya mungkin dan saya biarkan hanya kekal dengan mungkin. Tapi dalam kes ini, saya belajar beberapa perkara…

1) persahabatan – rupanya boleh berubah sekelip mata, dek kerana silau rasa benci, marah, dengki, takut, dendam atau apa saja rasa yang membahang di hati.

2) nipisnya tikar sahabat, selepas merasa tebalnya tilam pangkat.

3) Istilah ‘off the record’ dalam mesyuarat hanya sekadar membina kubu di bibir, bukan di hati. Sebab masih ada yang berhati murni…

4) dinding dan lantai bercakap. Jangan tak percaya! Dan dalam dunia serba moden ni, dinding dan lantai siap boleh bawa bukti sekali (rakaman suara atau video)….

5) Dalam lipatan gebar (selimut), memang akan ada gunting yang akan menyakitkan, walaupun Ia disimpan rapi dalam lipatan…

Balik dengan cerita saya… Yang amat saya kesalkan, bukan sebab ada orang yang bercakap bukan-bukan tentang saya…tapi sebab yang cakap tu teman baik saya sendiri.

Dah dua bulan saya cuba nak ‘forgive and forget’ ni. Maaflah, saya tak berjaya. Setiap hari, setiap malam saya diganggu oleh ‘ulang-ulangan kata-kata nista teman baik saya (tentang saya) kepada anak-anak buahnya’. Dan hati saya, tiap kali Itulah melahirkan kesal dan ucapan tak bernada…”sampai hati dia buat cam tu…!”

Saya tahu, saya bukan siapa-siapa pada teman baik saya tu.. Mungkin sekarang tidak setaraf, kami di kedudukan berbeza, saya faham itu…cuma tak bolehkah kita telan realiti baru tanpa memuntahkan hakikat lama? Ayat, lagi sekali…

Seingat saya dulu, saya jadi penjamin semasa teman saya ni nak buat pinjaman beli kereta, dulu, masa tu belum bertaraf tinggi lagi.. Bila dia gagal jelaskan pinjaman, kereta ditarik, saya sanggup mengikutnya ke bank untuk selesaikannya…

Saya rasa itu makna kawan, bila perlu bantuan. Kawan akan selalu ada di sebelah. Sekarang saya dah tak faham dah. Rasanya, bekas teman baik saya tu, boleh cabut ‘nametag: teman/kawan baik’…Lepas tu tukar ‘nametag baru: bad boy!’

Oleh sebab nak raya dah, dan saya tak nak terhutang salah dia dengan saya…Saya maafkan bekas teman baik saya itu daripada semua kesalahan yang dilakukannya terhadap saya. Saya halalkan juga makan minum dan segala belanja yang pernah saya berikan (jika ada)… Saya doakan dia maju jayalah.

Akhir sekali, saya juga nak ucapkan terima kasih atas pengalaman ‘pengkhianatan’ yang diajarkan kepada saya.

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s