Dia, Mohd Iman Haiqal

Assalamualaikum…
Semoga tuan/puan sihat wal’afial dan masih bersemangat waja meneruskan baki 18 hari puasa dalam Bulan rahmat ini.

Saya dengan bangganya dalam post ini, mahu memperkenalkan kepada tuan/puan, permata hati baru saya dan keluarga….

image

Mohd Iman Haiqal Mohd Rizal

Haiqal lahir pada 25 Jun 2014, di Hospital Ampang Puteri, kira-kira jam 5:30 petang.

Cerita kelahiran Haiqal bermula dengan derauan di hati semua ahli keluarga. Mana tidak, kyong dijangka bersalin normal pada 2 Julai 2014, akhirnya dibawa ke hospital pada petang Rabu, 25 Jun, dari bank (tempat kerja kyong) pula tu.

Mujur, kyong diselamatkan oleh kawan-kawan dan Bossnya, yang menyenangkan proses membawa dia keluar dari bank. Tambah pula dengan, Boss kyong (yang lembut hati hari tu) dan sanggup hantar kyong ke hospital.

Sampai saja di Hospital, doktor sahkan bahawa tali pusat telah tercabut dari bayi, maka Haiqal perlu dikeluarkan segera. Jadi pembedahanlah jawabnya…

Selepas lebih 1 1/2 jam pembedahan, kami (saya, ARizal dan Adik) dapatlah menatap wajah Haiqal umtuk pertama kali. Alhamdulillah…

Pada umur 14 hari, Haiqal dan mamanya, Kyong kini berada di kampung. Kyong berpantang di sana saja sambil membiarkan Atok dan Opah bermanja dengan Haiqal sebelum nanti, Haiqal dibawa balik ke Kuala Lumpur.

Saya pun tak sabar nak balik kampung hujung minggu ini. Nak jumpa dia… Insya-Allah.

Haiqal, tunggu Mama Yang balik ya…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s