tips@top: Malu Ditolak Cinta

Assalamualaikum…

Selamat bercinta kepada yang sedang asyik masyuk bercinta. Untuk yang putus cinta, lepaklah, cinta lain akan tiba… Bagi baru nak bermula, mahu meluahkan rasa cinta, selamat berjaya!

Saya bukan dalam mood bercinta, tapi saya senang hati nak berkongsi 4 tips@top, ‘bagaimana mengelakkan malu apabila cinta ditolak’. Tips ini sesuai untuk lelaki dan perempuan, tetapi mengikut situasi tertentu. Cubalah sesuaikan ikut keadaan semasa.

#1 – Pengsan
Pertama kali melafaskan cinta, tentu gugupkan… tetap juga anda kena cuba mengatur ‘body language’ dan ayat yang terbaik. Namun, selepas anda melafaskan cinta dan anda dapati riaksi wajah sidia berubah hampar (tanda cinta anda ditolak)… Maka, anda perlulah berbuat sesuatu…

Anda cuma perlu pura-pura pengsan. Kalau nak lagi ‘trill’, buat sawan, menggelupur dan kemudian pengsan. Bila ia adalah perbuatan yang dibuat-buat, pastikan lakonan anda itu dibuat sebaik mungkin, dengan sempurna. Kalau boleh, biar sampai orang lain di situ pun perasan.

Lepas 10 minit, silalah sedarkan diri dan buat-buat tak tahu apa yang berlaku, lupa apa yang telah disampaikan kepada sidia tadi. Selepas itu, biarkan dia dalam keadaan terpinga-pinga dan katakan padanya yang anda kurang sihat, perlu balik berehat. Dia sendiri tentu dah terlupa niat cinta anda tadi.

Untuk tips #1 ini, anda boleh juga tukarnya mengikut kreativiti dan situasi anda dengan menggunakan kaedah yang sama. Contohnya, hilang ingatan, mabuk, sawan dan ‘short circuit’ pun boleh. Pandai-pandailah…

#2 – Emergency Call, Lari
Yang ini paling mudah! Sebelum apa-apa anda perlu bersedia. Sedia apa? Sediakan telefon dalam mode (hi volume), standby telefon anda untuk on-kan Walkman (lagu yang menjadi ‘ringtone’ telefon anda). Kemudian, dengan lafas bismillah, lafaskanlah kalimah cinta kepada sidia.

Bila anda mendapat ‘respons negatif’…, waktu itulah anda perlu on-kan lagu yang anda dah standby tadi… Biarkan ia bunyi kuat, biarkan sampai semua orang tahu telefon anda berbunyi. Kemudian, anda off-kannya, buat seolah-olah anda sedang terima panggilan…panggilan emergency!

Untuk lebih berkesan, gunakanlah ayat-ayat begini.. “Apa? Macam mana keadaannya sekarang?” atau “Baiklah, saya pergi sekarang” atau “Sabar, saya akan ke sana. Tunggu saya”

Apa tunggu lagi, bergegaslah bangun, beritahu sidia yang anda ada emergency, perlu pergi segera. Jangan tunggu seminit pun, angkat punggung, terus gerak balik. Dalam tanda tanya dalam kepala sidia tentang ’emergency’ tu, dia akan terlupakan ‘tawaran cinta’ anda tadi, Insya-Allah.

Macam tips #1 tadi, bagi tips #2 ni, boleh juga diubah mengikut kreativiti anda…macam…mak call suruh balik, lupa off-kan iron di rumah, dengar jiran panggil ke… semua boleh! Apa-apa saja asal sudahnya anda boleh lari.

#3 – April Fool
Tips ini sesuai untuk anda yang berperwatakan ‘happy go lucky, funny dan ‘selamber giler’. Anda cuma perlu menyatakan cinta kepada teman anda dengan bersungguh-sungguh…

Dan apabila dia menolak, anda perlu beriaksi sedih sedikit… Katakan tak mengapa, dia berhak buat keputusan terbaik untuk dirinya. Dalam masa yang sama anda tunduk dan tangan anda perlu bersedia dengan kertas (sepanduk kecil) bertulis ‘april fool!!!.

Melihat reaksi anda, dia tentu rasa serba salah, sedikit simpati. Waktu itu anda perlu menjerit (nada ceria), sambil angkat sepanduk ‘april fool’ tadi. Kalau boleh tambahkan dengan aksi-aksi meloncat-loncat gembira, girang dan rianglah…

Dia mungkin akan marah dan bencikan anda sedikit. Tapi tak ada masalah, hari raya nanti boleh minta maaf semula. Yang penting anda tidak malu, dan anda sudah tahu jawapan sidia, kalau anda benar-benar meluahkan cinta anda padanya…

Kalau anda nak dapatkan rujukan tentang tips ini, anda bolehlah tengok rakaman ‘april fool’ di Youtube, atau anda boleh tengok cerita Bang Boom Bang, Wa Kena Beb dan semua program-progran TV yang mengenakan orang. Paling tak pun, Panggilan Hangit di Hot FM.

#4 – Kuch2 Hotak Hang
Tips ni paling sesuai untuk lelaki gentleman, lelaki-lelaki macho dan yang sekadar belagak macho. Kalau yang pernah tengok ‘Kuch Kuch Hota Hai’, tentu dah boleh agak tips ni macam mana.

Begini, sediakan sebentuk cincin (tak semestinya emas*) untuk hadiah lamaran cinta anda. Lafaskan kata cinta anda kepada sidia, siap terus pegang tangan dan sarungkan cincin itu padanya.

Selepas dia jawab…tidak dan cuba buka cincin dari jarinya… Masa tu, masa tua anda senyum dan katakan padanya yang anda sedang practice! Sebab anda akan lafaskan cinta kepada sipolan (berilah nama perempuan manapun), anda tak ada kawan lain yang dapat menolong anda melainkan sidia.

Lepas tu anda, ambil balik cincin itu dan simpannya semula. Tanya sidia, boleh tak anda dan dia ‘try’ sekali lagi, sebagai latihan. Kalau dia setuju, confirm, dia tak ada hati dengan anda.

Okay, begitulah tips@top kali ini. Untuk melafaskan cinta, perkara yang sangat perlu anda dalam dir anda (lelaki atau perempuan) adalah KEBERANIAN. Berani untuk melafaskan dan berani juga menerima respons dari sidia, sama ada positif mahupun negatif.

*cinta tak diukur dengan emas permata dan wang ringgit. Jadi ia bukanlah ukuran. Kalau sidia benar cinta anda, cincin RM10, beli kat Down Town pun akan diterimanya.

Selamat mencuba dan semoga anda berjaya!

Posted from WordPress for BlackBerry.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s